Posts

Showing posts with the label UMNO

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Image
 Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan kepada Kerajaan Madani seperti tersebar di media sosial adalah tidak benar serta berniat mahu merosakkan perpaduan dalam kalangan ahli Barisan Nasional (BN). Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, dakwaan itu juga adalah sekadar “mainan” dalam kalangan mereka yang mempunyai kepentingan tertentu. “Sekiranya berlaku saya sebagai Setiausaha Agung BN sudah pun mengetahui. Jadi jangan kita dengarlah ini, cuma saya fikir ini adalah ‘mainan-mainan’ mereka yang mempunyai kepentingan tertentu. ” (Mereka)… ini dalam usaha mereka untuk merungkaikan perpaduan dan ketahanan yang ada dalam kalangan ahli-ahli parlimen BN yang sekarang ini begitu baik dan mantap bersama di dalam kerajaan (Madani) ini,” katanya kepada pemberita selepas ditemui sempena Program Karisma Pemikir Madani Siri 5, di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), di sini, hari ini. Dakwaan mengenai 14 Ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan terhadap kepi...

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi

Image
  Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini. Naib Pengerusi BN Tapah Datuk Seri M. Saravanan yang juga Timbalan Presiden MIC berkata jentera BN Tapah akan menjalankan kempen mengikut acuan ‘tempatan’ bagi memastikan kemenangan calon yang dipilih mewakili gabungan berkenaan. “Jentera di peringkat bahagian amat memahami kehendak dan permasalahan yang berlaku di Tapah, malah pendekatan unik ini berjaya membantu BN mempunyai wakil rakyat daripada pelbagai kaum di sini,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Sementara itu, Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah yakin BN mampu mengekalkan kerusi DUN Ayer Kuning pada PRK berkenaan. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April. PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematia...

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai dendek - Ahmad Zahid

Image
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata calon berkenaan adalah daripada enam senarai nama yang dikemukakan oleh bahagian dan perhubungan negeri melibatkan ahli UMNO Bahagian Tapah. "Saya mengharapkan calon ini memenuhi kriteria penduduk-penduduk dan pengundi di Ayer Kuning dan Tapah amnya supaya kita dapat mengulangi, insya-Allah, kejayaan di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Ihya' Ramadan Al-Mubarak Tahun 1446 Hijrah/2026 Masihi di sini hari ini. Ditanya berhubung koordinasi gerak kerja antara BN dan Pakatan Harapan untuk PRK itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata kepimpinan BN-PH termasuk parti komponen mempunyai persefahaman. "Datuk Seri M Saravanan dan pemimpin MCA negeri telah menghubungi sa...

UMNO tidak tergugat, kes Ismail Sabri bersifat individu – Ahmad Zahid

Image
Tidak timbul isu bahawa UMNO akan tergugat susulan siasatan kes rasuah yang sedang dihadapi oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata kes itu adalah bersifat individu dan tidak membabitkan parti. "Perkara itu bukanlah satu isu dalam kalangan kepimpinan dan ahli UMNO. Kami menganggap kes ini bersifat peribadi. Ia tiada kaitan dengan parti secara rasmi," katanya pada sidang media Majlis Berbuka Puasa Bersama Majlis Kerja Tertinggi UMNO di sini hari ini. Pengerusi Barisan Nasional itu berkata demikian ketika mengulas persoalan sama ada kes rasuah melibatkan Ismail Sabri akan mengganggu kestabilan UMNO dan adakah perkara tersebut menjejaskan imej parti berkenaan. Ahmad Zahid mengulangi bahawa UMNO tidak terlibat dengan wang dan jongkong emas yang disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes rasuah mengaitkan Ismail Sabri. “Tiada kaita...

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid

Image
  Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas. Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata beliau telah menasihati Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu untuk tidak membuat keputusan tergesa-gesa dan setakat ini, Tengku Zafrul masih lagi ahli UMNO. “Saya telah beri pandangan parti bahawa beliau tidak perlu tergesa-gesa untuk buat keputusan sekarang. Beliau ialah Menteri MITI, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan beliau juga Ahli MKT yang dipilih dan menang, jadi tidak perlu tergesa-gesa. “Beliau (Tengku Zafrul) telah bersetuju dengan nasihat saya,” katanya pada sidang media Majlis Berbuka Puasa Bersama MKT UMNO di sini hari ini. Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan, rundingan sengit sedang berjalan berhubung kemungkinan Tengku Zafrul meninggalkan UMNO untuk menyertai ...

Hari mengundi PRK Ayer Kuning 26 April depan

Image
 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 26 April depan bagi hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak. Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon pula pada 12 April, manakala hari pengundian awal ditetapkan pada 22 April depan. “Sejumlah 31,897 pemilih terlibat membabitkan peruntukan kos kira-kira sebanyak RM2.5 juta,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK berkenaan di sini hari ini. Ini adalah PRK ke-11 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) iaitu PRK Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu; PRK DUN Simpang Jeram, Johor; PRK Parlimen Pulai, Johor; PRK DUN Pelangai, Pahang; PRK DUN Jepak, Sarawak; PRK Parlimen Kemaman, Terengganu dan PRK DUN Kuala Kubu Baharu, PRK Sungai Bakap, PRK DUN Neggiri dan DUN Mahkota. PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian wakil rakyat kawasan itu, Allahyarham Ishsam Shahrudddin, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah susulan serangan ...

PRK Dun Ayer Kuning: PH berperanan sebagai pendukung, pastikan kemenangan BN - Saifuddin

Image
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti, kata Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di sini hari ini, Saifuddin Nasution berkata langkah itu bagi memastikan BN mengekalkan kemenangan di kerusi berkenaan yang sebelum ini disandang Allahyarham Ishsam Shahruddin. “Keputusan untuk menjadi pendukung dibuat berdasarkan prinsip penyandang, dan ini adalah persetujuan yang dicapai dalam kerangka Kerajaan Perpaduan,” katanya. Beliau berkata PH Perak akan memulakan gerak kerja setelah mendapat arahan daripada Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan persiapan mengatur gerak kerja mengikut prosedur operasi standard (SOP). “Kita akan aktifkan jentera kita di peringkat pusat dan di peringkat negeri, kemudian kami akan tentukan keper...

PRK DUN Ayer Kuning: 6 calon UMNO Tapah masih dalam senarai

Image
TAPAH – Enam nama di peringkat kepimpinan UMNO Bahagian Tapah yang telah diangkat untuk dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning masih dalam senarai untuk dimuktamadkan. Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad secara ringkas memaklumkan tiada di antara keenam-enam calon tersebut telah menarik diri. “Setakat ini belum, insya-Allah,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Perak di Bangunan UMNO Tapah di sini hari ini. Terdahulu, Saarani memaklumkan lapan nama peringkat kepimpinan UMNO Bahagian Tapah telah diangkat untuk dipilih calon BN dalam PRK DUN Ayer Kuning, namun jumlah itu tinggal enam pilihan kerana dua telah menarik diri. Katanya, lapan pilihan itu ialah Pemangku Ketua Bahagian yang juga Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Setiausaha Bahagian, Bendahari Bahagian, Ketua Penerangan Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri di Bahagian tersebut. PRK DUN Aye...

PRK DUN Ayer Kuning: Lipat ganda usaha menangkan calon BN - Saarani

Image
Setiap parti komponen Barisan Nasional (BN), Friends of BN dan Pakatan Harapan (PH) diminta melipatgandakan usaha dalam memberikan kemenangan kepada BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning akan datang. Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata semua parti komponen juga diminta memberi tumpuan di kawasan masing-masing agar mudah meraih sokongan daripada pengundi. "Hari ini saya bermesyuarat dengan pemimpin parti daripada Friends of BN yang kita ketahui mempunyai pengaruh besar ahli dan penyokong sendiri selain MCA dan MIC. "Esok kita akan berjumpa dengan pemimpin daripada komponen PH dan sekiranya kesemua parti mampu menarik sokongan penyokong mereka, maka saya cukup yakin BN akan menang besar," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa BN Tapah di sini hari ini. Turut hadir Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Saarani berkata setakat ini gerak kerja BN dan PH atas nama Kerajaan Perpaduan berjalan ...

PRK DUN Ayer Kuning: UMNO Perak optimis, namun tidak pandang mudah pihak lawan

Image
UMNO Perak tidak memandang mudah keupayaan mana-mana pihak lawan, namun akan memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning terus kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN). Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata tumpuan akan terarah untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi baharu di kawasan DUN berkenaan. “Di atas kertas sepatutnya ia beri kemenangan besar kepada calon Kerajaan MADANI. Ini kerana jika kita ambil perkiraan mudah, pada pilihan raya lepas, BN memperoleh lebih 9,000 undi manakala PH (Pakatan Harapan) sekitar 6,000 undi. “Jika ditambah, bermakna kita ada 15,000 undi melalui kedua-dua gabungan. Namun, kita tak boleh pandang mudah sebab perkara seumpama ini sifatnya dinamik. Usaha perlu diteruskan untuk berjumpa dan menemui pengundi terutama pengundi baharu,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2025 di Stadium Indera Mulia di ...

PRK Ayer Kuning: UMNO ketengah calon miliki ciri 'Wali' - Ahmad Zahid

Image
UMNO akan mengetengahkan calon yang memiliki kriteria dan ciri 'WALI' -boleh menang (winnable), diterima (acceptable) dan disenangi (likeable) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning. Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan berbincang terlebih dahulu dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan kepimpinan UMNO Bahagian Tapah untuk mengenal pasti calon-calon berkenaan. "Kita beri peluang kepada semua kumpulan dan kita akan senarai pendek bakal-bakal calon berkenaan," kata Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri pada sidang media selepas merasmikan Kompleks Ladang Ternakan Ayam Pedaging (Sistem Tertutup) FELCRA Berhad di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Pemuda UMNO yang dilaporkan mempunyai calon yang berpotensi dan tidak menolak kemungkinan untuk melobi bagi PRK DUN Ayer Kuning, susulan kekosongan kerusi itu selepas kematian penyandangny...

Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul

Image
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terlebih dahulu.  Beliau berkata pengumuman rasmi mengenai perkara itu akan dibuat hanya selepas beliau berbincang dengan Ahmad Zahid. "Saya kena sampaikan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid terlebih dahulu," katanya selepas menghadiri program amal Golf KITA 2025 di sini hari ini, yang dirasmikan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof. Baru-baru ini timbul spekulasi Tengku Zafrul akan meninggalkan UMNO selepas dikatakan tiada lagi masa depan politiknya dalam parti tersebut, dan media juga sebelum ini melaporkan yang beliau pernah dipelawa menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) beberapa bulan lepas. Sementara itu Tengku Zafrul berkata beliau sedia ...

Apa kah masih ada harapan untuk UMNO kembali menerajui negara?

Image
Peluang Parti UMNO (United Malays National Organisation) untuk kembali memerintah Malaysia bergantung pada beberapa faktor, termasuk dinamika politik dalam negeri, dukungan rakyat, dan kemampuan parti tersebut untuk beradaptasi dengan perubahan politik dan sosial.  Berikut adalah beberapa faktor yang mempengaruhi peluang UMNO: 1. Sejarah dan Warisan UMNO        - UMNO adalah parti politik tertua dan paling dominan dalam sejarah Malaysia, memerintah negara tersebut sejak kemerdekaan pada tahun 1957 hingga tahun 2018.      - Parti ini memiliki jaringan yang kuat di kalangan masyarakat Melayu dan Bumiputera, serta memiliki akar yang mendalam dalam politik Malaysia. 2. Kekalahan dalam Pilihan Raya Umum 2018        - UMNO kehilangan kuasa dalam Pilihan Raya Umum 2018 kepada Pakatan Harapan (PH), yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ini adalah kekalahan pertama UMNO sejak kemerdekaan.        - Kekalahan in...

Sekolah Patriotik UMNO medan lahirkan pemimpin jiwai perjuangan UMNO sebenar

Image
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini melancarkan Sekolah Patriotik UMNO bertujuan melahirkan pemimpin masa depan yang bukan hanya memahami strategi dan selok-belok politik, tetapi menjiwai nilai perjuangan UMNO yang sebenar. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata sekolah itu adalah sebuah institusi yang bukan sekadar wadah pembelajaran politik, tetapi medan untuk membentuk roh dan jiwa perjuangan dalam kalangan generasi muda. "Kita mahu membina kepimpinan yang bukan sekadar mahir berpidato atau menguasai teori, tetapi benar-benar mempunyai daya juang, daya tahan dan daya saing yang tinggi tanpa mengabaikan kesetiaan kepada agama, bangsa dan negara. "Saya percaya bahawa usaha ini adalah satu langkah strategik dalam memastikan UMNO terus relevan dan kekal sebagai tunjang politik negara," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. Ahmad Zahid berkata sebagai permulaan, 50 peserta perintis dipilih untuk mengikuti program di sekolah berkenaan, ...

Dokumen tambahan libatkan Najib: Menteri UMNO sedia beri keterangan kepada mahkamah

Image
Menteri-menteri yang mewakili UMNO bersedia memberikan kerjasama kepada Mahkamah Tinggi jika diperlukan untuk memberikan keterangan berhubung kewujudan dokumen yang membolehkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah. Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu telah diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu yang berlangsung di Menara Dato Onn.  Beliau berkata UMNO bersyukur dan menghormati keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan permohonan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mengesahkan kewujudan dokumen itu.  “UMNO yakin bahawa Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil untuk menilai keabsahan kewujudan dokumen tambahan itu,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat berkenaan di sini malam ini.  Pada masa sama, beliau berkata UMNO akan terus memohon ihsan dan perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan penuh kepada Najib selaras...

UMNO dan BN akan terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16 - Ahmad Zahid

Image
  Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberikan jaminan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai parti komponen, akan terus memberi komitmen sepenuhnya bersama Kerajaan Perpaduan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Beliau berkata Kerajaan Perpaduan juga berpeluang untuk terus mengekalkan kemenangan pada PRU16 itu, jika aspek kesetiaan pada parti dan usaha menyatuni rakyat terus diberikan keutamaan. “Saya ingin respons apa dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat, pertanyaan wartawan kepadanya ketika itu, adakah Kerajaan Perpaduan boleh survive jika pilihan raya dilakukan dalam waktu terdekat, beliau yakin boleh survive. “Dalam keadaan itu saya ingin menyatakan bahawa kerjasama UMNO dan BN dengan Kerajaan Perpaduan (akan berterusan) sehingga PRU16,” katanya selepas majlis Konvensyen BN Negeri Sembilan 2024 di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata demiki...

UMNO Belum Terima Permohonan Bekas Ahli - Ahmad Zahid

Image
UMNO belum menerima sebarang permohonan daripada bekas ahli yang ingin menyertai semula parti itu, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata sekiranya terdapat permohonan, perkara berkenaan akan dibentangkan dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan datang. “Setakat ini, tidak ada permohonan (daripada bekas ahli UMNO). Kita akan bawa kalau ada permohonan, (ia) akan dibawa kepada Jawatankuasa Pengurusan dan akan dibentangkan di Majlis Kerja Tertinggi jika ada,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah di sini hari ini. Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada terdapat bekas ahli UMNO mengemukakan permohonan bagi menyertai semula parti itu. Ditanya mengenai bila mesyuarat akan diadakan, Ahmad Zahid berkata ia dijangka pada Januari tahun depan atau bulan berikutnya. Media sebelum ini melaporkan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 25 Nov lepas, menarik balik penggantungan keahlian be...

MKT UMNO tarik semula penggantungan Tajuddin serta-merta

Image
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat malam ini memutuskan secara sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ahli UMNO berkuat kuasa serta-merta. Keputusan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan UMNO. Datuk Seri Tajuddin, yang sebelum ini digantung keahlian selama enam tahun bermula 30 September 2022, dikenakan tindakan tersebut susulan kritikan terbuka terhadap parti dan kepimpinan, termasuk gesaan beliau agar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, meletakkan jawatan. Penggantungan itu menyaksikan Tajuddin beberapa kali mengemukakan rayuan kepada MKT untuk menimbang semula keputusan tersebut. Dalam pada itu, mesyuarat malam ini turut mengucapkan tahniah atas pelantikan Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Othman Desa, sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Dilantik. Datuk Othman, yang telah lama berkhidmat dalam parti, dianggap sebagai tokoh penting dalam ...

Ahmad Said berundur demi pembaharuan UMNO Terengganu

Image
Ahmad Said berundur demi pembaharuan UMNO Terengganu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174072 KEMAMAN – Datuk Seri Ahmad Said memutuskan untuk berundur bagi memberi laluan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT) diterajui generasi muda. Bekas Menteri Besar Terengganu itu berkata, Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Rozi Mamat telah dicadangkan untuk menggantikannya memimpin BPUNT. “Saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BPUNT dan mencadangkan Datuk Rozi Mamat bagi menggantikan saya. “Keputusan saya buat ini adalah semata-mata untuk memberi laluan kepada orang baru yang lebih muda meneraju UMNO Terengganu,” katanya di sini hari ini. Ahmad berharap perlantikan Rozi yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu dapat menyuntik semangat baharu kepada BPUNT. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu beliau sepanjang mentadbir BPUNT. “Saya memohon maaf kepada semua yang terlibat dalam pentadbi...

UMNO ambil keputusan pecat Isham Jalil

Image
UMNO ambil keputusan pecat Isham Jalil BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174066 Seorang Ahli Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memberitahu media bahawa parti itu mengambil keputusan untuk memecat Ishal Jalil. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MKT yang diadakan di Menara Dato’ Onn, malam ini. “Dia (Isham Jalil) dipecat,” kata ahli MKT yang turun di pekarangan lobi Menara Dato’ Onn. Beliau bagaimanapun enggan namanya disebut media. Dalam pada itu, ahli MKT berkenaan berkata, Isham dipecat kerana membuat pelbagai kesalahan terhadap parti. “Kesalahan dia banyak, dia suruh presiden dipecat dan letakkan jawatan. Dia kata UMNO barua dia, dia tak ikut keputusan parti, dia ajak Presiden berdebat secara terbuka. “Dan ini, saya rasa (mesyuarat) yang keempat dia tidak hadirkan diri,” katanya. Awal hari ini, Isham dalam satu kenyataan menyifatkan kekalahan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman berpunca daripada pemimpin parti itu yang didakwa terlalu mempertahan...