Posts

Showing posts with the label Buang Bayi

Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan

Image
KANGAR -- Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini (07/02/2025) atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan. Nor Zainab Jamaludin, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya hari ini. Wanita itu didakwa telah meninggalkan seorang bayi perempuan yang dilahirkannya di kedai makan berkenaan di Kampung Rama, Sanglang pada 6.30 pagi, 19 Jan. Nor Zainab didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau didenda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tengku Ruqayyah Tengku Shahrom manakala wanita itu diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Siti Hajar Che Ahmad. Tengku Ruqayyah kemudian memohon mahkamah menetapkan satu tarikh baharu untuk laporan kimia dan forensik. Majistret Ana Rozana Mohd Nor menetapkan 19 Mac untuk serah...

Ibu empat anak direman bantu siasatan kes buang bayi

Image
KANGAR -- Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat, Kangar pada 19 Januari lepas. Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata wanita itu yang bekerja sebagai pembantu kedai makan ditahan di sebuah rumah di Simpang Empat pada 2.55 pagi tadi. Beliau berkata suspek yang disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi tinggal bersama empat anaknya yang masih kecil manakala suami wanita itu berada di sebuah pusat pemulihan dadah. “Siasatan awal mendapati wanita itu dipercayai telah melahirkan bayi perempuan di dalam tandas seorang diri di sebuah rumah di Kampung Permatang Kersek, Simpang Empat kira-kira 6.30 petang, 18 Jan lepas,” katanya dalam kenyataan malam ini. Yusharifuddin berkata pada keesokannya, suspek disyaki pergi ke Kampung Rama dengan sebuah kereta milik rakan...

Bayi baru lahir ditemui mati di tempat pembuangan sampah

Image
Bayi baru lahir ditemui mati di tempat pembuangan sampah https://pakdin.my/174700 Satu peristiwa tragis pada petang semalam (28 Disember), apabila mayat bayi lelaki yang baru lahir tidak bernyawa ditemui dalam tong sampah di belakang loji pengasingan sisa Perbandaran Hat Yai City di Songkhla. Bayi itu, yang disyaki telah mati sekurang-kurangnya dua hingga tiga hari, ditemui dalam keadaan berbogel, dengan muka hijau dan lebam, tetapi sebaliknya kelihatan normal. Penemuan mengejutkan itu dibuat oleh seorang pemungut sampah yang amat terharu dengan pemandangan tragis itu. Dia menceritakan menemui bayi itu semasa menyaring sampah. Bayi itu dibalut dengan kain yang dibawa pemungut sampah kerana dia dikelilingi oleh anjing. Tempat pembuangan sampah itu, yang sering dikunjungi oleh banyak lori sampah, menyaksikan pemandangan yang menyedihkan kerana kelihatan bayi itu seakan mengharapkan bantuan. Pemungut sampah menggambarkan kepala bayi yang bengkak dan hijau manakala badannya masih kelihatan...

Kes bayi ditinggalkan tepi sawah - Remaja perempuan 15 tahun ditahan

Image
Kes bayi ditinggalkan tepi sawah - Remaja perempuan 15 tahun ditahan BACA seterusnya di https://pakdin.my/173884 ALOR SETAR – Polis menahan seorang remaja perempuan bagi membantu siasatan berhubung penemuan bayi perempuan di atas jalan berhampiran sawah di Kampung Kubang Pangas, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, remaja berusia 15 tahun yang dipercayai ibu kepada bayi itu ditahan di sekitar kawasan Kubang Rotan pada petang semalam. Kata beliau, pihaknya bagaimanapun membebaskan remaja terbabit dengan jaminan polis bagi membolehkannya mendapatkan rawatan. “Remaja itu sudah tidak bersekolah dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini. Semalam dilaporkan seorang penduduk terkejut apabila menemui bayi perempuan yang ditinggalkan di atas jalan berhampiran sawah padi di Kampung Kubang Pangas. Menurut seorang penduduk, Mat Zuki Deris, 59, dia menemui bayi dipercayai baru dilahirkan itu ketika ...

🎦 Tergamak buang mayat bayi di tandas surau

Image
🎦 Tergamak buang mayat bayi di tandas surau BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170559 BESUT: Mayat bayi perempuan dipercayai dilahirkan lebih daripada 48 jam ditemukan dalam plastik di tandas surau di Kampung Pengkalan Nyireh, di sini, pagi tadi 6/11/2023. Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira 11 pagi selepas dimaklumkan oleh orang awam. Katanya, hasil pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati mayat bayi itu ditemukan di tandas wanita bahagian tengah daripada tiga tandas berkembar di situ. "Mayat itu berada dalam plastik di atas lantai tandas," katanya dalam satu kenyataan kepada media, di sini, hari ini. Rozak berkata, kawasan surau itu berpagar tetapi tidak berkunci serta tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV). "Saksi bersama seorang rakan pergi ke tandas itu dan mendapati bau busuk datang dari arah tandas bahagian tengah dan terdapat satu baldi berwarna merah dalam keadaan...

[VIDEO] Jumpa bayi cukup sifat

Image
[VIDEO] Jumpa bayi cukup sifat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160561 KUALA KUBU BHARU: Bayi perempuan cukup sifat ditemui Taman Bahtera, Hulu Bernam dekat sini, dalam keadaan masih bernyawa, semalam. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Arsad Kamaruddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 9.49 pagi daripada lelaki berusia 33 tahun yang bekerja sebagai peniaga. Menurutnya, lelaki terbabit memberitahu terjumpa bayi itu di atas sofa di kedai makan, di mana hasil siasatan polis mendapati bayi itu adalah perempuan, namun bangsanya masih belum dapat dikenal pasti. "Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati bayi itu dalam keadaan sihat dan tiada kesan luka atau gigitan haiwan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan untuk mengesan suspek. https://twitter.com/kamaluddinidrus/status/1561345772087455745?s=21&t=TqZ60S7D6O4Ds1mnVWzWeA