Posts

Showing posts with the label Rasuah

Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

Image
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pengurup wang berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, ketika dihubungi, berkata suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan, namun dilepaskan selepas mengadu sakit jantung. Beliau berkata suspek kemudian dirujuk kepada doktor dan disahkan mengalami masalah jantung tersumbat sebelum dilepaskan bagi menerima rawatan lanjut. Dalam pada itu, Azam berkata proses merakam keterangan Ismail Sabri mungkin akan mengambil beberapa sesi lagi sebelum selesai. Ketika ditanya mengenai kemungkinan pendakwaan, beliau berkata masih ada beberapa individu lain yang perlu dipanggil untuk dirakam keterangannya. Petang tadi, bekas perdana menteri itu dilihat meninggalkan Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada 4.35 petang selepas proses merakam keterangannya berlangsung selama lebih enam jam. Sumber SPRM mengesahkan...

Sesi rakam keterangan Ismail Sabri dijangka sambung Isnin

Image
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan berhubung kes rasuah serta pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk hari ini. Bagaimanapun ia masih belum berakhir kerana menurut sumber, Ahli Parlimen Bera itu dijangka kembali bagi menyambung sesi memberi keterangan kepada SPRM pada Isnin. Terdahulu, Ismail hadir bagi dirakam keterangan berhubung kes itu pada 8.46 pagi tadi, sebelum keluar pada 12.30 tengah hari untuk solat Jumaat, dan kembali semula di Ibu Pejabat SPRM pada 3.25 petang bagi menyambung sesi. Kenderaan yang dinaiki beliau kemudiannya dilihat meninggalkan perkarangan SPRM pada 5.42 petang. Semalam Ismail Sabri hadir dan mula memberi keterangan berhubung kes berkenaan di Ibu Pejabat SPRM di sini. Pada 3 Mac, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram, susulan penemuan wang t...

Kes Ismail Sabri: 36 selesai beri keterangan, 23 lagi akan dipanggil SPRM

Image
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merekodkan keterangan 36 saksi bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sumber SPRM berkata 23 lagi saksi baharu dikenal pasti dan akan dipanggil dalam masa terdekat bagi memberi keterangan. “Saksi yang dirakam keterangan termasuk empat bekas pegawai kanan kepada Ismail Sabri yang sebelum ini direman dan dibebaskan dengan jaminan SPRM. “Empat saksi pula masih dalam proses rakaman keterangan ketika ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Sementara itu, sumber berkenaan turut memaklumkan proses merakam keterangan Ahli Parlimen Bera itu yang dijadualkan 13 Mac ini, hanya akan dilakukan bergantung kepada tahap kesihatannya pada hari berkenaan. “Sekiranya sihat, beliau boleh diambil keterangan,” katanya. Bekas perdana menteri kesembilan itu sebelum ini dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas rebah secara tiba-tiba di rumahnya pada 21 Feb lepas. Pada 3 Mac l...

Bekas pegawai khas disyaki minta, terima rasuah RM500,000

Image
 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua individu termasuk bekas pegawai khas kepada seorang Ahli Parlimen kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000. Rasuah diminta oleh suspek itu dipercayai sebagai balasan membantu meluluskan dana Projek Mesra Rakyat. Perintah reman selama empat hari bermula semalam sehingga 9 Mac terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam. Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia sekitar 30-an itu telah ditahan pada 5 Mac kira-kira pukul 9.30 malam ketika hadir bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM. “Kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2024 sebagai balasan membantu meluluskan permohonan dana Projek Mesra Rakyat bernilai kira-kira RM 1.5 juta. “Ia membabitkan pembekalan Interactive Smart Board kepada beberapa buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur,” katanya tadi. Sumber berkata...

SPRM temu bual doktor rawat Ismail Sabri di hospital

Image
 Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menemu bual doktor perubatan yang merawat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di sebuah hospital di Selangor. Menurut sumber, proses temu bual itu dijalankan bermula pukul 3.30 petang tadi di hospital tempat pegawai perubatan tersebut bekerja. Difahamkan, keterangan yang akan diberikan doktor perubatan itu kepada SPRM adalah bagi mengetahui tahap kesihatan Ismail Sabri sebelum keterangan beliau direkodkan pada Khamis depan. Semalam, SPRM menangguhkan sesi rakaman keterangan Ismail Sabri yang dijadualkan hari ini susulan cuti sakit beliau dilanjutkan sehingga 12 Mac ini. Sumber berkata, tujuan SPRM menemu bual doktor yang merawat Ismail Sabri adalah untuk mengetahui tahap kesihatan beliau sama ada benar-benar berada dalam keadaan baik dan sihat. “SPRM mengambil berat kesihatan bekas Perdana Menteri itu selain mengenal pasti penyakit yang dihadapi beliau ,” kata sumber. Sebelum itu, Ismail Sabri ...

SPRM tangguh rakam keterangan Ismail Sabri, cuti sakit hingga 12 Mac

Image
  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangguhkan sesi rakaman keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadualkan esok kepada 13 Mac ini susulan cuti sakit beliau dilanjutkan sehingga 12 Mac ini. Menurut sumber, SPRM akan merakam keterangan doktor yang merawat Ismail Sabri untuk mengetahui tahap kesihatan beliau sebelum keterangannya direkodkan Khamis depan. “Tujuan SPRM merakam percakapan doktor yang merawat Ismail Sabri adalah untuk mengetahui tahap kesihatan beliau sama ada benar-benar berada dalam keadaan baik dan sihat. “SPRM mengambil berat kesihatan bekas Perdana Menteri itu selain mengenal pasti penyakit yang dihadapi beliau ,” katanya tadi. Sebelum ini Ismail Sabri dijangka hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada 5 Mac lalu untuk memberi keterangan. Namun, beliau tidak dapat hadir sehingga kini kerana masalah kesihatan dan telah diberikan sijil cuti sakit oleh doktor yang merawatnya sehingga 12 Mac depan. Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SP...

SPRM Kedah tahan ahli perniagaan minta, terima rasuah RM400,000

Image
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman seorang ahli perniagaan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM400,000 daripada seorang lelaki sebagai balasan mendapatkan hak penggunaan tanah milik anak syarikat kerajaan negeri. Sumber SPRM memaklumkan perintah reman selama lima hari bermula hari ini terhadap suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor, selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi ini. Beliau berkata suspek ditahan di Pejabat SPRM Kedah sekitar 3.25 petang semalam ketika hadir memberi keterangan. “Berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai meminta wang rasuah terbabit sebagai balasan membantu mendapatkan hak penggunaan tanah bagi satu projek usahasama dan suspek dipercayai melakukan kesalahan berkenaan sekitar Jun 2020,” katanya. Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan kes disiasat di ...

SPRM siasat Ismail Sabri berkaitan kes rasuah, pengubahan wang haram

Image
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram. SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa Ismail Sabri menerajui negara. Siasatan ke atas bekas Perdana Menteri kesembilan itu dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. "Sehubungan dengan itu, bekas Perdana Menteri diarahkan untuk membuat pengisytiharan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 pada 11 Dis 2024 dan pengisytiharan tersebut telah dibuat secara rasmi pada 10 Feb lepas," menurut kenyataan tersebut. Selain itu, SPRM memaklumkan berdasarkan maklumat baharu dan hasil risikan, pihaknya telah menahan empat pegawai kanan yang berkhidmat di bawah Ismail...

Dana publisiti RM700 juta: SPRM rakam keterangan Ismail Sabri

Image
Dana publisiti RM700 juta: SPRM rakam keterangan Ismail Sabri https://pakdin.my/174870/ PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah merakam keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi membantu siasatan berhubung dana RM700 juta bagi tujuan publisiti dan promosi semasa pentadbiran kerajaan terdahulu. Perkara itu dimaklumkan SPRM sebentar tadi menerusi satu kenyataan akhbar yang mana turut mengesahkan bahawa pihaknya telah memanggil isteri bekas Menteri Kewangan iaitu Toh Puan Nai’mah Abdul Khalid. Nai’mah yang merupakan isteri kepada Tun Daim Zainuddin turut dipanggil bersama dua anak lelakinya iaitu Muhammad Amin Zainuddin Daim dan Muhammad Amir Zainuddin Daim di Ibu Pejabat SPRM bagi dirakamkan keterangan hari ini. Menurut SPRM, ketiga-tiga individu itu dipanggil memberi keterangan bagi memastikan beberapa perkara berhubung aset bernilai tinggi di dalam dan luar negara yang berada di bawah nama syarikat kepunyaan mereka serta te...

Tiga penjawat awam ditahan SPRM terima rasuah RM12,000

Image
Tiga penjawat awam ditahan SPRM terima rasuah RM12,000 https://pakdin.my/174867/ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman tiga penjawat awam kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM12,000 daripada sebuah syarikat. Suapan tersebut dilakukan berhubung kerja-kerja penurapan jalan yang tidak mengikut spesifikasi. Menurut sumber, ketiga-tiga suspek yang bekerja di sebuah agensi pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan sekitar pukul 7.45 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM, di sini. “Ketiga-tiga suspek ini telah meminta dan menerima wang rasuah daripada syarikat berkenaan selepas mendapati kerja-kerja penurapan jalan yang dilaksanakan sekitar April hingga Jun tahun lalu, tidak mengikut spesifikasi sebagaimana ditetapkan. “Wang rasuah keseluruhannya sekitar RM12,000 kemudian dimasukkan ke dalam akaun peribadi ketiga-tiga suspek sebagai balasan agar kompaun tidak dikeluarkan kepada syarikat berkenaan,” katanya. Susulan ...

Hukuman bekas Hakim Mahkaman Sesyen Kuala Kubu Bharu dikurangkan

Image
Hukuman bekas Hakim Mahkaman Sesyen Kuala Kubu Bharu dikurangkan https://pakdin.my/174770/ SHAH ALAM – Seorang bekas hakim yang sebelum ini dipenjara enam bulan dan denda RM25,000 atas kesalahan rasuah enam tahun lalu, bernasib baik apabila hukumannya itu dikurangkan kepada penjara sehari dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Tinggi. Ia selepas Mahkamah Tinggi di sini pada 31 Julai 2022, membenarkan rayuan bekas Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, Azmil Muntapha Abas, 50, selaku perayu untuk mengetepikan hukuman yang diputuskan Mahkamah Sesyen pada 19 Oktober tahun yang sama. Bagaimanapun dalam rayuan itu, perayu hanya berjaya mengurangkan hukuman namun gagal mengetepikan sabitan bersalah atas pertuduhan tersebut. Menerusi alasan penghakiman yang dikeluarkan Hakim, Hasbullah Adam pada Jumaat lalu, Mahkamah Tinggi mendapati tidak wujud alasan bermerit untuk mengganggu gugat keputusan Mahkamah Sesyen berhubung sabitan salah (no sufficient ground for interfering) tersebut menurut seksyen 3...

Bekas Setiausaha Politik MB Kedah didakwa minta, terima suapan berkaitan REE

Image
Bekas Setiausaha Politik MB Kedah didakwa minta, terima suapan berkaitan REE BACA di: https://pakdin.my/173709 Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Mohamad Hilmi Abdul Wahab dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan berkaitan projek perlombongan unsur Nadir Bumi (REE) di sekitar negeri itu, Julai lepas. Mohamad Hilmi, 50, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin. Bagi pertuduhan pertama, Mohamad Hilmi didakwa meminta suapan wang tunai berjumlah RM250,000 daripada Pengarah Syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd, Liana Mamat @ Khalid, 40, melalui Syed Muhammad Syid Aluvi, 34. Ia sebagai dorongan bagi tertuduh, yang ketika itu Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membantu syarikat berkenaan untuk mendapat kelulusan permohonan Lesen Perlombongan dan Lesen Penjelajahan REE di sekitar Kedah. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah ...
Image
Syed Saddiq lepas jawatan Presiden Muda BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170675 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melepaskan jawatannya sebagai Presiden Parti Ikatan Demokratik  Malaysia (MUDA) serta-merta hari ini, susulan keputusan mahkamah mendapati beliau bersalah terhadap pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). Beliau berkata jawatan itu akan dipangku sementara waktu oleh Timbalan Presiden MUDA Amira Aisya Abd Aziz dan keputusan itu telah dipersetujui secara kolektif oleh mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat MUDA hari ini. “Saya mengosongkan jawatan Presiden serta-merta sementara membersihkan nama saya melalui proses mahkamah. “Saya tidak akan melibatkan diri atau dilibatkan lagi dalam mana-mana keputusan dalam Parti MUDA dan yang berkaitan dengan masa depan MUDA, namun saya akan terus mendukung parti ini sebagai ahli,” katanya pada sidang media khas, hari ini. Pagi tadi, Mahkamah Tin...

🎦 Syed Saddiq kena jel 7 tahun, 2 sebatan dan denda RM10 juta

Image
🎦 Syed Saddiq kena jel 7 tahun, 2 sebatan dan denda RM10 juta BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170669 Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun, dua kali sebatan serta didenda RM10 juta selepas didapati bersalah terhadap empat tuduhan pecah amanah, salah guna wang dan pengubahan wang haram dana ARMADA BERSATU. Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid mengenakan hukuman itu selepas mendengar hujahan mitigasi peguam bela Haijan Omar dan Gobind Singh Deo bagi diringankan hukuman dan hujahan pemberatan hukuman oleh pihak pendakwaan. Bagi kesalahan bersubahat pecah amanah wang ARMADA berjumlah RM1 juta, Azhar memerintahkan Syed Saddiq dipenjara tiga tahun dan satu sebatan manakala bagi tuduhan salah guna wang RM120,000 pula, beliau diperintahkan dihukum penjara dua tahun dan juga satu sebatan. Bagi satu tuduhan pertama pengubahan wang haram pula, Syed Saddiq diperintahkan menjalani hukuman penjara ...

Wan Saiful didakwa atas 18 pertuduhan pengubahan wang haram RM5.59 juta

Image
Wan Saiful didakwa atas 18 pertuduhan pengubahan wang haram RM5.59 juta BACA seterusnya disini: https://pakdin.my/168963 Bekas Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan, yang sebelum ini didakwa atas kesalahan rasuah berhubung projek Jana Wibawa, sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta, tahun lepas. Wan Saiful, 48, yang bersut hitam, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Suzana Hussin. "Tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan," kata Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu dalam keadaan tenang.

Rasuah: 5 anggota penguat kuasa direman 6 hari

Image
Rasuah: 5 anggota penguat kuasa direman 6 hari BACA di: pakdin.my/167437 ALOR SETAR: Lima anggota penguat kuasa sebuah agensi direman enam hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah daripada pemilik bot nelayan di negeri ini, antara 2018 hingga 2021. Perintah reman terhadap kesemua mereka dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor di Kompleks Mahkamah Alor Setar. Terdahulu, kesemua individu terbabit tiba di perkarangan mahkamah jam 8.30 pagi diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Lima individu terbabit antara sembilan penguat kuasa yang ditahan SPRM semalam, kerana dipercayai meminta dan menerima rasuah daripada pemilik bot nelayan dan 'runner' antara 2018 hingga 2021. Semua anggota penguat kuasa itu disyaki menerima rasuah terbabit sebagai balasan bagi melindungi dan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap bot-bot nelayan yang melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. Turut ditahan semalam, ialah ...

Rasuah: Bekas Timbalan Pengarah Kanan DBKL dijel 4 tahun, denda RM1 juta

Image
Rasuah: Bekas Timbalan Pengarah Kanan DBKL dijel 4 tahun, denda RM1 juta BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166666 Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan denda RM1 juta terhadap bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sabudin Mohd. Salleh atas dua pertuduhan rasuah berjumlah RM200,000 berhubung permit kerja. Hakim K. Muniandy menjatuhkan hukuman penjara dan denda itu terhadap Sabudin, 62, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan sekaligus mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskannya daripada kedua-dua pertuduhan tersebut. Bagi pertuduhan pertama mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan pertuduhan kedua hukuman penjara jumlah yang sama. Kedua-dua hukuman itu diperintah berjalan secara serentak. Sementara bagi hukuman denda mahkamah mengenakan jumlah sebanyak RM1 juta bagi kedua-dua pertuduhan dan sekiranya tertuduh gagal membayar, dia boleh dipenjara selama empat tahun. “Bagaiman...

[VIDEO] SPRM tahan bekas pegawai khas menteri minta sogokan lulus surat warganegara

Image
[VIDEO] SPRM tahan bekas pegawai khas menteri minta sogokan lulus surat warganegara BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166483 PUTRAJAYA: Seorang bekas pegawai khas menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta rasuah RM25,000 sebagai dorongan untuk mendapatkan surat kelulusan bagi permohonan taraf kewarganegaraan. Sumber memberitahu, penjawat awam berusia 40-an itu yang berkhidmat dengan menteri pada 2019 ditahan kira-kira pukul 5 petang Selasa, di ibu pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan. Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan perintah tahanan reman selama tiga hari sehingga 14 Julai ini, di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi. Menurut sumber, suspek meminta wang sogokan daripada seorang lelaki tempatan yang membuat permohonan taraf kewarganegaraan untuk anak kandungnya. "Pada bulan Jun lalu, suspek telah menghubungi individu terlibat yang memohon taraf kewarganegaraan bagi anaknya sejak 2015. "Suspek me...

Bekas pegawai kanan KBS didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang

Image
Bekas pegawai kanan KBS didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan pengubahan wang BACA seterusnya: https://pakdin.my/166358 Bekas Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Otman Arsahd hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu serta 64 tuduhan pengubahan wang haram, sejak 2012. Hakim Kamarudin Kamsun membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap Otman, 64, di akhir kes pembelaan. Pada 31 Mac 2016, Otman didakwa atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan nilai RM38.4 juta di Pejabat Majlis Sukan Negara, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil di sini antara 28 Feb 2012 hingga 18 Nov 2015. Bagi 17 kesalahan membabitkan tuntutan palsu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 18 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, manakala 15 lagi pertuduhan salah guna...

Pembantu Tadbir didenda RM5,500 terima wang naikkan jumlah peserta dalam invois

Image
Pembantu Tadbir didenda RM5,500 terima wang naikkan jumlah peserta dalam invois BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165924 Seorang pembantu tadbir didenda RM5,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana menerima RM4,797.50 daripada seorang pekerja sebuah syarikat pembekalan makanan untuk menaikkan jumlah peserta dalam invois dituntut syarikat itu daripada Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), enam tahun lepas.  Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu ke atas Nurul Azirah Kamaruddin, 37, yang mengaku bersalah menerima wang tunai tersebut daripada seorang individu yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya selaku pembantu tadbir perkeranian dan operasi. Ibu lima anak itu didakwa melakukan kesalahan di Maybank Desa Jaya, Kepong, di sini, pada 21 April 2018 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sebulan sekiranya gaga...