Posts

Showing posts with the label Meninggal dunia

George Foreman, bekas juara tinju heavyweight meninggal dunia

Image
George Foreman, juara tinju heavyweight legenda dan usahawan, meninggal dunia pada usia 76 tahun pada 21 Mac 2025. Keluarganya mengumumkan kematiannya, walaupun punca kematiannya tidak didedahkan, menandakan berakhirnya kehidupan yang luar biasa yang merangkumi pencapaian dalam tinju dan perniagaan. Kehidupan dan Karier George Foreman Foreman dilahirkan di Marshall, Texas, dan dibesarkan di Houston, Texas, dalam keluarga yang menghadapi kesulitan ekonomi. Dia memulakan karier tinju sebagai pemenang pingat emas Olimpik pada tahun 1968 dan menjadi juara heavyweight dunia dua kali. Foreman terkenal dengan gaya bertinju yang agresif dan kekuatan pukulannya yang luar biasa, yang membawanya ke puncak kejayaan dalam dunia tinju. Momen Ikonik dalam Kariernya Salah satu pertarungan paling terkenal dalam kariernya adalah "Rumble in the Jungle" pada tahun 1974, di mana dia kalah kepada Muhammad Ali dalam pertarungan yang bersejarah. Dia kembali ke arena tinju pada usia 38 tahun setelah ...

MOF sahkan insiden kematian di Bangunan Perbendaharaan

Image
PUTRAJAYA- Kementerian Kewangan (MOF) mengesahkan terdapat insiden kematian di kompleks kementerian berkenaan hari ini. Menurut kenyataan awal MOF, keluarga mangsa telah dimaklumkan berhubung perkara itu oleh pihak berkuasa. “MOF turut berdukacita atas kejadian ini dan merakamkan takziah kepada keluarga. “MOF memberikan kerjasama penuh dan menyerahkan hal ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan,” katanya hari ini. Terdahulu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa mengesahkan, pihaknya menerima laporan mengenai seorang pegawai lelaki ditemukan dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri dalam Pejabat Perbendaharaan, MOF. Bertindak atas maklumat sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya ditugaskan ke tempat kejadian. Pegawai itu ditemukan dalam keadaan leher dan kaki terjerut dengan pengikat kabel di lantai pejabat tersebut. Hasil pemeriksaan mendapati si mati dalam keadaan terbaring atas lantai pejabat dengan keadaan leher dan kaki...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Image
Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159407    Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham Adibah Noor disampaikan di Facebook Emilya Rosnaida: allahuakbar terkejut dapat berita ni ..sahabat kita yg versatile  Adibah Noor @adibahnoormohdomar , baru sahaja meninggal dunia 😭😭😭😭  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـن ِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّ.حِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞  Salam Takziah dari kami sekeluarga https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10162445831723312&id=663963311 Facebook Zuan Azmi pula memuat naik perkhabaran: Du...

Bekas TYT Sarawak Tun Salahuddin meninggal dunia

Image
  Bekas TYT Sarawak Tun Salahuddin meninggal dunia [Sumber: https://pakdin.my/?p=153987 ] KUCHING -- Bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, 100, meninggal dunia pada 11.47 malam ini di Pusat Perubatan Normah di sini akibat sakit tua. Perkara itu disahkan oleh menantu Allahyarham, Wan Ibrahim Omar kepada Bernama. Beliau berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang namun waktunya belum diputuskan. Tun Salahuddin, yang lahir pada 27 Ogos 1921, menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak dari 1977 hingga 1981 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 2001 hingga 2014. Allahyarham merupakan individu pertama yang berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri sebanyak dua kali. Pada 2000, Tun Salahuddin menjadi pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak kerana penyandang jawatan itu Tun Ahmad Zaidi Adruce tidak dapat menjalankan tugas kerana jatuh sakit. Tun Ahmad Zaidi meninggal dunia pada Disember 2000 yang menyaksikan Tun S...