Posts

Showing posts with the label Siasatan

Pak guard bangunan kedai saksi utama tragedi letupan gas – Polis

Image
Seorang pengawal keselamatan dikenal pasti menjadi saksi utama kejadian kebakaran paip gas di Putra Heights. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pengawal tersebut berada di hadapan bangunan kedai yang jaraknya 30 meter dari pusat letupan itu. Katanya, saksi tersebut juga cedera dan polis sedang mengumpul maklumat serta keterangan daripada saksi berkenaan. “Ini bagi mengetahui sebarang aktiviti bakar, mengorek atau lain-lain aktiviti mencetuskan letupan itu,” katanya pada sidang akhbar hari ini. Hussein menjelaskan, secara keseluruhan, sebanyak 56 percakapan telah diambil melibatkan mangsa yang melihat dan berada di lokasi kejadian, kontraktor serta pekerja. “Kita juga telah menerima klip video dan rakaman kamera papan pemuka (dahscam) daripada sosial media dan saksi-saksi bebas sebanyak 20 kesemuanya. “Separuh daripadanya telah disiasat dan menerusinya kita jumpa saksi-saksi ini. Saya seru orang ramai yang mempunyai maklumat, gambar dan video menyerahkannya kepada po...

Jengkaut terbenam dalam kawah paip gas

Image
Polis mengesahkan berlaku kerja-kerja mengorek tanah di sekitar lokasi kebakaran paip gas di Putra Heights. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kerja-kerja itu dilakukan sebelum kejadian bagi tujuan menggantikan paip-paip kumbahan sedia ada berada 30 meter dari pusat letupan itu. Katanya, polis telah mengenal pasti pemaju, kontraktor dan sub kontraktor dan pekerja yang terlibat yang menggunakan dua jentera iaitu jengkaut (excavator) dan jentolak (backhoe). “Kerja-kerja itu telah dihentikan pada 30 Mac lalu. Hasil siasatan polis dapati excavator turut terbenam dalam lubang itu. “Adakah kerja-kerja mengorek ini boleh menyebabkan letupan? Perlu disiasat lanjut bagi mengenal pasti perkara yang lain selain menemui keterangan fizikal yang lain,” katanya pada sidang akhbar hari ini. Jelas Hussein, backhoe itu pula telah dibawa keluar sehari sebelum berlakunya letupan gas. “Bagaimanapun siasatan masih dilakukan sedalam dan sejauh mana kerja-kerja mengorek itu,” katanya. Just...

[VIDEO] Polis buka kertas siasatan terhadap Ustaz Zainul Asri

Image
[VIDEO] Polis buka kertas siasatan terhadap Ustaz Zainul Asri BACA seterusnya: https://pakdin.my/166143 Polis telah membuka kertas siasatan terhadap bekas Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli berhubung ucapannya yang didakwa berbaur hasutan dalam program Himpunan Kedah Berselawat pada Sabtu lepas. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mengesahkan perkara itu hari ini berkata Syeikh Muhd Zainul Asri telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan, namun beliau tidak direman. “Dalam pertemuan pertama (dengan polis) itu, dia telah mengakui kesilapannya dan berkata terlalu teruja apabila mendapat sambutan dalam perhimpunan tersebut. "Namun saya dimaklumkan siasatan diteruskan sebab ada aduan,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Mengenai Pengurusan Pekerja Asing Kelapan di sini hari ini. Satu laporan polis telah dibuat oleh wakil Pakatan Harapan di Ibu Pejab...