Posts

Showing posts with the label KKDW

PPRS: Usaha Kerajaan Bantu Rakyat Keluar Dari Kemiskinan – Mohd Razlan

Image
Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat keluar dari kepompong kemiskinan, kata Setiausaha Politik Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ( KKDW ), Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, pembinaan projek tersebut adalah hasil daripada duit rakyat yang dibelanjakan untuk insan-insan memerlukan. “Alhamdulillah, hari ini saya bersama dengan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Abdul Muthalib Harun, Ahli Lembaga Pengarah GIATMARA, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim bersama pengurus GIATMARA kawasan dan pemimpin-pemimpin setempat bersama dengan kontraktor. “Hari ini kita buat penyerahan kunci untuk enam buah rumah PPRS yang telah selamat dibina dan siap untuk diduduki. Saya telah melawat enam buah rumah ini, alhamdulilah semuanya sudah siap, lengkap dan ada yang sudah diduduki. “Kita rasa berbangga sebab kontraktor yang dilantik pun dapat menyiapkan rumah-rumah ini dengan ce...

[VIDEO] Ahmad Zahid mahu kebolehpasaran graduan TVET ditingkatkan

Image
Ahmad Zahid mahu kebolehpasaran graduan TVET ditingkatkan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163208 ARAU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu kebolehpasaran graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) ditingkatkan melebihi tahap semasa iaitu 90 peratus. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, ketika ini terdapat 280 institusi TVET di bawah KKDW serta agensi kementerian itu dan ada antara bidang terlibat, termasuk berkaitan penyelenggaraan kapal terbang, telah mencapai 98.4 peratus tahap kebolehpasaran graduan. "Inilah yang mahu kita buktikan kepada masyarakat bahawa pelaburan yang dilakukan oleh pihak kerajaan melalui TVET khususnya di bawah KKDW akan memberikan keberhasilan yang baik," katanya ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan KKDW, di sini pada Rabu. Ahmad Zahid berkata, permintaan terhadap graduan TVET kini terus meningkat, malah ada gradua...