Posts

Showing posts with the label Hamil

90% kes rogol di Kelantan libat remaja bawah umur, atas dasar rela

Image
Kes rogol dan sumbang mahram di Kelantan membimbangkan dengan menyaksikan peningkatan kes berlaku setiap tahun yang kebanyakannya membabitkan suka sama suka. Lebih membimbangkan, kebanyakan mangsa dan pelaku adalah remaja bawah umur iaitu seawal usia 10 tahun bagi perempuan dan 11 tahun bagi lelaki sehingga ada dalam kalangan mereka mengandung. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, ketika mendedahkan perkara itu berkata, sepanjang tahun lalu sebanyak 252 kes rogol dan sumbang mahram direkodkan iaitu meningkat berbanding 2023 membabitkan 206 kes. Katanya, untuk suku pertama tahun ini juga merekodkan peningkatan 17.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. "Bagi saya kes rogol dan sumbang mahram sangat membimbangkan. Jika dulu lelaki yang mencari perempuan, namun kini di Kelantan sebaliknya yang berlaku apabila perempuan yang mencari lelaki untuk membuat hubungan. VIDEO berkaitan: "Ada kes beberapa bulan lalu, anak saudara perempuan berusia 10 tahun meminta membuat ...

Suami umur 62 tahun, content creator terus dihina dan disindir hamil anak ketiga - “Ingat dah tak boleh pakai lagi”

Image
Suami umur 62 tahun, content creator terus dihina dan disindir hamil anak ketiga - “Ingat dah tak boleh pakai lagi” BACA seterusnya: https://pakdin.my/166367 MEMILIKI lebih 230,000 pengikut di aplikasi TikTok, content creator Siti Nur Nashrah atau Nashkay pastinya sudah terbiasa berdepan dengan pelbagai komen netizen. Terbaharu, Nash, 30, yang sedang hamil anak ketiga mendedahkan dia turut menjadi mangsa penghinaan segelintir netizen kerana suaminya kini berusia 62 tahun. "Wohoo dah mengandung isteri dia. Kuat juga si tua ganyut ni. Ingat dah tak boleh pakai lagi (tak bernafsu). Wah padanlah seri aje isteri atuk ni. Apa tak vitamin A to Z dah masuk. Itulah bertenaga buat TikTok kan. Antara komen penghinaan yang diterima Nash dan suaminya. "Dia gunakan atuk ini cari side line income, takut-takut bila mati tak dapat harta kerana si tua ini ada anak, mana mereka nak kasi harta pada gold digger ini kan. "Kesian tengok si tua ganyut layankan isteri yang cari peluang cari duit...

[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari

Image
[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165326 Reman seorang lelaki disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, disambung lima hari hingga Sabtu.  Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Agus Salim Mohd Alias berkata berkata pelanjutan reman suspek berusia 20 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Selangor hari ini. Katanya setakat ini lebih 20 saksi telah dipanggil untuk dirakam kenyataan bagi membantu siasatan kes bunuh tersebut. Media sebelum ini melaporkan, luka akibat tikaman di dada menjadi punca pelayan restoran itu maut selain dikelar diperut sebelum dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, di sini Isnin lepas. Agus Salim berkata suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipu...

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Image
[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235 SUNGAI BESAR  -- Perselisihan faham untuk menyembunyikan kehamilan di luar nikah dipercayai punca seorang pelayan restoran dibunuh kejam dengan ditikam, dikelar perut dan dibakar teman lelakinya di sekitar kebun kelapa sawit, Jalan Sungai Limau, Isnin lepas. Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata suspek yang merupakan bekas penuntut kolej itu telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita berusia 21 tahun itu sebelum dipukul di kepala lantas dibunuh di lokasi berkenaan sekitar 10 malam. Terdahulu, Agus Salim berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat seorang wanita tempatan dalam keadaan terbakar dan tertiarap di kawasan kebun kelapa sawit tersebut sekitar 8 pagi semalam (23 Mei). Katanya hasil tindakan pantas pihaknya, mereka berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun di sebuah ke...

(Video) Wanita hamil tujuh bulan maut ditembak

Image
(Video) Wanita hamil tujuh bulan maut ditembak Selanjutnya di:   https://pakdin.my/159197 PASIR MAS: Seorang wanita yang hamil tujuh bulan maut selepas ditembak dalam kejadian di Kampung Teresek, Repek di sini petang semalam. Mayat Farrah Emirah Mazlan, 26, ditemukan dalam keadaan terbaring di tempat duduk pemandu dengan kesan tembakan di bahagian perut sebelah kiri hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pihak polis. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 4 petang berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta jenis Nissan Cefiro yang diparkir di tepi jalan. Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta tersebut telah menemukan satu kelongsong peluru di bahagian belakang tempat meletak kaki penumpang sebelah pemandu. “Hasil temu bual dengan saksi awam mendapati kereta mangsa berada di tepi jalan tersebut sejak petang Jumaat. “Semakan awal mendapati kereta tersebut ...