Posts

Showing posts with the label Tentera

Renjer tentera sukarelawan cedera terkena bom di Pattani, Thailand

Image
Pada jam 12.50 tengah hari (13 Mei 2025), satu letupan berlaku di sekitar tiang elektrik di Jalan No. 42, kawasan Kampung Rao, Mukim 4, Taman Kra Wa, Daerah Mayo, Wilayah Pattani, Selatan Thailand. Kejadian ini menyebabkan kenderaan pengangkut Unit Operasi Khas Rejimen Renjer ke-44 mengalami kerosakan, dengan dua anggota tentera cedera. Laporan menyatakan, seorang awam turut terkena serpihan bom secara tidak sengaja. Mangsa bernama Encik Furkon (21 tahun), penduduk Mukim 1, Taman Toh Lang, Daerah Yaring, Wilayah Pattani . Beliau mengalami luka di bahagian atas lutut kiri dan tulang patah di belakang tangan kanan. Mangsa telah dipindahkan ke Hospital Pattani untuk rawatan lanjut. Ketika kejadian, mangsa sedang dalam perjalanan dari Taman Toh Lang ke Palas dengan menunggang motosikal. Pengerusi Majlis Perbandaran Don telah membantu dan menghantarnya ke Hospital Panare sebelum dipindahkan ke Hospital Pattani. Terperinci: Masa/Lokasi:  12.50 tengah hari, 13 Mei 2023; Jalan No.42, Kampu...

Video Lama Dari Syria Dikongsi sebagai 'Hamas Membakar Askar Israel Hidup-hidup'

Image
Video Lama Dari Syria Dikongsi sebagai 'Hamas Membakar Askar Israel Hidup-hidup' BACA seterusnya di  https://pakdin.my/170767/ Video ini adalah video tahun 2016 dan menunjukkan askar Turki dibakar hidup-hidup oleh ISIS. Video yang menunjukkan dua lelaki beruniform ditarik dari sangkar dan kemudian dibakar menjadi tular di media sosial dengan mendakwa bahawa ia menunjukkan 'pengganas Hamas membakar hidup-hidup dua askar Israel'. (Nota: Kami mengelak daripada menambah sebarang pautan ke video tular kerana sifat klip yang menyedihkan.) Apakah kebenarannya?: Video itu video tahun 2016 dan menunjukkan kumpulan Islamic State (ISIS) membakar dua askar Turki hidup-hidup.

[VIDEO] Dua tentera maut dihempap pokok ketika operasi di Hutan Belum

Image
[VIDEO] Dua tentera maut dihempap pokok ketika operasi di Hutan Belum Selanjutnya di: https://pakdin.my/159548 Kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang menyertai operasi di kawasan Hutan Belum. Yang terkorban, Sarjan Mohd. Kamal Ramli, 41, dan Koperal Muhammad Zaki Johari, 31- meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat kedua-dua mangsa dikeluarkan dari kawasan operasi itu menggunakan helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia. Dua anggota tentera maut dihempap pokok tumbang ketika menjalankan operasi Kota Echo/Foxtrot di kawasan pedalaman Hutan Belum di sini, awal pagi semalam. Kejadian pada pukul 1 pagi itu mengorbankan Sarjan Mohd. Kamal Ramli, 41, dan Koperal Muhammad Zaki Johari, 31, yang meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, laporan berkaitan kejadian itu diterima pada pukul 11.50 pagi membabitkan dua anggota tentera dari Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sungai Ara, Pulau Pinang. Katanya, kejadian berlak...