Posts

Showing posts with the label Pengkid

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Image
Seorang wanita yang berperwatakan lelaki mengaku bersalah atas dua tuduhan melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan yang juga teman wanitanya di Felda Sungai Sibol, Kulai, tahun lalu. Tertuduh, Nur Farisha Syahaniey Muhamad Shukur, 20, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Thalha Bachok@Embok Mok. Nur Farisha didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia 14 tahun di Felda Sungai Sibol pada pertengahan tahun lalu dan bulan lalu. Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan. Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah jaminan yang rendah iaitu RM2,000 hingga RM5,000 atas alasan tidak mampu membayar jaminan tinggi. “Saya perlu menjaga adik-adik semuanya masih bersekolah. Keluarga saya ada masalah, jadi saya kena bantu. Saya hanya berkerja sebagai operator kilang dengan gaji pokok RM1,500,” katanya. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM11,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan serta syarat tambahan yang...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Image
[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad  BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160468/ Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, seorang Muslim perlu mengikut peraturan yang ditetapkan dalam melaksanakan ibadah termasuk haji dan umrah supaya amalan yang dilakukan tidak menjadi sia-sia dan diterima Allah. "Memang individu berkenaan mengerjakan umrah lengkap syarat tapi masalahnya adakah ibadat itu diterima Allah dan dapat pahala kerana tidak mengikut peraturan Allah melalui al-Quran dan sunnah. "Saya kasihan kepada orang begini kalau dia masih menganggap dirinya Muslim kerana perbuatan ini boleh menyebabkan dia terkeluar daripada agama Islam sendiri. Boleh jadi murtad. "Bagi orang Islam yang komited kepada agama dan faham ajaran ...