Posts

Showing posts with the label ETS

Perkhidmatan ETS dari stesen Segamat bermula - Jadual perjalanan

Image
Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) mencatatkan satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperluaskan rangkaian rel negara dengan memulakan perjalanan sulung dari Stesen Segamat ke Padang Besar tepat 7.55 pagi tadi. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, perjalanan dari Stesen Butterworth ke Stesen Segamat juga berlepas pada 7.50 pagi dan dijangka tiba 2.57 petang dengan perkhidmatan yang dilanjutkan itu merangkumi laluan sedia ada dari Butterworth-Gemas-Butterworth serta Padang Besar-Gemas-Padang Besar. "Kami amat berbesar hati memperkenalkan perkhidmatan ETS ke Segamat, yang akan memberikan kemudahan perjalanan rel moden dan lancar kepada lebih ramai rakyat Malaysia. Lanjutan perkhidmatan ini mencerminkan komitmen kami dalam meningkatkan pengangkutan awam serta menyediakan pilihan perjalanan yang lebih lestari. "Laluan baharu ini juga dijangka merancakkan aktiviti ekonomi di Segamat dengan meningkatkan kes...

🎦 Kren tumbang: Kerja pemulihan giat dilaksanakan di landasan Stesen Rawang - KTMB

Image
🎦 Kren tumbang: Kerja pemulihan giat dilaksanakan di landasan Stesen Rawang - KTMB BACA seterusnya: https://pakdin.my/174209 RAWANG: Kerja-kerja pemulihan di landasan stesen kereta api Rawang yang terjejas susulan kejadian sebuah kren untuk pembinaan projek parkir bertingkat tumbang petang semalam, sedang giat dijalankan dan dijangka siap dalam tempoh 24 jam. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata kerja-kerja pembaikan itu melibatkan pemasangan semula kabel yang terputus, penggantian komponen rosak dan proses pengujian bekalan elektrik kepada alat talian atas. "Berikutan insiden ini, kedua-dua landasan tidak selamat untuk beroperasi dan nilai untuk membaiki kerosakan pada alat talian atas masih sedang dinilai sehingga kerja-kerja baik pulih diselesaikan," katanya pada sidang media di lokasi kejadian hari ini. Mohd Rani berkata kejadian kren tumbang itu berlaku pada 5.33 petang di landasan kereta api Kilome...