Posts

Showing posts from January, 2022

Wanita murung ditemui dalam buaian dekat hutan

Image
Wanita murung ditemui dalam buaian dekat hutan [Sumber: https://pakdin.my/?p=154152 ] MARANG – Wanita kemurungan yang hilang sejak empat hari lalu berjaya ditemui dalam keadaan selamat di dalam kawasan belukar di Kampung Batu Penunggul, di sini hari ini. Rohana Abu Bakar, 49, ditemui pasukan mencari dan menyelamat sedang duduk di dalam buaian kain di kawasan belukar itu pada pukul 3.30 petang. Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, ibu kepada tiga anak itu dijumpai kira-kira tiga kilometer dari pondok yang didudukinya. “Wanita itu berada dalam keadaan sihat, selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Setakat ini motif kehilangannya masih belum ketahui,” katanya di sini hari ini. Terdahulu, Kosmo! melaporkan operasi mencari dan menyelamat Rohana dilancarkan pada pukul 10 pagi hari ini selepas menerima aduan kehilangan wanita itu di Balai Polis Bukit Payung di sini. Kehilangan wanita yang mengalami kemurungan itu disedari salah seorang anaknya

#PRNJohor: 'Saya keluar parti lepas DUN bubar sebab Muhyiddin tidak tekan butang'

Image
 #PRNJohor: 'Saya keluar parti lepas DUN bubar sebab Muhyiddin tidak tekan butang' [Sumber: https://pakdin.my/?p=154148 ]  Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Datuk Mohd Izhar Ahmad menganggap mereka yang mengkritik keputusannya keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana tidak faham dengan tindakannya itu. Bekas Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor itu berkata, mereka melontarkan kritikan yang amat lemah dan tidak berasas termasuk mempersoal tindakannya keluar Bersatu selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan. "Jelas bila saya katakan saya tidak akan bertanding maknanya saya lepaskan semua. Bagaimana saya boleh jadi Exco lagi dan pegang jawatan lembaga pengarah mana-mana syarikat milik kerajaan (GLC) jika saya bukan lagi ahli politik? "Kenapa saya keluar parti lepas bubar DUN? Sebab saya tunggu 'butang' yang tidak ditekan-tekan selama ini walaupun sokongan untuk berbuat demikian telah diber

Skandal 1MDB: SPRM serah kertas siasatan terhadap Zeti, Nor Mohamad Yakcop kepada Peguam Negara

Image
Skandal 1MDB: SPRM serah kertas siasatan terhadap Zeti, Nor Mohamad Yakcop kepada Peguam Negara [Sumber: https://pakdin.my/?p=154132 ] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan kertas siasatannya mengenai hubung kait bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dan 1MDB kepada Jabatan Peguam Negara. Memetik laporan portal tersebut, dimaklumkan kertas siasatan SPRM itu menyusul siasatan polis ke atas keluarga Zeti sebelum ini berhubung dana yang dikaitkan kepada ahli perniagaan yang diburu polis Low Taek Jho atau Jho Low. Hasil siasatan Bukit Aman itu diserahkan kepada Peguam Negara bulan lalu. Sumber memberitahu FMT, kertas siasatan SPRM terhadap bekas Menteri Kewangan ll Nor Mohamad Yakcop mengenai isu sama, juga akan di hantar ke pejabat Peguam Negara. “(Semua) siasatan terhadap perkara ini akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk diserahkan kepada PDRM kerana PDRM telah menjalankan siasatan terhadap suami Zeti (Tawfiq Ayman),” kata sumber itu. Menurut sum

Baitulmaqdis dilanda ribut salji, dilitupi hablur ais setebal 25cm

Image
  Baitulmaqdis dilanda ribut salji, dilitupi hablur ais setebal 25cm [Link: https://pakdin.my/?p=154118 ] SALJI melitupi Baitulmaqdis dan timur Mediterranean ketika ribut yang jarang berlaku menjadikan kota suci itu seperti taman ajaib. Cuaca sejuk yang telah menyebabkan gangguan besar di Athens dan Istanbul menyaksikan salji lebat di kawasan yang lebih terkenal dengan kehangatan musim panas mereka. Snow falling in Al-Quds #snow #MasjidAlAqsa #Palestine #Jerusalem #AlQuds #BaytAlMaqdis pic.twitter.com/BZe1LgImsZ — Masjid al Aqsa (@firstqiblah) January 26, 2022 Di lorong-lorong Kota Lama di Baitulmaqdis, kanak-kanak dilihat membaling sesama sendiri dengan bebola salji selepas salji turun lewat kelmarin.   Menjelang pagi, salji menyelubungi perkarangan masjid Al-Aqsa. Gorgeous view of the golden dome of Al-Aqsa Mosque this morning. Photography: Issa Qawasmi pic.twitter.com/YAYhjlZ7cE — Palestine News 24/7 (@PaliNewsBot) January 27, 2022 Difahamkan salji setinggi 15 h

Aroma arang kayu bakau rahsia kelazatan Ayam Tempayan Serkam

Image
  Aroma arang kayu bakau rahsia kelazatan Ayam Tempayan Serkam [Sumber: https://pakdin.my/?p=154114 ] TEKNIK memanggang ayam di dalam tempayan atau pasu memang tidak asing lagi dan bukan suatu yang luar biasa. Namun, bagi membikin kelainan, dua sahabat, Hisham Abdul Hamid dan Muhammad Khairun Nur Rashid telah mengolah teknik pembakaran dengan menggunakan arang kayu bakau yang jarang dilakukan oleh kebanyakan pengusaha. Kata Hisham, tidak ramai sebenarnya yang mengetahui bahawa arang jenis itu membangkitkan lebih aroma yang tersendiri dan membuatkan sajian ayam tempayan sentuhannya bukan biasa-biasa. Tidak bergantung kepada itu sahaja, pengasas Ayam Tempayan Serkam yang terletak di Serkam, Melaka turut mengambil berat soal pemilihan tempayan. "Saya telah mengubah suai saiz (tempayan) yang berukuran 0.6 meter (m) lebar dan 0.75m tinggi bagi memastikan 13 ekor ayam dapat dipanggang serentak dan sempurna. Prinsip saya, ayam mesti garing di luar dan lembut di dalam. "Tempoh untuk

#PRNJohor: Tok Mat dilantik Pengarah Pilihan Raya BN

Image
#PRNJohor: Tok Mat dilantik Pengarah Pilihan Raya BN [Sumber: https://pakdin.my/?p=154003 ] Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Mohamad Hasan dilantik sebagai Pengarah pilihan raya negeri (PRN) Johor parti itu. Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir, berkata pelantikan itu dibuat hasil mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang bersidang semalam. Sementara itu, Menteri Besar Johor, Hasni Muhammad yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri dilantik sebagai Ketua Penyelaras. “Mesyuarat sebulat suara bersetuju bagi memperkukuhkan jentera BN dan bergerak atas lambang BN secara bersama,” katanya dalam kenyataan. BERITA LANJUT MENYUSUL

30 tahun 'derita' jalan tidak berturap di Rantau Panjang

Image
  30 tahun 'derita' jalan tidak berturap di Rantau Panjang [Sumber: h ttps://pakdin.my/?p=153998 ] RANTAU PANJANG - Lebih 20 buah keluarga di Kampung Perol Lubok Tegayong, Tok Uban di sini 'menderita' sejak 30 tahun lalu apabila laluan masuk ke rumah mereka tidak berturap sekaligus mengundang bahaya setiap kali musim hujan. Dakwa penduduk situasi menjadi lebih bahaya terutama pada waktu malam kerana mereka sukar untuk mengagak laluan tersebut disebabkan oleh suasana yang sangat gelap tanpa kemudahan lampu jalan. Wakil penduduk, Idris Jusoh, 65, berkata, mereka sudah tidak sanggup untuk mengharungi 'penderitaan' itu yang berlarutan sejak 30 tahun lalu. "Kami telah mengemukakan permohonan kepada pihak berkenaan dan difahamkan ia sudah diluluskan. Malangnya jalan sejauh lima kilometer ini masih belum berturap. "Jadi saya merayu supaya laluan utama kami ini dapat diturap dengan secepat mungkin," katanya kepada pemberita pada Jumaat. Menurutnya, ekoran

Bekas TYT Sarawak Tun Salahuddin meninggal dunia

Image
  Bekas TYT Sarawak Tun Salahuddin meninggal dunia [Sumber: https://pakdin.my/?p=153987 ] KUCHING -- Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, 100, meninggal dunia pada 11.47 malam ini di Pusat Perubatan Normah di sini akibat sakit tua. Perkara itu disahkan oleh menantu Allahyarham, Wan Ibrahim Omar kepada Bernama. Beliau berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang namun waktunya belum diputuskan. Tun Salahuddin, yang lahir pada 27 Ogos 1921, menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak dari 1977 hingga 1981 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 2001 hingga 2014. Allahyarham merupakan individu pertama yang berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri sebanyak dua kali. Pada 2000, Tun Salahuddin menjadi pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak kerana penyandang jawatan itu Tun Ahmad Zaidi Adruce tidak dapat menjalankan tugas kerana jatuh sakit. Tun Ahmad Zaidi meninggal dunia pada Disember 2000 yang menyaksikan Tun Salah

Iqbal dakwa Vida alami gangguan mental

Image
  Iqbal dakwa Vida alami gangguan mental [Sumber: https://pakdin.my/?p=153922 ] Biarpun sudah meminta maaf secara terbuka, isu mulut celupar mulut Datuk Seri Vida yang sesuka hati melabelkan penyanyi terkenal tanah air, Anuar Zain sebagai pengamal hubungan homoseksual atau gay terus mengundang banyak pendapat. Terbahatu, kekecohan yang dicetuskan jutawan kosmetik itu turut mengundang perhatian ahli perniagaan merangkap bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli yang kini sudah tinggal di Jakarta, Indonesia. Iqbal yang juga bekas kekasih Vida secara terbuka mendakwa ‘bakal isteri tak jadinya’ itu mempunyai masalah penyakit Narcissistic Personality Disorder (NPD) atau Gangguan Personaliti Narsistik. Katanya, Vida mempunyai ciri-ciri NPD iaitu mengalami keadaan mental berderia kuat dalam menjaga kepentingan diri sendiri, keperluan yang mendalam untuk meraih perhatian dan kekaguman berlebihan. “Kalian tidak sedarkan beliau sering membuli orang untuk menaikkan nama sendiri? “NPD adalah oran

Menyemai tanaman

Image
Menyemai terung, cili dan kucai ungu menggunakan dulang semaian dan medium peat moss.

Kertas siasatan gangguan seksual Adun Sedili lengkap

Image
  Kertas siasatan gangguan seksual Adun Sedili lengkap [Sumber: https://pakdin.my/?p=153811] JOHOR BAHRU – Kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain sudah lengkap dan dirujuk ke Bahagian Perundangan Polis Diraja Malaysia (PDRM).  Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya masih menunggu arahan selanjutnya daripada badan perundangan itu.  “Kertas siasatan sudah lengkap, kita telah majukan kepada bahagian perundangan untuk mereka teliti (hasil siasatan).  “Kita masih menunggu keputusan,”katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.  Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin. Rasman IthnainKamarul Zaman berkata, sehingga kini seramai 11 individu telah dipanggil termasuk Rasman serta Ahli Jawatankuasa Srikandi Bersatu, Bahagian Kota Tinggi.  Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, mengesahkan meneri

#PRNJohor: PPBM bakal terkubur

Image
#PRNJohor: PPBM bakal terkubur [Sumber: https://pakdin.my/?p=153709 ] Pilihanraya (PRN) Negeri Johor langsung tiada kaitan dengan Mahkamah, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Razlan Rafii menjawab dakwaan Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful. Razlan menjelaskan bahawa Dewan Undangan Negeri Johor menjadi tidak stabil oleh kerana majoriti tipis selepas pemergian ADUN Kempas Dato Osman Sapian. “Yang terjadi adalah pemergian bekas Menteri Besar ke Ramahtullah dan telah menyebabkan mejoriti amat tipis didalam Kerajaan Johor, “Pelabur tidak mahu masuk melabur, keadaan DUN ibarat telur di hujung tanduk dan pelbagai isu berbangkit berkenaan dasar Kerajaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini. Tambah Razlan, Wan Saiful membuat dakwaan sedemikian kerana sudah hilang modal dan sedar parti beliau akan menerima nasib yang sama seperti di PRN Melaka. Jelasnya lagi, dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan campur tangan isu Hakim juga merupakan perkara ya

#PRNJohor: ‘Tungganglah Vellfire, jangan tunggang agama’

Image
  ‘Tungganglah Vellfire, jangan tunggang agama’ [Sumber:  https://pakdin.my/?p=153828 ] Penceramah terkenal, Dr Rozaimi Ramle menyifatkan kenyataan anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Mokhtar Senik, berhubung isu kerjasama Pas dan UMNO tidak mengejutkan sama sekali. Jelas beliau sejak dahulu lagi sesuatu pakatan politik itu lazimnya bersifat anjal dan berbentuk ijtihad. Tambah Rozaimi, sebelum ini pun beliau telah memberi peringatan apabila Mokhtar mendakwa “malaikat bertakbir” dengan termeterainya piagam ditandatangani PAS dan UMNO pada 14 Sept 2019. “Apabila melihat kenyataan terbaru Mokhtar berkenaan Umno saya hanya mampu tersenyum kerana dari awal telah memberikan teguran kepada beliau apabila dulu berkata kesepakatan itu akan membuatkan malaikat bertakbir bergema seluruh alam dan Muafakat Nasional (MN) adalah piagam yang menggetarkan hati syaitan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini. Terdahulu, Mokhtar menyifatkan UMNO kini kelihatan sangat ghairah untuk kembali

[Video] #PRNJohor: PPBM Tebrau terkubur, Mazlan Bujang umum keluar parti

Image
#PRNJohor: PPBM Tebrau terkubur, Mazlan Bujang umum keluar parti [Sumber: https://pakdin.my/?p=153833 ] JOHOR BAHRU: Ketua Bahagian PPBM Tebrau, Mazlan Bujang, hari ini, meletak jawatan ketua bahagian, sekali gus mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta. Mazlan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa dan bekas Pengerusi PPBM Johor, berkata beliau tidak menyertai mana-mana parti setakat ini. Bagaimanapun, beliau menyatakan sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN). "Saya juga berpendirian untuk menyokong Datuk Hasni Mohammad untuk dilantik semula sebagai Menteri Besar Johor. "Ia bagi mewujudkan kestabilan politik demi masa depan yang lebih baik untuk rakyat Johor," katanya. Turut sama meletakkan jawatan ialah Setiausaha PPBM Bahagian serta pegawai dan beberapa ahli jawatankuasa PPBM Tebrau.

[Video] Lima kereta rosak dalam kejadian tanah runtuh, mendap di Serdang

Image
 [Video] Lima kereta rosak dalam kejadian tanah runtuh, mendap di Serdang [Sumber: https://pakdin.my/?p=153802 ] SERDANG – Sebanyak lima buah kereta yang diletakkan berhampiran deretan rumah kedai di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, di sini, rosak selepas berlaku pemendapan serta runtuhan tanah hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tanah runtuh itu pada jam 6.38 petang. Katanya, bertindak atas panggilan itu, seramai enam pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang telah bergegas ke lokasi kejadian. “Sejurus tiba di lokasi, pemerhatian bomba mendapati berlaku pemendapan tanah berhampiran longkang sehingga mengakibatkan lima kenderaan pelbagai jenis yang diberhentikan di tempat itu turut ‘tenggelam’ bersama dalam runtuhan itu dan mengalami kerosakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Tambah Norazam, pemeriksaan lanjut mendapati tiada kem

SRC: Satu lagi pendedahan mengejutkan

Image
 SRC: Satu lagi pendedahan mengejutkan [Sumber:  https://pakdin.my/?p=153739 ] Pendakwa raya dalam kes SRC tidak pernah mendedahkan kepada pasukan pembelaan Najib bahawa Nik Faisal pernah mengambil mana-mana wang SRC. Malah, pihak pendakwa sebenarnya memberitahu mahkamah bahawa Nik Faisal tidak menerima sebarang wang SRC apabila berhujah bahawa Nik Faisal tidak mempunyai kepentingan peribadi dan beliau bertindak atas arahan Najib. Ini juga alasan yang diberikan oleh pihak pendakwa (yang dipersetujui oleh hakim) untuk menolak fakta bahawa 14 arahan pemindahan dana kepada bank (yang diterima oleh bank) telah dipalsukan. (Dan tidak, hakim tidak pernah menegur atau mengambil tindakan ke atas pihak pendakwa kerana mengemukakan begitu banyak dokumen palsu sebagai bahan bukti rasmi mahkamah untuk diterima sebagai benar. Hakim mahupun pihak pendakwa juga tidak peduli untuk mengetahui siapa yang memalsukan tandatangan tersebut pada pemindahan dana bernilai puluhan berjuta-juta.) "None of S

Umno Kelantan kata ‘putus’, tapi PAS kata tidak

Image
  Umno Kelantan kata ‘putus’, tapi PAS kata tidak [Sumber: https://pakdin.my/?p=153716 ] Walaupun Umno Kelantan memutuskan kerjasama hari ini, PAS akan terus mengekalkan hubungan dengan parti itu hingga pilihan raya umum (PRU) akan datang. Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ahmad Yakob melalui Facebooknya menjelaskan, keputusan itu dibuat semasa mengadakan perjumpaan dengan Biro Politik Umno petang tadi. “Kita (PAS) akan mengekalkan hubungan (dengan Umno) Kelantan sehingga PRU15,” katanya yang juga Menteri Besar Kelantan. Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Kelantan, Mohd Nasaruddin Daud ketika dihubungi FMT turut mengesahkan perkara itu. Terdahulu, pemimpin Umno dan PAS Kelantan mengadakan pertemuan di kediaman rasmi Menteri Besar petang tadi. Dalam sidang media hari ini, Ketua Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakob memutuskan kerjasama dengan PAS negeri. Jazlan memaklumkan penamatan kerjasama itu berkuat kuasa serta-merta. Katanya, keputusan itu dibuat memandangkan PAS masih menjalankan kerjasama

Wayang #PRNJohor: Kerjasama Pas-UMNO Kelantan kekal hingga PRU15 kata Pesuruhjaya PAS Kelantan 😁

Image
  Wayang #PRNJohor: Kerjasama Pas-UMNO Kelantan kekal hingga PRU15 kata Pesuruhjaya PAS Kelantan 😁 [Sumber: https://pakdin.my/?p=153711 ] WAYANG PRN Johor sudah bermula... KOTA BHARU - Pas Kelantan menegaskan hubungan kerjasama antara parti itu dengan UMNO di negeri ini masih lagi kekal sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Perkara itu dikongsikan oleh Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya pada Sabtu. "Pas Kelantan masih mengekalkan hubungan dengan UMNO Kelantan sehingga PRU15. "Keputusan ini dibuat semasa perjumpaan dengan Biro Politik UMNO petang ini," katanya. Sebelum itu dilaporkan, UMNO Kelantan mengambil keputusan memutuskan kerjasama dengan Pas Kelantan melalui Muafakat Nasional (MN) berkuat kuasa serta-merta. Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, ketetapan tersebut diputuskan dalam mesyuarat khas selepas pertemuan bersama Pas negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Menuru

Nescafe Tarik tepi jalan

Image
Nescafe tarik buih lebih

#PRNJohor: Sultan Johor perkenan bubar DUN Johor

Image
  #PRNJohor: Sultan Johor perkenan bubar DUN Johor [Sumber:  https://pakdin.my/?p=153698 ] JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Negeri Johor (DUN) berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), diadakan. Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad pada jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini. Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Pada pertemuan bersama Sultan Johor itu, Hasni diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani yang kemudian mempersembahkan watikah pembubaran DUN Johor. "Fasal 23 Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 bahawa Dewan Negeri Johor Darul Ta'zim termansuh pada 22 Januari 2022," jelas hantaran itu dalam akaun rasmi Sultan Johor, hari ini.

Dakwaan kesihatan Tun M merosot, pengamal media berkampung di IJN

Image
  Dakwaan kesihatan Tun M merosot, pengamal media berkampung di IJN [Sumber: https://pakdin.my/?p=153694 ] Pengamal media mula berkumpul di hadapan Institut Jantung Negara (IJN) bagi mengikuti perkembangan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ia susulan timbul dakwaan kesihatan Tun Mahathir Mohamad berada dalam keadaan membimbangkan di pusat perubatan itu. Bagaimanapun, IJN ketika dihubungi sebentar tadi memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat berhubung perkembangan semasa kesihatan bekas Perdana Menteri tersebut. Pasukan komunikasi Dr Mahathir berkata satu kenyataan akan dikeluarkan tidak lama lagi, tetapi enggan mengulas lanjut. Difahamkan, bekas Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh tersebut pernah dimasukkan ke IJN untuk kali kedua pada 7 Januari lalu bagi menjalani prosedur perubatan elektif di hospital berkenaan. Sementara pada 16 Disember lalu, Mahathir turut dimasukkan ke IJN buat kali pertama bagi menjalani pemeriksaan kesihatan

#PRNJohor: ‘Dah dapat persetujuan adakan PRN’, Hasni bergegas menghadap Sultan Johor

Image
  #PRNJohor: ‘Dah dapat persetujuan adakan PRN’, Hasni bergegas menghadap Sultan Johor [Sumber: https://pakdin.my/?p=153688 ] JOHOR BAHRU: Menteri Besar Hasni Mohammad bergegas menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar selepas selesai mesyuarat Umno negeri sebentar tadi. Hasni ketika ditemui media berkata beliau sudah mendapat persetujuan daripada Umno Johor untuk mengadakan pilihan raya negeri. “Saya akan buat sidang media pada 6 petang ini, kerana saya akan bermesyuarat dahulu dengan barisan Exco kerajaan negeri dan selepas itu melakukan pertemuan bersama Baginda Sultan Ibrahim. “Semua akan dijelaskan pada 6 petang ini, yang utama saya sudah mendapat consent (persetujuan) oleh Umno untuk adakan PRN,” katanya ringkas. Sebentar tadi Hasni mempengerusikan mesyuarat Umno peringkat negeri dihadiri semua 26 ketua bahagian yang berlangsung selama sejam. Pemimpin yang dilihat hadir ialah Shahrir Samad, Azalina Othman Said, Hishammuddin Hussein, Dr Adham Baba, Mohamed Khaled Nordin dan

Menteri Luar Malaysia tidak memiliki seni diplomasi, kata Hun Sen, Perdana Menteri Kemboja

Image
  Ini lah punca banyak negara menjauhi Malaysia terutama dalam soal perdagangan dan pelaburan. Menteri Luar Malaysia tidak memiliki seni diplomasi, kata Hun Sen, Perdana Menteri Kemboja [Sumber: https://pakdin.my/?p=153672 ] Phnom Penh (FN), 21 Jan – Sebagai pengerusi penggiliran ASEAN 2022, perdana menteri Kemboja Hun Sen memberi reaksi keras terhadap kenyataan menteri luar Malaysia Saifuddin Abdullah yang mengkritik lawatan rasmi beliau ke Myanmar dalam temu bual dengan Aljazeera. Semasa perbualan telefon dengan presiden Indonesia Joko Widodo, perdana menteri Hun Sen menghantar mesej kepada menteri luar Indonesia dan meminta beliau menyampaikan mesej itu kepada rakan sejawatannya dari Malaysia, menurut menteri pengiring, Kao Kim Hourn pada hari Jumaat. “Sebagai menteri luar dan diplomat, beliau (Saifuddin Abdullah) tidak sepatutnya menggunakan kata-kata kurang ajar secara tidak diplomatik di Pengerusi dan Ketua Kerajaan ASEAN,” Kao Kim Hourn memetik perdana menteri sebagai berkata. “

Sambal Jengkol

Image
Sambal Jengkol Kedai Nasir dBusStop Kerling

[Video] 5 maut, lori kontena 20 tan rempuh puluhan kenderaan

Image
5 maut, lori kontena 20 tan rempuh puluhan kenderaan [Sumber:  https://pakdin.my/?p=153659 ] SEKURANG-KURANGNYA, lima terkorban dalam kemalangan jalan raya membabitkan lori kontena di Balikpapan, Kalimantan Timur, Indonesia pada pagi Jumaat. Rakaman CCTV yang tular di media sosial menunjukkan lori tersebut merempuh kira-kira 20 kenderaan yang berhenti semasa lampu isyarat merah. Memetik laporan Kompas TV, insiden berlaku di persimpangan jalan Muara Rapak, Balikpapan kira-kira jam 6.15 pagi Jumaat (waktu tempatan). Menurut Ketua Polis Trafik Kalimantan Timur, Sony Irawan, setakat ini, pihak berkuasa masih mengenal pasti jumlah keseluruhan mangsa korban serta jumlah kenderaan yang terlibat. Katanya, berdasarkan rakaman CCTV, kemalangan dipercayai berlaku akibat kegagalan brek lori tersebut. Jurucakap Polis Kalimantan Timur, Yusuf Sutejo berkata, pemandu lori yang dikenal pasti sebagai M.Ali, 47 tahun, kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Balikpapan. “Trak dengan muatan kontena 20 kaki itu m

6 perkara PLUS dan Touch n Go patut buat untuk pelaksanaan RFID lebih lancar

Image
  6 perkara PLUS dan Touch n Go patut buat untuk pelaksanaan RFID lebih lancar [Sumber: https://pakdin.my/?p=153534 ] PLUS telah memulakan operasi RFID di semua plaza tol mulai hari Sabtu, 15 Januari yang lepas. Tetapi masalah besar bermula pada hari Isnin, 17 Januari apabila kesesakan luar biasa berlaku di beberapa plaza tol PLUS. Orang ramai meluahkan rasa marah dan meninggalkan komen kerana kecewa dengan masalah yang timbul berkaitan RFID, mengakibatkan pihak PLUS terpaksa mematikan fungsi komen di Facebook rasmi PLUS Malaysia.   Ruangan komen dimatikan di Facebook PLUS Malaysia Sebenarnya, RFID telah pun digunakan dengan meluas di lebuhraya sekitar Lembah Klang, dengan 1.5 juta pengguna RFID telah berdaftar. Jadi apa silapnya pada sistem RFID di PLUS sehingga mengakibatkan kesesakan trafik? Ini cadangan yang boleh PLUS dan Touch n Go pertimbangkan untuk meningkatkan perkhidmatan dan kelancaran proses RFID di plaza tol.   1. Papan tanda laluan RFID yang jelas Pelaksanaan RFID di leb

Makan besar Tahun Baru Cina dibenarkan, tiada rumah terbuka

Image
  Makan besar Tahun Baru Cina dibenarkan, tiada rumah terbuka [Sumber:  https://pakdin.my/?p=153562 ] Masyarakat Cina yang bakal merayakan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Februari depan boleh meneruskan tradisi makan besar keluarga pada malam sebelum perayaan. Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, kebenaran itu bagaimanapun hanya untuk ahli keluarga sahaja tanpa penglibatan orang luar. Menurutnya, pihak kementerian telah membentangkan cadangan prosedur operasi standard (SOP) Tahun Baharu Cina 2022 dalam Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 Bilangan 1 Tahun 2022 dan ia telah diluluskan. “Acara Makan Keluarga (Family Reunion Dinner) yang diadakan pada malam sebelum hari pertama perayaan dibenarkan dibuat dalam kalangan ahli keluarga sahaja. “Upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam pada 1 dan 2 Februari (raya pertama dan kedua) juga dibenarkan serta aktiviti Sembahyang Khas Hokkien Clan pada 8 dan 9 Februari 2022 dibenarkan mengikut SOP Pembukaan Rumah Ibad