Posts

Showing posts with the label Forensik

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Image
Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang BACA seterusnya: https://pakdin.my/174252 Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua saksi kanak-kanak itu berjaya dikesan ketika ‘mass DNA screening’ (ujian DNA beramai-ramai) dijalankan di apartmen itu pada Ahad lalu. “Hasil ‘mass screening’ sebelum ini, kita berjaya mengesan dua saksi kanak-kanak yang nampak mangsa (Zayn Rayyan) di blok R. “Menurut saksi, Zayn dilihat berseorangan berada di tingkat 2 dan 3 blok R pada petang 5 Disember lalu,”ujarnya ketika dihubungi. Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bukit Aman juga selesai melakukan 'lakonan semula' (reconstruct) berdasarkan keterangan dua saksi kanak-kanak yang baru dikesan, di sekitar Apartmen Idaman, di sini, hari ini. Tinjauan mendap

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Image
🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174146 Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan. Anggota Forensik kali ini memasuki bangunan apartmen blok R dipercayai ke rumah ibu bapa mangsa. Sehubungan itu, bapa dan ibu Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan dan Ismanira Abdul Manaf juga dilihat hadir serentak bersama anggota Forensik kira-kira pukul 4.15 petang tadi. Operasi berkenaan selesai sejam kemudian iaitu pada pukul 5.15 petang. Pada pagi tadi, sebuah stor yang terletak kira-kira 50 meter dari Blok R menjadi tumpuan bagi mengesan bukti baharu. Dua anjing Unit Pengesan (K9) dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Daerah KLIA, Gucci dan Ricks bersama beberapa anggota Forensik melakukan pemeriksaan selama hampir empat jam. Difahamkan, stor terbabit menjadi tempat simpanan motosikal, kerusi plastik dan barangan
Image
Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad Selanjutnya:  https://pakdin.my/158474   Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan taktik propaganda yang sama sesama kempen Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) sewaktu Debat Perdana dengan Datuk Seri Najib Razak apabila ada yang mengkritik Shahrir kerana menggelarkan Anwar sebagai retorik ketika debat tersebut. “Saya jawab dengan mengambil satu contoh sahaja iaitu mengenai pandangan Anwar bahawa urustadbir dan intergriti adalah suatu yang penting dan untuk memastikan badan-badan penting kerajaan tidak disalahurus, kenalah buat audit forensik,” kata Shahrir menerusi posting di Facebooknya. Beliau berkata, Anwar menjawab isu berkenaan dengan menyebut mengenai Tabung Haji dan FELDA sebagai contoh kepincangan yang berlaku ketika di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) dan kedua-dua syarikat itu diaudit oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). Audit yang dilakukan pada waktu