Posts

Showing posts with the label Tumpat

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

Image
[VIDEO] Ribut  terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160418 TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan itu menimbulkan suasana cemas dalam kalangan pengunjung serta peserta program terbabit, dengan beberapa khemah turut diterbangkan angin, selain satu khemah bersaiz besar turut ranap. Ribut yang berlaku kira-kira jam 7:00 malam itu turut menyebabkan pengunjung lari mencari kawasan perlindungan selamat bagi mengelak sebarang kecederaan. Difahamkan, persembahan dikir barat yang menjadi acara kemuncak program di Pantai Geting itu juga terpaksa dibatalkan, malah beberapa hadiah cabutan bertuah termasuk sebuah motosikal yang sepatutnya diumumkan malam ini turut tergendala. Seorang peniaga air, Wan Sapiah Wan Yusoff, 43, berkata selepas menyedari cuaca tiba-tiba berubah menjadi kelam dan mendung seolah-olah hendak h

Pelajar tingkatan satu dicabul dua lelaki

Image
Pelajar tingkatan satu dicabul dua lelaki Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159332   Mangsa memberitahu keluarga berada di sebuah chalet di Pantai Sri Tujoh bersama rakan lelaki. Mangsa diraba oleh dua suspek ketika berada di dalam bilik manakala suspek ketiga bertindak sebagai pendaftar bilik serta mengawal di luar. Hasil temubual lanjut mendapati mangsa pernah melakukan hubungan seks bersama seorang lelaki yang baru dikenalinya semasa bercuti di Pulau Redang, Kuala Terengganu. Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. TUMPAT: Remaja perempuan berusia 13 tahun mendakwa dicabul dua lelaki di sebuah chalet di Pantai Sri Tujoh, di sini, malam semalam. Kejadian berlaku selepas pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Kota Bharu itu keluar rumah dengan alasan untuk makan bersama rakan. Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, pada jam 9 malam, mangsa meminta kebenaran daripada ibunya untuk keluar dan selepas jam 11 m

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Image
[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/158521   Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di Tak Bai, wilayah Narathiwat, Thailand yang bersempadan di daerah Tumpat, Kelantan. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, aset ini meliputi pemantauan helikopter dan dron. "Kita (PDRM) dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi apa sahaja kemungkinan. "Selain kawalan sempadan oleh anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), PDRM telah menambah anggota dan aset PGU melibatkan pemantauan helikopter dan dron," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis. Tambahnya, penduduk di kawasan berhampiran dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan segera melaporkan kepada pihak polis sekiranya mengesan sesuatu yang mencurigai. Dalam kej

[Video] Enam rumah terbakar di Tumpat

Image
[Video] Enam rumah terbakar di Tumpat Sumber:  https://pakdin.my/158114 ... TUMPAT - Enam buah rumah hangus dalam kebakaran di Jalan Keretapi Dalam Rhu di sini pada petang Sabtu. Ketua Zon Kota Bharu, Penguasa Bomba, Suhaimi Mahmood berkata, kejadian berlaku pada jam 1.40 petang. "Kebakaran melibatkan tiga buah rumah yang musnah 100 peratus manakala sebuah rumah terbakar 70 peratus dan dua rumah lagi terbakar 40 peratus. “Kejadian ini tidak melibatkan kemalangan jiwa namun punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya. Menurut Suhaimi, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.43 petang. “Tiga jentera dan satu tanker digunakan untuk kerja memadam kebakaran dan api dapat dikawal pada jam 2.11 petang,” katanya.

[Video] 3 maut termasuk 2 rentung terlibat kes samun sebelum nahas

Image
Kereta yang terbabas dan terbakar juga mengakibatkan sebuah kereta lain yang diletakkan berhampiran serta sebuah rumah turut terbakar 30%. [Video] 3 maut termasuk 2 rentung terlibat kes samun sebelum nahas [Sumber:  https://pakdin.my/?p=154227 ] TUMPAT - Tiga lelaki yang maut termasuk dua daripadanya rentung selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HR-V yang mereka naiki terbabas dan terbakar di Jalan Wakaf Bharu-Palekbang di sini dipercayai terlibat dengan kes samun sebelum nahas itu berlaku. Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, ketiga-tiga lelaki yang maut itu dipercayai baru melakukan samun dengan melarikan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger. "Hasil siasatan awal, kami mendapati kenderaan Honda HR-V tersebut dinaiki oleh empat lelaki yang kemudian telah pergi ke sebuah rumah di Kampung Palekbang di sini. "Salah seorang daripada penumpang Honda HR-V itu kemudian bertindak melarikan sebuah kenderaan Ford Ranger dari r