Posts

Showing posts with the label ADUN

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker

Image
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seawalnya Selasa ini. Beliau berkata secara ringkas ketika ditemui pemberita di pekarangan kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, yang meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas  perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya, Georgetown, Pulau Pinang petang semalam. PRK mesti diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh SPR menerima notis rasmi mengenai kekosongan kerusi tersebut. Kali terakhir PRK diadakan di Perak ialah di DUN Slim pada 29 Ogos 2020. Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad serta barisan exco kerajaan negeri antara yang dilihat menziarahi keluarga Allahyarham. Jenazah Allahyarham Ishsam tiba di kediamannya kira-kira 12.30 malam tadi selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Pu...

MP, ADUN UMNO terus sokong Anwar

Image
MP, ADUN UMNO terus sokong Anwar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174059 Semua Ahli Parlimen (MP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO membuat ketetapan untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara tersebut diputuskan sebagaimana yang dipersetujui oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 24 November 2022 dan diluluskan sebulat suara oleh perwakilan Perhimpunan Agung UMNO pada 14 Januari lalu. “Mesyuarat memperakukan bahawa semua Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN UMNO akan terus mendokong pendirian parti untuk menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan Malaysia,” katanya selepas Mesyuarat MKT UMNO di Bangunan Dato’ Onn, malam ini. Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, UMNO bersetuju untuk menganjurkan Konvensyen Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri bermula bulan hadapan selain menganjurkan Kolokium Khas berhubung Kongres Ekonomi B...

PRN Selangor: Amanah ganti BN di Hulu Bernam

Image
PRN Selangor: Amanah ganti BN di Hulu Bernam BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166510 HULU SELANGOR - Parti Amanah Negara (Amanah) menggantikan Barisan Nasional (BN) bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 12 Ogos depan. Ketua Pemuda Amanah Hulu Selangor, Abdul Mun'im Roslin berkata, pihaknya berterima kasih atas kepercayaan pimpinan Amanah peringkat negeri dan pusat serta BN khususnya UMNO dalam mencapai kata sepakat mengenai keputusan tersebut. "Perkembangan ini merupakan satu titik tolak yang akan mengukuhkan lagi kerjasama dan gerak kerja berpasukan dalam Kerajaan Perpaduan sekali gus memberi lonjakan sokongan kepada gabungan PH-BN di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. Sehubungan itu, katanya, Amanah Hulu Selangor berusaha sedaya upaya mengerahkan seluruh kekuatan dengan sokongan rakan parti dalam gabungan itu bagi memastikan kerusi DUN Hulu Bernam mengekalkan kemenangan yang disandang BN se...

PRN: Mohd Isam umum tidak pertahan kerusi DUN Gemencheh

Image
PRN: Mohd Isam umum tidak pertahan kerusi DUN Gemencheh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163937 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh Datuk Mohd Isam Mohd Isa hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Mohd isam yang juga Ahli Parlimen Tampin berkata keputusan dibuat berikutan mahu memberi tumpuan penuh terhadap perkhidmatan di kawasan Parlimennya. “Saya doakan rakan-rakan supaya menang pada PRN nanti, saya tidak akan bertanding lagi pada PRN, maknanya Gemencheh (kerusi) kosong. “Kalau Datuk Speaker (Datuk Zulkefly Mohamad Omar), berminat bolehlah… tetapi sebelum itu kena meminang, bukan macam meminang Puteri Gunung Ledang pun, syarat pertamanya kena masuk UMNO dululah,” katanya ketika berucap pada sesi penangguhan pada persidangan penggal kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini hari ini. VIDEO Berkaitan: https://youtu.be/ZEmsVOQjx-k Sementara itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kep...

#PRNJohor: ADUN Bukit Melawati positif Covid-19 ketika berkempen disana

Image
#PRNJohor: ADUN Bukit Melawati positif Covid-19 ketika berkempen disana Selanjutnya di:   https://pakdin.my/155717 - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli disahkan positif Covid-19 hari ini, ketika berkempen untuk pilihan raya negeri (PRN) Johor. Katanya, beliau kini berada di Johor membantu calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis. Beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor berkata, keputusan itu diperolehi selepas menjalani ujian saringan di sebuah klinik swasta di Segamat semalam. “Semalam (3 Mac), saya mengalami sakit tekak dan keletihan, walaupun ujian air liur yang dilakukan secara harian menunjukkan keputusan negatif. “Namun, bagi tujuan pengesahan dan rasa tanggungjawab, saya terus menjalani ujian saringan PCR dan kuarantin kendiri,” katanya dalam kenyataan. Katanya, beliau sudah menerima dos penggalak pada 18 Nov lalu. “Saya memohon maaf bagi rakan seperjuangan kerana tidak dapat membantu kempen buat mas...

#PRNJohor: 'Saya keluar parti lepas DUN bubar sebab Muhyiddin tidak tekan butang'

Image
 #PRNJohor: 'Saya keluar parti lepas DUN bubar sebab Muhyiddin tidak tekan butang' [Sumber: https://pakdin.my/?p=154148 ]  Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Datuk Mohd Izhar Ahmad menganggap mereka yang mengkritik keputusannya keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana tidak faham dengan tindakannya itu. Bekas Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor itu berkata, mereka melontarkan kritikan yang amat lemah dan tidak berasas termasuk mempersoal tindakannya keluar Bersatu selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan. "Jelas bila saya katakan saya tidak akan bertanding maknanya saya lepaskan semua. Bagaimana saya boleh jadi Exco lagi dan pegang jawatan lembaga pengarah mana-mana syarikat milik kerajaan (GLC) jika saya bukan lagi ahli politik? "Kenapa saya keluar parti lepas bubar DUN? Sebab saya tunggu 'butang' yang tidak ditekan-tekan selama ini walaupun sokongan untuk berbuat demikian telah diber...