Maybank lantik Malique Firdauz sebagai pemangku CFO kumpulan

Maybank mengumumkan pelantikan Malique Firdauz Ahmad Sidique sebagai pemangku Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO) berkuat kuasa hari ini. Menurut Maybank dalam satu kenyataan hari ini, ketika ini Malique merupakan Ketua Pegawai Kewangan Maybank Islamic. “Proses untuk mengenal pasti CFO kumpulan yang baharu akan dimulakan serta-merta dan keputusannya akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya. Sementara itu, dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Maybank mengumumkan Khalijah Ismail ditamatkan perkhidmatannya sebagai CFO berkuat kuasa hari ini susulan siasatan dalaman bank tersebut. “Lembaga pengarah akan membuat pengumuman diperlukan sebaik sahaja CFO kumpulan yang baharu dilantik,” katanya. ====================================== Maybank (Malayan Banking Berhad) merupakan bank terbesar di Malaysia dari segi aset, permodalan pasaran, dan rangkaian antarabangsa. Sebagai institusi kewangan terkemuka di Asia Tenggara, berikut adalah pencapaian utama Maybank sehingga 2...