Suspek maut, dua cedera dalam insiden amuk di Felda Jengka 2

MARAN – Seorang lelaki warga emas maut manakala dua individu cedera selepas berlaku insiden pergaduhan di Felda Jengka 2, di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.00 pagi itu, suspek dikenali sebagai Hasdi Abdul, 57, dilaporkan mengamuk secara tiba-tiba dan menikam dua mangsa menggunakan sebilah pisau sebelum dia ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan kaki dan tangan terikat. Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita pada pukul 10.15 pagi yang memaklumkan berlaku kejadian pergaduhan di sebuah rumah di Felda Jengka 2 di sini. “Hasil siasatan awal mendapati suspek bertindak ganas apabila menyerang dua individu dengan senjata tajam sehingga mencederakan mereka. “Mangsa pertama seorang wanita berumur 52 tahun mengalami kesan tikaman sedalam tiga sentimeter di bahagian perut, selain luka pada tangan kanan dan dagu. “Mangsa kedua, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun turut cedera di paha kana...