Masjid dan kuil Hindu beri perlindungan kepada mangsa letupan tanpa mengira agama, akhlak mulia patut dicontohi - Sultan Perak

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah menyatakan bahawa sikap pemimpin Masjid Al-Falah USJ 9 dan Kuil Sri Maha Kaliamman di Jalan Putra Harmoni dalam insiden letupan gas di Dataran Putra wajar dijadikan teladan. Kedua-dua pemimpin tempat ibadah tersebut membuka pintu kepada mangsa dan petugas tanpa mengira kaum atau agama, serta membenarkan umat Islam bersolat di dalam kuil. Baginda menegaskan bahawa akhlak mulia yang ditunjukkan oleh pemimpin kedua-dua institusi keagamaan ini memberikan harapan kepada hubungan kaum di negara ini dan meredakan kebimbangan masyarakat. Hakikatnya, rakyat mampu hidup aman dan harmoni selagi tidak diracuni oleh politik perpecahan. Baginda berdoa agar negara dan negeri terhindar daripada kehancuran akibat tindakan ekstremis agama dan kaum, serta memohon supaya Perak dan rakyatnya bersatu di bawah bimbingan, ilham, dan perlindungan Ilahi. Dalam Ucaptama pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri Perak hari ini, Sultan Nazrin menyatakan kesedihannya melihat nega...