Posts

Showing posts with the label Dewan Undangan Negeri

BN Namakan Setiausaha UMNO Bahagian Sebagai Calon di PRK Ayer Kuning

Image
 Barisan Nasional (BN) telah menamakan Dr. Ustaz Yusri Bakir, Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.48 Ayer Kuning di Perak. Dr. Yusri, yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam Pendidikan Islam dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), merupakan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral di IPG Ipoh. Selain penglibatan aktif dalam bidang pendidikan, beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Tapah, mencerminkan komitmennya dalam memperjuangkan pendidikan masyarakat setempat. Pemilihan beliau menunjukkan kesungguhan BN dalam mengetengahkan calon berkelayakan akademik dan berpengalaman luas dalam kerja sosial serta politik tempatan. PRK N.48 Ayer Kuning dijangka menjadi tumpuan penting dalam landskap politik negeri Perak. https://t.co/QOujiBJWQ0 Barisan Nasional (BN) telah menamakan Dr. Ustaz Yusri Bakir, Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.48 Ayer Kuning di Per...

DUN Sarawak lulus pinda gelaran jawatan Ketua Menteri kepada 'Premier'

Image
DUN Sarawak lulus pinda gelaran jawatan Ketua Menteri kepada 'Premier' [Sumber: https://pakdin.my/?p=154822 ] KUCHING: Undian semula terpaksa diadakan sebelum Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 bagi menukar terma Ketua Menteri kepada 'Premier' diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. Pada undian pertama, RUU itu mendapat sokongan 54 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), manakala enam lagi tidak menyokong. Keputusan undian itu dibantah Chong Chieng Jen (DAP-Padungan) kerana menurutnya, jumlah yang menyokong itu tidak mencapai dua pertiga. Bantahan Chieng Jen memaksa Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar, membuat undian semula sebelum RUU berkenaan diluluskan selepas mendapat sokongan seramai 67 ADUN berbanding enam yang membantah. Seramai 16 ADUN membahaskan RUU itu, iaitu Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Dudong), WilfredYap (GPS-Kota Sentosa), Chieng Jen, Christopher Gira (GPS-Tamin), Fazruddin Abdul Rahman (G...