PRK Ayer Kuning: Manifesto calon BN kemuka tujuh tawaran

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning Dr Mohamad Yusri Bakir mengemukakan tujuh tawaran dalam manifesto untuk penduduk DUN itu. Beliau berkata ia merangkumi ekonomi tempatan yang makmur, meningkatkan keupayaan sara hidup rakyat, pembangunan infrastruktur setempat serta agenda anak muda dan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Selain itu, beliau turut memfokuskan terhadap warga emas, wanita dan Orang Asli, pendidikan berkualiti untuk anak jati Ayer Kuning dan perkhidmatan yang berjiwa rakyat. "Menerusi tawaran ekonomi tempatan yang makmur, ia meliputi penyediaan geran khas untuk usahawan kecil, petani, pekebun kecil dan penjaja; memperluas akses pasaran bagi hasil tani dan produk kampung dan memperkasakan keusahawanan melalui bimbingan dan e-dagang," katanya ketika mengumumkan manifesto itu di Command Centre BN di sini hari ini. Mohamad Yusri berkata bagi meningkatkan keupayaan sara h...