Posts

Showing posts with the label Media Sosial

1 Daripada 6 kanak-kanak alami masalah kesihatan mental: Media sosial jadi faktor utama

Image
Kajian tempatan mendedahkan 1 dalam 6 kanak-kanak mengalami isu kesihatan mental, dengan kadar ini meningkat dua kali ganda berbanding 2019. Menurut Laporan Teknikal Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2023 (Penyakit Tidak Berjangkit dan Keperluan Perubatan) , kanak-kanak di bandar menunjukkan kadar masalah kesihatan mental yang lebih tinggi berbanding di luar bandar. Kanak-kanak Perempuan Lebih Terkesan Kajian oleh Institut Kesihatan Awam (IKU) yang dikeluarkan pada 2024 menyenaraikan isu psikologi utama dalam kalangan kanak-kanak sebagai: Masalah hubungan dengan rakan sebaya Gangguan tingkah laku Gangguan emosi Data dikumpul melalui modul penilaian kesihatan mental yang diisi oleh ibu bapa/penjaga 2,400 kanak-kanak berumur 5-15 tahun. Dr. Hilwa Yusof, Pakar Psikologi Klinikal dan Pensyarah Kanan di Pusat Penyelidikan Psikologi & Kesejahteraan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia, menyatakan melalui Bernama: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemi COVID-19 mer...

Ketagihan Media Sosial Mendedahkan Generasi Z Thailand kepada Risiko Gangguan Kesihatan Mental

Image
Setiausaha Agung NESDC, Danucha Pichayanan, berkata laporan Pejabat Perangkaan Negara yang dijalankan pada suku ketiga tahun lepas menunjukkan bahawa Generasi Z mempunyai akses kepada telefon bimbit dan internet masing-masing pada kadar 99.1% dan 99%. Beliau menambah, kira-kira 34% daripada mereka mempunyai akses kepada tablet. Generasi Z lebih gemar mencari kandungan tentang pembangunan diri, cara menjana pendapatan daripada pelancongan, dan pembangunan kemahiran bahasa asing melalui media sosial. Sementara itu, mereka menggunakan media sosial untuk mengikuti isu-isu sosial dan gaya hidup generasi baharu bagi membentuk identiti mereka dalam talian. Lima platform teratas yang paling banyak digunakan oleh Generasi Z ialah YouTube (89%), Facebook (88%), TikTok (78%), Instagram (73%), dan X (48%). Data ini selari dengan laporan Agensi Pembangunan Transaksi Elektronik, yang menunjukkan bahawa Generasi Z di Thailand kebanyakannya menggunakan Internet untuk mengakses media sosial. Purata pen...

PRN: Peranan media sosial dan masa depan rakyat Malaysia

Image
PRN: Peranan media sosial dan masa depan rakyat Malaysia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166448 TANGGAL 12 Ogos 2023 bakal menentukan nasib ahli politik di enam negeri. Melihat kepada apa yang berlaku sewaktu pilihan raya umum tahun lalu, antara faktor utama yang memainkan peranan penting menentukan kemenangan parti politik seperti Pas banyak dipengaruhi oleh media sosial. Penggunaan media sosial yang meluas serta capaian kepada semua pihak masyarakat menyebabkan maklumat disampaikan lebih cepat dan tersebar dengan pantas. Landskap politik negara mutakhir ini banyak dipengaruhi oleh media sosial seperti TikTok dan Twitter. Keadaan ini tidaklah bermakna ia negatif semata-mata. Ada banyak manfaat yang boleh dijana dari medium ini sekiranya digunakan dengan betul. Terkini, hampir semua ahli politik menggunakan medium TikTok untuk menyampaikan idea serta meraih undi. Memandangkan sejumlah besar iaitu sebanyak 28.9 peratus atau hampir 2.8 juta pengundi terdiri daripada golongan belia ...

Masalah kesihatan mental bertambah teruk kerana media sosial

Image
Masalah kesihatan mental bertambah teruk kerana media sosial BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165640 Jenny, seorang wartawan yang enggan dikenali dengan nama sebenar atas faktor keselamatan, bukanlah pengguna tegar media sosial, namun, apabila sebuah laporan yang dihasilkan oleh pasukannya pada 2020, iaitu ketika kemuncak penularan COVID-19, dikecam hebat oleh warga maya, dia menyahaktifkan semua akaun media sosialnya demi kesihatan mentalnya.   “Gangguan yang kami terima agak hebat. Ramai warga maya yang mengecam kami menerusi media sosial,” katanya. “Ada juga ugutan bunuh. Mereka selidik siapa kami dan menampilkan alamat pejabat kami di Facebook serta mengancam untuk membakar pejabat dan datang membunuh kami.” Dia tidak berasa selamat langsung, kongsinya kepada Bernama. Mujurlah ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 yang secara langsung melindunginya. Ironinya, sekatan pergerakan itu juga mungkin penyumbang kepada kecaman melampau tersebut. Oleh kerana sepanjang tem...

[VIDEO] Suspek hina agama telah ditahan polis

Image
[VIDEO] Suspek hina agama telah ditahan polis Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159612 Susulan kes hina agama, lelaki yang dikenali sebagai Muzil Juling telahpun ditahan polis di kediamannya hari ini.  Terdahulu, suspek telah memuat naik video menghina agama Islam dan mencabar Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk tampil mengambil tindakan terhadap dirinya.  Bagaimanapun, tindakannya itu telah mengundang kemarahan orang ramai yang mula mengesan lokasi sebenar lelaki itu sebelum didatangi sekumpulan lelaki bertindak membelasahnya.  Ketika diserbu secara mengejut, lelaki itu disoal mengapa dia berbuat demikian dan apabila diminta mengucap dua kalimah syahadah, dia akur dan mengucap dengan lancar.  "Habis, kenapa kau buat benda macam ni?" soal salah seorang lelaki yang turut serta dalam serbuan itu.  Dalam video terkini, kelihatan anggota polis hadir di lokasi kejadian dan suspek telah digari sebelum dibawa ke balai untuk tindakan lanjut.  Orang ramai di...

[Video] Gadis berjoget depan ramai demi ‘content’

Image
[Video] Gadis berjoget depan ramai demi ‘content’ SUMBER:  https://pakdin.my/158147 .... Apabila ramai yang jadi 'hamba' media sosial, perasaan malu hilang Kelibat beberapa orang gadis yang berjoget di khalayak ramai bagi menghasilkan ‘content’ hari raya mendapat kecaman orang ramai. Menerusi satu klip video tular di media sosial ketika ini, kelihatan lima orang gadis sedang berjoget di khalayak ramai dilaporkan demi menghasilkan ‘content’ hari raya mereka. Video tersebut berjaya dirakam oleh seorang individu kemudiannya mendapat kecaman teruk orang ramai yang menyifatkan ketika ini golongan wanita muda sudah tidak mempunyai perasaan malu. “Tak tahu nak kata apa, aku lihat budak-budak muda sekarang dah hilang perasaan malu mereka. Depan-depan orang ramai pun boleh berjoget demi ‘content’ dekat TikTok. “Pandai betul orang luar cipta aplikasi untuk menyesatkan orang kita, yang belah orang kita pula jenis yang mudah terpengaruh,” jelas Wan Hizam. “Harapnya mereka yang terlibat ni...