
Mahkamah: Wanita sumbing dan suami mengaku lakukan amang seksual terhadap budak 15 tahun BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174082 KLANG – Sepasang suami isteri dengan seorang daripadanya sumbing berdepan penjara sehingga 30 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun, bulan lalu. Khairul Hizwan Kamarudin, 32, dan Norehan Abu Kasim, 35, membuat pengakuan bersalah termasuk membiarkan remaja tersebut melihat perbuatan seksual mereka selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noridah Adam. Mengikut pertuduhan, Khairul Hizwan yang melakukan kerja-kerja kampung dan Norehan sebagai suri rumah masing-masing didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan memegang dada remaja perempuan itu bagi tujuan seksual. Sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017. Norehan yang sumbin...