Posts

Showing posts with the label Britain

PM Britain minta pemimpin dunia jalani ujian HIV

Image
LONDON – Perdana Menteri Britain, Keir Starmer menggesa pemimpin dunia menjalani ujian HIV selepas menjadi perdana menteri Britain yang sedang dalam perkhidmatan dan pemimpin G7 pertama menjalani ujian tersebut di hadapan kamera. Pejabat Starmer hari ini menyiarkan rakaman pemimpin itu menjalani ujian pantas di kediamannya di Downing Street sebagai menyokong minggu kempen kesedaran ujian HIV. Beliau mengambil ujian itu pada Jumaat lepas. Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom(UKHSA) menganggarkan seramai 4,700 orang hidup tanpa menyedari mereka menghidap HIV di England, manakala kempen ujian itu menjadi antara strategi utama untuk mengesan mereka. Pada Disember 2024, Starmer memberi tumpuan kepada menamatkan kes HIV baharu di England menjelang 2030 menerusi ‘pelan tindakan HIV’ dengan memperincikan bagaimana ia akan mencapai sasarannya pada tahun ini. “Tugas saya sekarang adalah bercakap kepada perdana menteri dan pemimpin di seluruh dunia berkata, anda juga perlu melakukannya (me...

Britain dilanda banjir selepas hujan lebat membanjiri sungai-sungai utama

Image
Britain dilanda banjir selepas hujan lebat membanjiri sungai-sungai utama https://pakdin.my/174817/ - Sungai-sungai utama di seluruh Britain dinaiki air pada Jumaat selepas hujan lebat. - Kerajaan mengeluarkan lebih 300 amaran banjir. - Pengendali pelancongan mengumumkan gangguan serius  - Sekitar 1,000 rumah mengalami kerosakan setakat ini. LONDON - Ribut berturut-turut dalam beberapa minggu kebelakangan ini bermakna hujan berpanjangan yang bermula pada hari Khamis jatuh di atas tanah tepu dan dengan cepat menyebabkan sungai dan saluran air yang sudah membuak melimpahi tebingnya di seluruh England dan Wales. Ribut juga telah menyebabkan banjir di bahagian lain di Eropah sejak beberapa hari kebelakangan ini. Limpahan air sungai Trent di tengah England banjir, menyebabkan pihak berkuasa tempatan mengisytiharkan insiden besar. Perkhidmatan bomba London berkata ia terpaksa mengiringi kira-kira 50 orang ke tempat selamat lewat Khamis (4 Januari 2024) selepas sebuah terusan di timur ibu...

🎦 Penduduk Britain terkejut lihat letupan besar di langit

Image
🎦 Penduduk Britain terkejut lihat letupan besar di langit BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168724/ LONDON – Penduduk di Oxfordshire, Britain terkejut selepas melihat ‘bebola api’ misteri muncul di samping bunyi letupan di langit pada malam semalam (waktu tempatan), lapor akhbar The Sun. Menurut polis, letupan berlaku disebabkan kilat menyambar sebuah loji sisa buangan di bandar Yarnton.  Beberapa silinder gas di loji tersebut disambar kilat yang mengakibatkan api dan asap memenuhi langit pada malam semalam. Polis mengesahkan bahawa tiada mangsa yang cedera dalam kebakaran di loji itu, namun jalan A40 ditutup selepas kejadian. Penduduk tempatan juga diarah kekal berada di dalam rumah selain menutup tingkap dan pintu selepas kejadian tersebut. Polis Thames Valley dalam satu kenyataan berkata: “Pegawai kami berada di lokasi kejadian kebakaran di loji sisa berhampiran Yarnton, Oxfordshire. “Kilat dipercayai menyambar silinder gas di tapak berkenaan semasa cuaca buruk pada petang ...

Britain mansuh semua sekatan pandemik Mac ini

Image
Britain mansuh semua sekatan pandemik Mac ini [Sumber: https://pakdin.my/?p=154573] LONDON – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengumumkan bakal memansuhkan semua sekatan berkaitan Covid-19 pada hujung bulan ini, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin. Pemansuhan ini turut melibatkan kewajipan kuarantin kendiri sekiranya seseorang individu diuji positif Covid-19. Johnson kini sedang menekan Menteri Pertama Wales, Mark Drakeford dan Menteri Pertama Scotland, Nicola Sturgeon untuk menarik semula saki baki sekatan Covid-19 bagi memastikan seluruh Britain meraikan kebebasan bersama. Peraturan kuarantin kendiri sepatutnya tamat pada 24 Mac akan datang namun Johnson berhasrat mengawalkan tarikh ‘kemerdekaan’ sejajar dengan penurunan kes yang memberangsangkan. “Saya akan membentangkan rancangan hidup bersama Covid-19 dalam sesi parlimen sejurus semua anggota kembali bertugas pada 21 Februari ini. “Diharapkan selepas pembentangan itu, peraturan kuarantin kendiri dapat ditamatkan dalam temp...