Posts

Showing posts with the label Ismail Sabri

Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

Image
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pengurup wang berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi, berkata suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan, namun dilepaskan selepas mengadu sakit jantung. Beliau berkata suspek kemudian dirujuk kepada doktor dan disahkan mengalami masalah jantung tersumbat sebelum dilepaskan bagi menerima rawatan lanjut. Dalam pada itu, Azam berkata proses merakam keterangan Ismail Sabri mungkin akan mengambil beberapa sesi lagi sebelum selesai. Ketika ditanya mengenai kemungkinan pendakwaan, beliau berkata masih ada beberapa individu lain yang perlu dipanggil untuk dirakam keterangannya. Petang tadi, bekas perdana menteri itu dilihat meninggalkan Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 4.35 petang selepas proses merakam keterangannya berlangsung selama lebih enam jam. Sumber SPRM mengesahkan...

Sesi rakam keterangan Ismail Sabri dijangka sambung Isnin

Image
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk hari ini. Bagaimanapun ia masih belum berakhir kerana menurut sumber, Ahli Parlimen Bera itu dijangka kembali bagi menyambung sesi memberi keterangan kepada SPRM pada Isnin. Terdahulu, Ismail hadir bagi dirakam keterangan berhubung kes itu pada 8.46 pagi tadi, sebelum keluar pada 12.30 tengah hari untuk solat Jumaat, dan kembali semula di Ibu Pejabat SPRM pada 3.25 petang bagi menyambung sesi. Kenderaan yang dinaiki beliau kemudiannya dilihat meninggalkan perkarangan SPRM pada 5.42 petang. Semalam Ismail Sabri hadir dan mula memberi keterangan berhubung kes berkenaan di Ibu Pejabat SPRM di sini. Pada 3 Mac, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram, susulan penemuan wang t...

UMNO tidak tergugat, kes Ismail Sabri bersifat individu – Ahmad Zahid

Image
Tidak timbul isu bahawa UMNO akan tergugat susulan siasatan kes rasuah yang sedang dihadapi oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata kes itu adalah bersifat individu dan tidak membabitkan parti. "Perkara itu bukanlah satu isu dalam kalangan kepimpinan dan ahli UMNO. Kami menganggap kes ini bersifat peribadi. Ia tiada kaitan dengan parti secara rasmi," katanya pada sidang media Majlis Berbuka Puasa Bersama Majlis Kerja Tertinggi UMNO di sini hari ini. Pengerusi Barisan Nasional itu berkata demikian ketika mengulas persoalan sama ada kes rasuah melibatkan Ismail Sabri akan mengganggu kestabilan UMNO dan adakah perkara tersebut menjejaskan imej parti berkenaan. Ahmad Zahid mengulangi bahawa UMNO tidak terlibat dengan wang dan jongkong emas yang disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes rasuah mengaitkan Ismail Sabri. “Tiada kaita...

Kes Ismail Sabri: 36 selesai beri keterangan, 23 lagi akan dipanggil SPRM

Image
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merekodkan keterangan 36 saksi bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sumber SPRM berkata 23 lagi saksi baharu dikenal pasti dan akan dipanggil dalam masa terdekat bagi memberi keterangan. “Saksi yang dirakam keterangan termasuk empat bekas pegawai kanan kepada Ismail Sabri yang sebelum ini direman dan dibebaskan dengan jaminan SPRM. “Empat saksi pula masih dalam proses rakaman keterangan ketika ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Sementara itu, sumber berkenaan turut memaklumkan proses merakam keterangan Ahli Parlimen Bera itu yang dijadualkan 13 Mac ini, hanya akan dilakukan bergantung kepada tahap kesihatannya pada hari berkenaan. “Sekiranya sihat, beliau boleh diambil keterangan,” katanya. Bekas perdana menteri kesembilan itu sebelum ini dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas rebah secara tiba-tiba di rumahnya pada 21 Feb lepas. Pada 3 Mac l...

SPRM temu bual doktor rawat Ismail Sabri di hospital

Image
 Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menemu bual doktor perubatan yang merawat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sebuah hospital di Selangor. Menurut sumber, proses temu bual itu dijalankan bermula pukul 3.30 petang tadi di hospital tempat pegawai perubatan tersebut bekerja. Difahamkan, keterangan yang akan diberikan doktor perubatan itu kepada SPRM adalah bagi mengetahui tahap kesihatan Ismail Sabri sebelum keterangan beliau direkodkan pada Khamis depan. Semalam, SPRM menangguhkan sesi rakaman keterangan Ismail Sabri yang dijadualkan hari ini susulan cuti sakit beliau dilanjutkan sehingga 12 Mac ini. Sumber berkata, tujuan SPRM menemu bual doktor yang merawat Ismail Sabri adalah untuk mengetahui tahap kesihatan beliau sama ada benar-benar berada dalam keadaan baik dan sihat. “SPRM mengambil berat kesihatan bekas Perdana Menteri itu selain mengenal pasti penyakit yang dihadapi beliau ,” kata sumber. Sebelum itu, Ismail Sabri ...

SPRM tangguh rakam keterangan Ismail Sabri, cuti sakit hingga 12 Mac

Image
  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangguhkan sesi rakaman keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadualkan esok kepada 13 Mac ini susulan cuti sakit beliau dilanjutkan sehingga 12 Mac ini. Menurut sumber, SPRM akan merakam keterangan doktor yang merawat Ismail Sabri untuk mengetahui tahap kesihatan beliau sebelum keterangannya direkodkan Khamis depan. “Tujuan SPRM merakam percakapan doktor yang merawat Ismail Sabri adalah untuk mengetahui tahap kesihatan beliau sama ada benar-benar berada dalam keadaan baik dan sihat. “SPRM mengambil berat kesihatan bekas Perdana Menteri itu selain mengenal pasti penyakit yang dihadapi beliau ,” katanya tadi. Sebelum ini Ismail Sabri dijangka hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada 5 Mac lalu untuk memberi keterangan. Namun, beliau tidak dapat hadir sehingga kini kerana masalah kesihatan dan telah diberikan sijil cuti sakit oleh doktor yang merawatnya sehingga 12 Mac depan. Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SP...

SPRM siasat Ismail Sabri berkaitan kes rasuah, pengubahan wang haram

Image
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram. SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa Ismail Sabri menerajui negara. Siasatan ke atas bekas Perdana Menteri kesembilan itu dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. "Sehubungan dengan itu, bekas Perdana Menteri diarahkan untuk membuat pengisytiharan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 pada 11 Dis 2024 dan pengisytiharan tersebut telah dibuat secara rasmi pada 10 Feb lepas," menurut kenyataan tersebut. Selain itu, SPRM memaklumkan berdasarkan maklumat baharu dan hasil risikan, pihaknya telah menahan empat pegawai kanan yang berkhidmat di bawah Ismail...

Dana publisiti RM700 juta: SPRM rakam keterangan Ismail Sabri

Image
Dana publisiti RM700 juta: SPRM rakam keterangan Ismail Sabri https://pakdin.my/174870/ PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah merakam keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membantu siasatan berhubung dana RM700 juta bagi tujuan publisiti dan promosi semasa pentadbiran kerajaan terdahulu. Perkara itu dimaklumkan SPRM sebentar tadi menerusi satu kenyataan akhbar yang mana turut mengesahkan bahawa pihaknya telah memanggil isteri bekas Menteri Kewangan iaitu Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid. Nai’mah yang merupakan isteri kepada Tun Daim Zainuddin turut dipanggil bersama dua anak lelakinya iaitu Muhammad Amin Zainuddin Daim dan Muhammad Amir Zainuddin Daim di Ibu Pejabat SPRM bagi dirakamkan keterangan hari ini. Menurut SPRM, ketiga-tiga individu itu dipanggil memberi keterangan bagi memastikan beberapa perkara berhubung aset bernilai tinggi di dalam dan luar negara yang berada di bawah nama syarikat kepunyaan mereka serta te...

🎦 Muhyiddin dan Ismail belanja RM700 juta untuk promosi, iklan - PM Anwar

Image
🎦 Muhyiddin dan Ismail belanja RM700 juta untuk promosi, iklan - PM Anwar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170606 Kerajaan telah membelanjakan RM700 juta sejak 2020 hingga 2022 untuk promosi, iklan dan publisiti untuk kerajaan. Berkongsi angka itu di Dewan Rakyat pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan lebih RM500 juta dibelanjakan semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri. Menurutnya, selebihnya dibelanjakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob namun beliau tidak membelanjakan sepenuhnya peruntukan itu. “Bera (Ismail Sabri) tidak belanja setinggi itu kerana ada lebihan. Sebab itu pada 2023, saya tidak ada apa-apa peruntukan selain meneruskan kontrak yang dibuat semasa Bera. “Jadi, RM700 juta, atau lebih kurang pada peringkat awal... RM300 juta setahun… itu pada saya melanggar peraturan dan tata kelola dan keterlaluan. “Oleh itu saya telah mengarahkan perbelanjaan mulai tahun depan, kerana tahun ini saya hanya mengambil kontrak sedia ada, meneru...

[VIDEO] Dewan Rakyat bubar hari ini 10 Oktober 2022

Image
[VIDEO] Dewan Rakyat bubar hari ini 10 Oktober 2022 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160951 https://youtu.be/-CM6wWLle-U Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, telah bertindak menurut budi bicara Baginda dengan memperkenankan permintaan saya, supaya Parlimen Ke- 14 dibubarkan pada hari ini, Isnin 10 Oktober 2022. Saya mengesyorkan Ketua-ketua Kerajaan Negeri kecuali Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya, bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing- masing pada tarikh yang sama dengan Pilihan Raya Umum Peringkat Parlimen, meskipun beberapa buah negeri telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing- masing. Ia wajar dilaksanakan serentak bagi memastikan rakyat tidak terbeban, selain kelancaran proses demokrasi serta menjimatkan kos. Sementara itu, penetapan tarikh-tarikh hari penamaan calon, dan hari mengundi serta ...

Pembubaran Parlimen mungkin seawal esok - Sumber

Image
Pembubaran Parlimen mungkin seawal esok - Sumber BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160931/ Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, tengah hari tadi. Memetik laporan New Straits Times (NST), kunjungan Perdana Menteri itu bagaimanapun tidak dihidu media yang biasanya berkumpul di luar pintu utama istana. Ini kerana rata-rata media membuat liputan sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) sejak pagi tadi. Diifahamkan, Perdana Menteri menghadap untuk mendapat perkenan Seri Paduka Baginda berhubung pembubaran Parlimen. "Pembubaran Parlimen mungkin seawal esok," kata sumber. Difahamkan, Perdana Menteri akan menghantar Yang di-Pertuan Agong untuk lawatan khas ke United Kingdom yang bermula esok hingga 16 Oktober. Lawatan khas baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria...

[VIDEO] Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU

Image
[VIDEO] Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU BACA seterusnya https://pakdin.my/160748/ Laungan “bubar” bergema di Stadium Titiwangsa ketika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memulakan ucapan sempena pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional 2022. “Saya dengar dengan jelas, ‘top 5’ pun ada di sini, timbalan (Mohamad Hasan) ada di sini, semua ada di sini. Dalam waktu terdekat kita akan berjumpa untuk bincang (tarikh pilihan raya umum),” kata Ismail yang juga naib presiden Umno. Kata-kata Ismail kemudian mendapat sorakan Pemuda BN yang secara jelas mahukan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan segera. “Kalau beginilah semangatnya, sikit lagi…tak lama lagi,” sambung Ismail. Ismail bagaimanapun mengingatkan jentera Pemuda BN tidak terlalu gopoh mendesak PRU diadakan, agar “peristiwa hitam” pada PRU14 tidak berulang kali ini. “Yang penting apabila Parlimen dibubarkan dan PRU diadakan kita mesti menang, itu paling penting. Kalau PRU diadakan dan kita tak mampu, kita akan kembali seper...

[VIDEO] "Sikit jer lagi" : Ikrar Ismail bubar parlimen dalam tempoh terdekat bakal jadi mimpi ngeri oposisi?

Image
"Sikit jer lagi" : Ikrar Ismail bubar parlimen dalam tempoh terdekat bakal jadi mimpi ngeri oposisi? BACA seterusnya https://pakdin.my/160742/ Sekali lagi di hadapan hadirin dalam majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) 2022, PM9 Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden UMNO berjanji akan membubarkan parlimen dalam tempoh sedikit masa lagi. Yang pasti, ikrarnya itu pasti mampu bikin cempera menggelabah blok oposisi yang begitu berharap MOU dilanjutkan sebagai helah untuk mereka menyusun strategi sekaligus menyerang bertubi-tubi dakyah dan propaganda palsu terhadap UMNO-BN. Umum begitu maklum Pakatan Harapan sukar bangkit selepas dilabel "Kaki Kencing" ekoran siri-siri "Manifesto Scam" koalisi itu yang gagal dilaksana dan ini terbukti selepas mereka ditolak di tujuh PRK termasuk di tiga PRN - Melaka, Sarawak dan Johor! Dan bagi Perikatan Nasional (PN) pula, kegagalan serius mereka mengurus pandemik telah memberi kesan dan musibah besar ter...

PRU15 sebelum Disember, PM beri komitmen bukan tahun depan, kata Tok Mat

Image
PRU15 sebelum Disember, PM beri komitmen bukan tahun depan, kata Tok Mat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160633 Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan diadakan tahun ini memandangkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sudah memberi komitmen tidak akan melaksanakannya tahun depan. Mohamad berkata, cuma perdana menteri tidak boleh memaklumkan bila tarikh pilihan raya akan diadakan. “Pilihan raya umum sudah tidak lama, perdana menteri sudah bagi komitmennya, tapi dia tak boleh bagi tarikh…takkan dia hendak bagi tarikh sehingga dia terpaksa kata takkan saya hendak bawa tahun depan. “Jadi, jelas sangatlah, jelas pilihan raya tahun ini. Kalau pilihan raya umum tahun ini takkan hendak buat bulan 12, nanti orang berenang pula pergi mengundi. Bulan 12 di Pahang bukan calang-calang banjir. “Jadi, itu jangka masa yang kita perlu perhatikan betul-betul, gerak kerja kita, kita buat sebelum bulan 12,” katanya menurut Utusan Malaysia. Mohamad yang leb...

'Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam' - ini jawapan dari Pasukan Telegram

Image
'Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam' - ini jawapan dari Pasukan Telegram BACA selanjutnya di: https://pakdin.my/160435/ Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of Foreign Affairs , Mr. Ismail Sabri and Saifuddin Abdullah of Malaysia were " hacked " by irresponsible parties .  Telegram is committed to provide all users a end - to - end messaging secure encrypted platform .  Telegram found no evidence of foulplay and suggests the offices of the Prime Minister and Ministry of Foreign Affairs to provide adequate cybersecurity training to its personnel that includes awareness on phishing attacks ( i.e .. avoiding opening malicious links related to pornography ) which potentially resulted in the accounts being compromised .  Telegram is an open source platform and we welcome anyone to check our source code , protocol and API .  Telegram rewards a...

Ismail tak sedia lepas jawatan PM, kata Naib Presiden PAN, Mahfuz Omar

Image
Ismail tak sedia lepas jawatan PM, kata Naib Presiden  PAN, Mahfuz Omar Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159237   Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar percaya Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob tidak selesa dengan desakan berterusan Umno agar pilihan raya umum (PRU) diadakan awal memandangkan ia menjejaskan kedudukannya. Mahfuz berkata, Ismail tidak akan senang dengan tekanan itu kerana beliau tahu rakyat tidak berpuas hati dengan kenaikan kos sara hidup dan akan menunjukkannya pada PRU. “Saya tak rasa Ismail bersedia untuk melepaskan jawatannya begitu sahaja,” kata Mahfuz dalam program bual bicara Amanah yang disiarkan di Facebook semalam. “Saya tak rasa perdana menteri boleh terima keputusan yang dicapai pada konvensyen BN (Barisan Nasional) untuk membubarkan Parlimen sekarang, apabila rakyat tidak berpuas hati dengan kos sara hidup.” “Perdana menteri patut tahu bahawa rakyat sudah letih dan muak dengan krisis yang kita hadapi sekarang. Jika beliau mahu jadi perdana ment...

[Video] Ismail Sabri calon PM, tunjukkan UMNO stabil hadapi PRU15 - Mohamad

Image
[Video] Ismail Sabri calon PM, tunjukkan UMNO stabil hadapi PRU15 - Mohamad SUMBER:   https://pakdin.my/158197 ... SEREMBAN: Keputusan UMNO mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), menunjukkan kesepakatan dan kestabilan parti itu menghadapi PRU15. Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata keputusan itu juga jelas menunjukkan kematangan parti, sekali gus menutup spekulasi bahawa parti itu berkecamuk dalam menentukan 'poster boy'. "Bagi saya menghadapi pilihan raya, kita mesti uruskan 'rumah tangga' kita dulu, kita perlu pastikan dalam rumah tangga kita teratur, kalau rumah tangga berkecamuk, siapa yang nak kita tonjolkan, ia menjadi tanda tanya dan jadi berebut-rebut itu tidak baik bagi parti, jadi bila pucuk pimpinan dah memutuskan ini maka dalam parti lega. "Orang kata UMNO berkecamuk, tak dapat pilih siapa 'poster boy', jadi kita jelas bahawa kita bersepakat perdana ...

[Video] Jangan kelirukan akar umbi parti, Presiden UMNO adalah Pengerusi BN

Image
[Video] Jangan kelirukan akar umbi parti, Presiden UMNO adalah Pengerusi BN SUMBER:  https://pakdin.my/158183 Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran agar tidak menimbulkan masalah serta mengelirukan akar umbi parti dan rakyat. Tengku Adnan berkata, perlembagaan UMNO sudah jelas tertera bahawa mana-mana individu yang menjadi Presiden UMNO akan dilantik sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN). “Saya hairan kenapa kenyataan (cadangan) itu dikeluarkan oleh Annuar kerana pengerusi BN ketika ini adalah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. “Sebagai bekas Setiausaha Agung UMNO, saya ingin jelaskan bahawa kita (UMNO) ada perlembagaan sendiri dan perkara itu sudah termaktub dalam perlembagaan parti,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan apron dan topi kepada peniaga Bazar Ramadan Putrajaya, semalam. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dicadangkan...

[Video] PM selepas PRU15: Ismail Sabri zahirkan rasa penghargaan

Image
[Video] PM selepas PRU15: Ismail Sabri zahirkan rasa penghargaan SUMBER:  https://pakdin.my/158159 ... Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan ucapan terima kasih kerana mencalonkan namanya sebagai calon Perdana Menteri pada PRU-15 dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam. “Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan UMNO yang mencadangkan saya sebagai calon Perdana Menteri pada PRU15,” kata Ismail dalam posting diFacebook rasminya. Majlis Kerja Tertinggi ketika Mesyuarat Kerja Tertinggi (UMNO) semalam telah sebulat suara untuk mengekalkan kedudukan Ismail sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada PRU-15 kelak. Mesyuarat tersebut yang diadakan di Bangunan UMNO semalam turut dihadiri oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Utama Mohamad Hassan serta Setiausaha Agung Datuk Seri Hj Ahmad Maslan. “Sesungguhnya ini adalah sebuah Amanah dan tanggungjawab yang har...

Perlu runding dengan PN dulu sebelum bubar Parlimen, Muhyiddin ingatkan Ismail

Image
Perlu runding dengan PN dulu sebelum bubar Parlimen, Muhyiddin ingatkan Ismail Sumber:  https://pakdin.my/158119   ... Nak tanya Muhyiddin Yassin, semasa beliau jadi PM adakah di runding dengan BN dan PAS dalam segala tindakan termasuk menghadap YdP Agong bagi dalam usaha mengekal kuasa termasuk membuat tawaran terbuka (rasuah politik) kepada pembangkang? Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin “mengingatkan” Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob bahawa beliau perlu berunding dengan gabungan itu sebelum menetapkan tarikh pembubaran Parlimen untuk mengadakan PRU15. “Saya juga, antara lain, mengingatkan YAB Perdana Menteri bahawa PN sebagai parti utama yang membentuk kerajaan Persekutuan, hendaklah dirunding terlebih dahulu dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen,” kata Muhyiddin di Facebook. Beliau yang juga presiden Bersatu berkata peringatan itu disampaikan dalam pertemuan antara beliau bersama pemimpin parti komponen PN lain dengan Ismail di Sri Perdana, semal...