Posts

Showing posts with the label Basikal

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pertahan emas keirin

Image
Pelumba basikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri membuktikan status selaku juara bertahan sama sekali tidak tergugat, selepas berjaya mengungguli pingat emas acara keirin elit wanita pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025 di Velodrom Nasional. Pelumba berusia 22 tahun itu, mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menjadi pelumba pertama yang melintasi garisan penamat sekali gus mengulangi pencapaiannya di ATC edisi lepas di New Delhi, India. Anak jati Kedah itu tenang memberikan saingan kompetitif mengatasi pencabar dari Korea Selatan Kim Haeun yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua, manakala gangsa acara itu menjadi milik pelumba China Guo Yufang. “Kejayaan ini cukup bermakna bagi saya dan tidak sangka turut dapat menewaskan Mina Sato dari Jepun (juara dunia turut berada dalam perlumbaan akhir), kerana dia masih berada di kemuncak prestasi. “Namun, saya sudah buktikan bahawa saya juga mampu bersaing di peringkat tertinggi (menerusi keputusan hari ini),” katanya k...

[VIDEO] ACC 2023: Azizulhasni kembali pastikan gelaran Jaguh Pecut Asia miliknya

Image
[VIDEO] ACC 2023: Azizulhasni kembali pastikan gelaran Jaguh Pecut Asia miliknya BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165867 Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali memastikan gelaran Jaguh Pecut Asia miliknya selepas memenangi final acara pecut elit lelaki di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 yang berlangsung di Velodrom Nasional di sini malam ini 16 Jun 2023.   Pelumba berusia 35 tahun itu yang merupakan jaguh enam kali acara pecut pada  2008, 2009, 2014, 2017, 2019 dan 2020 - sebelum terlepas edisi tahun lepas  setelah menjalani pembedahan jantung pada tahun sama, menewaskan pemenang pingat perak  Piala Negara-Negara di Jakarta, Kaiya Ota dari Jepun 2-0 (9.924s, 9.828s) di dalam acara itu untuk merangkul pingat emas ke-11nya dalam kejohanan kali ini. Terdahulu di peringkat separuh akhir, Azizulhasni yang juga dikenali sebagai "The Pocket Rocketman” menewaskan juara bertahan  Kento Yamasaki dari Jepun 2-0.    Selepa...