Lima warga Bangladesh ditahan bantu siasatan kes bunuh rakan senegara kerana lewat bayar gaji

SHAH ALAM -- Polis menahan lima warga Bangladesh termasuk dua wanita bagi membantu siasatan berhubung kes tetak dan bunuh rakan senegara mereka di Seksyen 7 semalam 15 February 2025. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kesemua individu berusia 33 hingga 53 tahun termasuk suspek utama ditahan pada 1.49 tengah hari semalam di hadapan sebuah kedai runcit di kawasan itu. Beliau berkata penahanan kesemua suspek dilakukan susulan panggilan yang diterima daripada orang awam pada 8.26 pagi hari yang sama, memaklumkan kejadian seorang lelaki ditetak di hadapan sebuah kedai runcit. “Pihak polis dan ambulans dari Hospital Shah Alam segera dikejarkan ke tempat kejadian. Pemeriksaan pegawai perubatan ke atas seorang lelaki yang terbaring di hadapan kedai itu mendapati mangsa telah meninggal dunia dengan beberapa kesan kecederaan di bahagian kepala, badan serta tangan akibat serangan menggunakan objek tajam. “Siasatan polis mendapati si mati merupakan seorang lelaki warg...