Posts

Showing posts with the label Zahid Hamidi

Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari - Ahmad Zahid

Image
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hasrat Perikatan Nasional (PN) untuk bergabung dengan parti itu bagi membentuk Kerajaan Negeri Perak, ibarat mimpi di siang hari. Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata cadangan itu timbul kerana PN mungkin menyedari mereka telah kehilangan sokongan di Ayer Kuning. Timbalan Perdana Menteri itu berkata penggabungan itu tidak perlu kerana setakat ini, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad telah berkhidmat dengan baik dan yakin segala masalah pembangunan serta keperluan rakyat dapat diselesaikan di bawah kepimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan itu. “...kalau di Ayer Kuning ini baru ada cadangan itu, saya ingat ketika ini 12.30 tengah hari, kalau kita mimpi tentunya mimpi di siang hari,” katanya pada sidang media selepas Majlis Santuni Kasih Syawal Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Sungai Kroh di sini hari ini. Semalam, media melaporkan Ketua Pembangkang Datuk S...

PRK Ayer Kuning: BN tumpu santuni pengundi, tiada ceramah besar-besaran - Ahmad Zahid

Image
Barisan Nasional (BN) tidak akan mengadakan ceramah berskala besar sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning , kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi . Sebaliknya, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata parti itu akan memberi tumpuan kepada pendekatan mendekati dan menyantuni setiap pengundi di kawasan berkenaan. Menurut beliau, tidak banyak isu tempatan yang boleh dibangkitkan pihak pembangkang, melainkan isu di peringkat nasional, dan BN bersedia menjawab serta menangkis segala dakwaan. “Jawapan yang diberikan Insya-Allah bukan sahaja akan memuaskan hati para pengundi di sini, malah mampu memberikan penjelasan terhadap isu-isu yang dibangkitkan,” katanya pada sidang media selepas proses penamaan calon PRK DUN Ayer Kuning di Dewan Merdeka, di sini hari ini. Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pihaknya akan meneliti keperluan pembangunan di kawasan berkenaan yang bole...

Analisis Peluang Calon dalam PRK DUN Ayer Kuning 2025

Image
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak, dijangka menjadi pertandingan sengit antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), dan Parti Sosialis Malaysia (PSM). Berikut adalah analisis faktor yang mempengaruhi peluang kemenangan calon berdasarkan maklumat terkini: 1. Kelebihan Calon BN: Dr. Mohamad Yusri Bakir - Profil Kukuh: - Berpengalaman lebih 20 tahun dalam pendidikan dan aktif dalam komuniti sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Tapah dan Ketua Jabatan Pendidikan Islam di IPG Kampus Ipoh . - Latar belakang akademik (PhD Pendidikan Islam) dan hubungan kekeluargaan (isteri berketurunan Cina) diharap menarik sokongan pelbagai kaum . - Strategi BN: - Kerjasama PH-BN: Gabungan dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menggerakkan jentera kempen secara agresif, terutama dalam menarik sokongan pengundi bukan Melayu (25% India, 15% Cina) . - Kubu Kuat BN: DUN Ayer Kuning merupakan kubu BN sejak lapan penggal dengan sokongan akar umbi UMNO, MIC, dan MCA ya...

BN Namakan Setiausaha UMNO Bahagian Sebagai Calon di PRK Ayer Kuning

Image
 Barisan Nasional (BN) telah menamakan Dr. Ustaz Yusri Bakir, Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.48 Ayer Kuning di Perak. Dr. Yusri, yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam Pendidikan Islam dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), merupakan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral di IPG Ipoh. Selain penglibatan aktif dalam bidang pendidikan, beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Tapah, mencerminkan komitmennya dalam memperjuangkan pendidikan masyarakat setempat. Pemilihan beliau menunjukkan kesungguhan BN dalam mengetengahkan calon berkelayakan akademik dan berpengalaman luas dalam kerja sosial serta politik tempatan. PRK N.48 Ayer Kuning dijangka menjadi tumpuan penting dalam landskap politik negeri Perak. https://t.co/QOujiBJWQ0 Barisan Nasional (BN) telah menamakan Dr. Ustaz Yusri Bakir, Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.48 Ayer Kuning di Per...

Ahmad Zahid rakam penghargaan kepada anggota SMART di Myanmar

Image
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berjaya mengesan dan menyelamatkan seorang mangsa yang masih masih hidup selepas 72 jam terperangkap di bawah runtuhan gempa bumi di daerah Sagaing, Myanmar. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mangsa lelaki berusia 40-an itu ditemui di bawah runtuhan di Worksite K10, iaitu kawasan perumahan di Jalan Sagaing-Ta Da U dengan bantuan peralatan khas milik SMART pada pukul 2 petang tadi. "Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 2.27 petang hasil kerjasama erat dengan anggota bomba tempatan, sebelum dibawa ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan lanjut. "Kejadian ini merupakan satu keajaiban memandangkan mangsa telah terperangkap lebih daripada 72 jam di bawah runtuhan," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat menerusi hantaran di Facebook hari ini. Terdahulu, Ahmad Zahid berkata pasukan SMART turut menemui dan mengeluarkan enam jasad mangsa yang terkorban dalam benc...

Gas pipeline fire: Ahmad Zahid expresses appreciation to security teams

Image
Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has expressed appreciation to security teams and related agencies working diligently in managing the gas pipeline fire that broke out at Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. The Bagan Datuk MP who is the National Disaster Management Committee chairman, prayed for the safety of all personnel involved in the firefighting operations and the well-being of the affected residents. "May all efforts be made easier, all risks be controlled, and the necessary assistance be swiftly provided to those involved. Let us pray that everyone remains under Allah SWT’s protection, especially those affected," he said in a Facebook post. As of 1.55 pm, the gas pipeline fire was reportedly ebbing. A total of 112 victims and 190 houses have been affected by the incident. Victims were taken to Cyberjaya, Serdang, and Putrajaya Hospitals for treatment, while another 49 victims received initial treatment at the Sri Maha Kaliam...

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi

Image
  Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini. Naib Pengerusi BN Tapah Datuk Seri M. Saravanan yang juga Timbalan Presiden MIC berkata jentera BN Tapah akan menjalankan kempen mengikut acuan ‘tempatan’ bagi memastikan kemenangan calon yang dipilih mewakili gabungan berkenaan. “Jentera di peringkat bahagian amat memahami kehendak dan permasalahan yang berlaku di Tapah, malah pendekatan unik ini berjaya membantu BN mempunyai wakil rakyat daripada pelbagai kaum di sini,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Sementara itu, Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah yakin BN mampu mengekalkan kerusi DUN Ayer Kuning pada PRK berkenaan. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April. PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematia...

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai dendek - Ahmad Zahid

Image
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata calon berkenaan adalah daripada enam senarai nama yang dikemukakan oleh bahagian dan perhubungan negeri melibatkan ahli UMNO Bahagian Tapah. "Saya mengharapkan calon ini memenuhi kriteria penduduk-penduduk dan pengundi di Ayer Kuning dan Tapah amnya supaya kita dapat mengulangi, insya-Allah, kejayaan di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Ihya' Ramadan Al-Mubarak Tahun 1446 Hijrah/2026 Masihi di sini hari ini. Ditanya berhubung koordinasi gerak kerja antara BN dan Pakatan Harapan untuk PRK itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata kepimpinan BN-PH termasuk parti komponen mempunyai persefahaman. "Datuk Seri M Saravanan dan pemimpin MCA negeri telah menghubungi sa...

UMNO tidak tergugat, kes Ismail Sabri bersifat individu – Ahmad Zahid

Image
Tidak timbul isu bahawa UMNO akan tergugat susulan siasatan kes rasuah yang sedang dihadapi oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata kes itu adalah bersifat individu dan tidak membabitkan parti. "Perkara itu bukanlah satu isu dalam kalangan kepimpinan dan ahli UMNO. Kami menganggap kes ini bersifat peribadi. Ia tiada kaitan dengan parti secara rasmi," katanya pada sidang media Majlis Berbuka Puasa Bersama Majlis Kerja Tertinggi UMNO di sini hari ini. Pengerusi Barisan Nasional itu berkata demikian ketika mengulas persoalan sama ada kes rasuah melibatkan Ismail Sabri akan mengganggu kestabilan UMNO dan adakah perkara tersebut menjejaskan imej parti berkenaan. Ahmad Zahid mengulangi bahawa UMNO tidak terlibat dengan wang dan jongkong emas yang disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes rasuah mengaitkan Ismail Sabri. “Tiada kaita...

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid

Image
  Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas. Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata beliau telah menasihati Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu untuk tidak membuat keputusan tergesa-gesa dan setakat ini, Tengku Zafrul masih lagi ahli UMNO. “Saya telah beri pandangan parti bahawa beliau tidak perlu tergesa-gesa untuk buat keputusan sekarang. Beliau ialah Menteri MITI, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan beliau juga Ahli MKT yang dipilih dan menang, jadi tidak perlu tergesa-gesa. “Beliau (Tengku Zafrul) telah bersetuju dengan nasihat saya,” katanya pada sidang media Majlis Berbuka Puasa Bersama MKT UMNO di sini hari ini. Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan, rundingan sengit sedang berjalan berhubung kemungkinan Tengku Zafrul meninggalkan UMNO untuk menyertai ...

Keuntungan boleh agih akhir tahun Felcra melonjak 154 peratus

Image
HULU TERENGGANU – Lebih 68,400 peserta Felcra Berhad (Felcra) bakal menerima durian runtuh selepas agensi itu mengumumkan bayaran keuntungan boleh agih akhir tahun 2024 berjumlah lebih RM192.51 juta. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, agihan keuntungan tersebut merupakan kenaikan RM192.5 juta atau 154 peratus daripada tahun 2023. “Agihan keuntungan ini memberi manfaat kepada lebih 68,400 peserta di seluruh Malaysia melibatkan 583 projek yang mencatat keuntungan. Pembayaran dibuat secara berperingkat bermula hari ini,” katanya pada majlis Santunan Kasih Ramadan di Kampung Kuala Akob di sini hari ini. Ahmad Zahid berkata, prestasi cemerlang keuntungan boleh agih keseluruhan tahun 2024 sebanyak RM521.9 juta iaitu peningkatan 138.4 peratus tersebut membuktikan dedikasi dan kerja keras Felcra dalam memperkasakan ekonomi luar bandar. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pembayaran interim satu dan dua masing-masing berjumlah RM96 juta ...

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid

Image
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang bagi memastikan lebih banyak pembangunan dan kemajuan dapat dilaksanakan di negeri itu, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi BN berkata untuk menjadi parti dominan UMNO dan BN perlu memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya negeri ke-17 berbanding PRN sebelum ini. "Sebagai orang nombor dua di Putrajaya, saya akan tetap bisik kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sila bawa kemajuan lebih banyak ke Sabah ini, itu sebab saya sebagai Menteri di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Sabah menerima peruntukan terbesar daripada KKDW. "Sebelum kita menghadapi pilihan raya (pun) saya telah melakukan yang terbaik untuk Sabah apalagi kalau kita menjadi dominan," katanya ketika berucap menyampaikan amanat pada Majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO Sabah ke-34 di sini har...

PRK Ayer Kuning: UMNO ketengah calon miliki ciri 'Wali' - Ahmad Zahid

Image
UMNO akan mengetengahkan calon yang memiliki kriteria dan ciri 'WALI' -boleh menang (winnable), diterima (acceptable) dan disenangi (likeable) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan berbincang terlebih dahulu dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan kepimpinan UMNO Bahagian Tapah untuk mengenal pasti calon-calon berkenaan. "Kita beri peluang kepada semua kumpulan dan kita akan senarai pendek bakal-bakal calon berkenaan," kata Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri pada sidang media selepas merasmikan Kompleks Ladang Ternakan Ayam Pedaging (Sistem Tertutup) FELCRA Berhad di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Pemuda UMNO yang dilaporkan mempunyai calon yang berpotensi dan tidak menolak kemungkinan untuk melobi bagi PRK DUN Ayer Kuning, susulan kekosongan kerusi itu selepas kematian penyandangny...

Ekonomi negara kukuh, kerajaan Madani komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid

Image
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar. Menurut laporan Buletin Suku Tahunan Bank Negara Malaysia Suku Keempat 2024, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus pada suku keempat tahun 2024 dan 5.1 peratus bagi keseluruhan tahun, berbanding 3.6 peratus pada 2023. Menyambut baik laporan itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata angka berkenaan mencerminkan ketahanan ekonomi negara serta keberkesanan dasar kerajaan dalam memastikan pertumbuhan yang mampan dan berdaya saing. “Saya percaya kejayaan ini mesti diterjemahkan kepada manfaat langsung kepada rakyat seperti membawa lebih banyak peluang pekerjaan, pembukaan perniagaan baharu, peningkatan kemudahan infrastruktur dan pemacuan taraf hidup, khususnya bagi masyarakat luar bandar dan Bumiputera yang menjadi tunjang kekuatan negara,” katanya menerusi kenyataan yan...

Kemas perkukuh pendidikan al-Quran, tubuh 4,000 kelas Tabika Pra-Tahfiz tahun ini - Ahmad Zahid

Image
Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan memperluas pendidikan al-Quran dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak dengan penubuhan 4,000 kelas Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Pra-Tahfiz melibatkan 60,000 kanak-kanak di seluruh negara tahun ini. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha itu merupakan komitmen kerajaan dalam memastikan pendidikan al-Quran terus menjadi tunjang dalam membina generasi pewaris negara yang berakhlak, berilmu dan berdaya saing. “Usaha ini bermula dengan pelaksanaan rintis di 100 Tabika KEMAS, melibatkan 1,500 kanak-kanak. Alhamdulillah sambutan yang diterima sangat menggalakkan hingga 2024, penyertaan meningkat kepada 55,269 kanak-kanak. “Saya percaya ini membuktikan bahawa masyarakat menyambut baik usaha KEMAS untuk memperkukuh nilai-nilai Islam dalam sistem pendidikan awal kanak-kanak negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata selain pendidikan, K...

Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul

Image
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terlebih dahulu.  Beliau berkata pengumuman rasmi mengenai perkara itu akan dibuat hanya selepas beliau berbincang dengan Ahmad Zahid. "Saya kena sampaikan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid terlebih dahulu," katanya selepas menghadiri program amal Golf KITA 2025 di sini hari ini, yang dirasmikan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Baru-baru ini timbul spekulasi Tengku Zafrul akan meninggalkan UMNO selepas dikatakan tiada lagi masa depan politiknya dalam parti tersebut, dan media juga sebelum ini melaporkan yang beliau pernah dipelawa menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) beberapa bulan lepas. Sementara itu Tengku Zafrul berkata beliau sedia ...

Azalina tegas pendirian tak sokong gag order titah adendum

Image
Azalina Othman Said menegaskan pendiriannya sama seperti sebelum ini, menentang permohonan larangan bersuara dibuat Jabatan Peguam Negara bagi menghalang orang ramai membincangkan titah adendum Najib Razak menjalani baki pemenjaraan bawah tahanan rumah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi) berkata demikian merujuk laporan sebuah portal berhubung kenyataan Presiden Umno Zahid Hamidi, menghargai tindakannya membantu mengkoordinasi perintah larangan mengulas (gag order) berkaitan titah adendum terkait Najib. “Pendirian saya kekal tidak berubah. Permohonan perintah larangan bersuara oleh Jabatan Peguam Negara tidak sepatutnya dibuat dalam isu ini kerana perkara berkaitan titah adendum telah pun menjadi pengetahuan umum,” katanya dalam kenyataan. Pada 4 Feb lalu, Zahid ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen berterima kasih kepada Azalina yang mengkoordinasikan perintah larangan mengulas dengan Pejabat Peguam Negara berhubung titah adendum Najib. ...