Posts

Showing posts with the label Hospital

UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

Image
Anak syarikat milik penuh tidak langsung UEM Edgenta Bhd, UEMS Solutions Pte Ltd telah menandatangani kontrak dengan ALPS Pte Ltd untuk menyediakan perkhidmatan sokongan hospital di Singapura bernilai kira-kira S$220.48 juta (kira-kira RM735.23 juta). Syarikat pengurusan aset dan penyelesaian infrastruktur itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata kontrak itu menjangkau antara 32 bulan dan lima tahun, dijadual bermula seawal 1 Mei, 2025. “Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2025,” kata UEM Edgenta. Tiada kesan ke atas modal saham terbitan dan berbayar serta pegangan saham pemegang saham besar, katanya. Syarikat itu berkata risiko utama berkaitan dengan kontrak kebanyakannya melibatkan pengoperasian termasuk potensi perubahan dalam keadaan politik, ekonomi dan kawal selia. "UEMS mempunyai pengalaman luas dan rekod prestasi yang kukuh dalam menyampaikan perkhidmatan sokong...

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Image
 MELAKA: Dua beradik wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan gaduh gempar di sebuah wad di Hospital Melaka pada Januari lalu, dipercayai berpunca daripada isu menjaga bapa yang sedang nazak. Tertuduh, Normala Othman, 47, dan Julaiha Othman, 45, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Uthman Abd. Ghani. Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama melakukan gaduh gempar dengan bergaduh di tempat awam iaitu di Wad 42, Katil 2A, Hospital Melaka dalam daerah Melaka Tengah pada pukul 2.50 petang, 19 Januari 2025. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Difahamkan, insiden itu tercetus susulan pertikaian berhubung penjagaan bapa mereka yang berada dalam keadaan nazak sebelum dilaporkan meninggal dunia pada 20 Januari lalu. Ti...

Campak emak di hospital untuk pergi beraya

Image
Campak emak di hospital untuk pergi beraya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163643 Tanpa disangka, seorang anak tergamak meninggalkan ibunya di sebuah hospital untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Menerusi perkongsian seorang jururawat, Harnisah Nisa, dia mendedahkan perkara itu selepas mendengar perbualan antara waris dengan seorang doktor. “Doktor tulis sahaja sakit apa pun. Janji dia boleh masuk wad. Mana boleh macam tu. Mak cik sihat. Cuma dah lama kena ‘stroke’ kan. “Bolehlah doktor. Esok dah nak raya . Kami nak berjalan. Susahlah kalau bawa sekali dengan ‘wheel chair’ (kerusi roda). “Kalau dia masuk wad, ada orang jaga. Seminggu sahaja doktor,” kongsi jururawat tersebut. Dalam pada itu, Harnisah berpandangan bahawa tindakan tersebut adalah amat mementingkan diri sendiri. “Sanggup minta dimasukkan ke wad semata-mata nak senang beraya. Ladang pahala di depan mata, bertukar menjadi ladang dosa. “18 tahun menjadi seketul misi Unit Rawatan Rapi (ICU), inilah sketsa tahunan setia...

Pesakit Covid-19 larikan motosikal kakitangan hospital maut kemalangan

Image
Pesakit Covid-19 larikan motosikal kakitangan hospital maut kemalangan Maklumat lanjut di:  https://pakdin.my/156936 - HULU TERENGGANU - Seorang pesakit Covid-19 yang melarikan sebuah motosikal kakitangan hospital maut dalam kemalangan selepas kenderaan ditunggang terbabas di Kilometer 28 Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang, di sini pada Isnin. Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, insiden berlaku jam 8 pagi menyebabkan lelaki berusia 66 tahun itu maut di lokasi kejadian. Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa merupakan pesakit Covid-19 yang dikuarantin di Hospital Hulu Terengganu bermula 10 Mac lalu. "Mangsa telah melarikan sebuah motosikal jenis Honda C100 milik kakitangan hospital yang diparkir di kawasan surau hospital kira-kira jam 6.30 pagi menghala ke arah Wakaf Tapai, Marang. "Apabila sampai di persimpangan Bukit Perpat, mangsa telah menunggang motosikal secara melawan arus menghala ke sebuah kilang sebelum tiba-tiba...