Posts

Showing posts with the label Suspek

[VIDEO] Suspek kes bunuh wanita di Tanjung Lumpur ditahan di Kuala Terengganu - Polis

Image
KUANTAN – Polis hari ini berjaya menahan suspek yang dipercayai membunuh dengan kejam seorang wanita yang menjalankan urus niaga hantaran tunai (COD) di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, lelaki berusia 53 tahun itu ditahan dalam satu serbuan pada pukul 5.30 pagi di sebuah rumah di kawasan perumahan Wakaf Tembesu, Gong Badak Kuala Terengganu. “Dengan tertangkapnya suspek, pihak polis telah berjaya menyelesaikan kes bunuh melibatkan seorang peniaga wanita yang ditemui mati di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur pada 13 Februari lalu. “Pihak polis mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya hari ini. Terdahulu dilaporkan seorang wanita ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila menjadi mangsa pembunuhan kejam ketika menjalankan COD di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di ...

[VIDEO] Terlibat letupan bom di Pandan Indah, suspek ditangkap di Kedah

Image
[VIDEO] Terlibat letupan bom di Pandan Indah, suspek ditangkap di Kedah BACA seterusnya di https://pakdin.my/161497   Sepasang suami isteri ditangkap di Serdang, Kedah selepas disyaki terbabit dalam kejadian letupan sehingga menyebabkan seorang tukang masak maut di Pandan Indah, Ampang Jaya, Khamis lalu 30 Disember 2022. Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, penangkapan tersebut dibuat atas maklumat risikan yang dibuat oleh pihak polis. “Penahanan kedua-dua suspek masing-masing berusia 30 tahun dan 33 tahun itu dilakukan di sebuah rumah di Serdang,Kedah pada pukul 7.20 malam, semalam 3 Januari 2023. “Polis percaya tangkapan tersebut boleh membantu dalam menjalankan siasatan kes letupan bom di Pandan Indah, Ampang,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Sasikala Devi, perintah tahanan reman telah dipohon dan pihak Majistret telah membenarkan tahanan reman terhadap pasangan itu selama tujuh hari sehingga Selasa minggu hadapan. https://www.instagram.com/re...