Posts

Showing posts with the label Umrah

‘Belum muktamad dengan imej ini, tapi segan bila tak bertudung’

Image
Tampil dengan imej bertudung, pelakon Isyariana mengakui masih berusaha untuk kekal istiqamah selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah beberapa hari lalu. Pemilik nama penuh Isyariana Che Azmi, 35, itu enggan meletakkan sebarang noktah terhadap imej baharunya itu kerana khuatir hatinya masih berbolak-balik. “Saya bertudung selepas pulang daripada menunaikan umrah beberapa hari lalu. “Tidak muktamad lagi dengan imej ini tetapi saya pula segan bila tak bertudung. “Rasa seronok, selamat dan okey dengan imej sebegini. Saya masih baru dengan imej sebegini dan kalau boleh tak mahu jawab sama ada dalam fasa percubaan kerana sedang cuba terbaik untuk diri sendiri,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis Meet & Greet Drama Sangat TV3 di sini, hari ini. Tambah bintang drama  Setelah Terlafaznya Akad 2  itu, dia bimbang dengan setiap jawapan yang diberikan akan memakan diri selain hatinya mahu terus berjuang mengekalkan imej sebegitu. “Ya saya takut tak istiqamah sebab saya ...

Lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours digantung - MOTAC

Image
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen Syarikat Umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kerana didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482). MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan dalam tempoh penggantungan lesen itu, syarikat tidak boleh membuat sebarang urus niaga baharu termasuk pengiklanan jualan pakej dan memulangkan semula bayaran serta apa-apa dokumen milik jemaah umrah yang memilih untuk membatalkan tempahan. Pada masa sama, syarikat berkenaan dinasihatkan untuk menyelesaikan semua perjalanan yang telah ditempah atau dibayar. "Setakat ini, MOTAC telah menerima lapan aduan dengan jumlah kerugian keseluruhan sebanyak RM180,116 terhadap syarikat pengendali umrah berkenaan. "Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Akta 482 berhubung perubahan material dalam pakej umrah yang ditawarkan," menurut kenyataan itu. MOTAC turut mendapati rekod terdahulu telah menunjukkan syarikat berkenaan telah di...

Peraturan Haji 2025: Kanak-kanak bawah 12 tahun tidak dibenarkan, keutamaan untuk jemaah kali pertama

Image
Arab Saudi telah mengumumkan perubahan signifikan bagi ibadah Haji 2025, termasuk peraturan baharu yang melarang kanak-kanak daripada mengiringi jemaah haji. Kementerian Haji dan Umrah menyatakan bahawa keputusan itu dibuat untuk melindungi kanak-kanak daripada bahaya kesesakan semasa ibadah haji, yang menyaksikan jutaan jemaah berkumpul setiap tahun. Kementerian menekankan bahawa sekatan itu bertujuan untuk melindungi kanak-kanak kecil daripada potensi risiko yang berkaitan dengan pengurusan orang ramai dalam situasi berbahaya. Langkah itu juga bertujuan untuk menjadikan pengalaman ibadah haji lebih lancar bagi semua peserta. Keutamaan bagi Jemaah Haji Kali Pertama Jemaah haji kali pertama akan diberi keutamaan bagi ibadah Haji 2025. Pihak berkuasa Arab Saudi berkata langkah ini bertujuan untuk memberi peluang kepada lebih ramai umat Islam untuk menunaikan ibadah suci itu sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka. Warga Arab Saudi dan penduduk kini boleh memohon musim Haji 2025 me...

[VIDEO] Kadar hotel ke Tanah Suci melambung, pakej umrah naik saat akhir

Image
[VIDEO] Kadar hotel ke Tanah Suci melambung, pakej umrah naik saat akhir BACA seterusnya di https://pakdin.my/161616 Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) menjelaskan harga pakej umrah dinaikkan pada saat akhir berpunca kenaikan mendadak sehingga 300 peratus kadar hotel di Mekah dan Madinah. Naib Presiden Haji dan Umrah Matta, Azri Abd Razak, berkata keadaan itu menyebabkan harga pakej yang ditetapkan terpaksa dinaikkan pada saat akhir oleh agensi pelancongan sebelum jemaah umrah berlepas ke tanah suci. “Kenaikan harga ini dipercayai berpunca daripada permintaan tinggi di hotel terutamanya di Kota Madinah berikutan peningkatan jumlah jemaah umrah di seluruh dunia apabila kerajaan di negara masing-masing membuka sempadan selepas situasi pandemik Covid-19 beransur pulih. “Bukan harga hotel sahaja yang meningkat, malah harga pengangkutan dan tiket penerbangan juga semakin membebankan khususnya ketika musim kemuncak,” katanya dalam kenyataan. Beliau tampil menje...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Image
[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad  BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160468/ Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, seorang Muslim perlu mengikut peraturan yang ditetapkan dalam melaksanakan ibadah termasuk haji dan umrah supaya amalan yang dilakukan tidak menjadi sia-sia dan diterima Allah. "Memang individu berkenaan mengerjakan umrah lengkap syarat tapi masalahnya adakah ibadat itu diterima Allah dan dapat pahala kerana tidak mengikut peraturan Allah melalui al-Quran dan sunnah. "Saya kasihan kepada orang begini kalau dia masih menganggap dirinya Muslim kerana perbuatan ini boleh menyebabkan dia terkeluar daripada agama Islam sendiri. Boleh jadi murtad. "Bagi orang Islam yang komited kepada agama dan faham ajaran ...