Posts

Showing posts with the label Zayn Rayyan

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang

Image
Pengasuh kepada Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini, bahawa beliau mendengar suara kanak-kanak autistik itu seolah-seolah cuba melepaskan diri daripada seseorang semasa mencarinya bersama adiknya di kawasan Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai pada petang hari kejadian mangsa dilaporkan hilang. Auni Afiqah Abas, 30, berkata demikian semasa disoal balas peguam Haresh Mahadevan yang mewakili Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari pada hari kelapan perbicaraan kes pengabaian yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak itu di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh. Saksi pendakwaan ke-17 itu bersetuju dengan peguam bahawa dia ada menyatakan suara Zayn Rayyan seolah-olah ingin melepaskan diri daripada seseorang, semasa ditemu ramah satu media yang disiarkan secara langsung menerusi TikTok. Haresh: Jadi, itu lah suara arwah Zayn Rayyan yang anda (Auni Afiqah) dengar pada petang 5 Dis 2023, betul? Auni Afiqah: Ya, betul. Auni Afiqah berkata semasa dia m...

Puan Isma macam menjerit “Zayn ini salah mummy” – Saksi

Image
Saksi pendakwaan kesembilan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari dia bahawa Ismanira Abdul Manaf yang merupakan ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin, seolah menjerit “Zayn ini salah mummy”. Siti Aminah Nor Mad Ali, 40, yang merupakan guru pendidikan khas itu berkata, kata-kata ibu Zayn Rayyan itu didengar ketika beliau dan pihak sekolah melawat penjaga Zayn Rayyan di Apartment Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember 2023.Saksi itu berkata pada tarikh itu, beliau dan pihak sekolah ke rumah ibu dan bapa Zayn Rayyan bagi memberi sokongan dan semangat berikutan kehilangan kanak-kanak tersebut. “Sewaktu di rumah itu, nenek Zayn, guru besar dan puan Isma (Ismanira) ada. Waktu itu nenek Zayn cuba menenangkan puan Isma sebab dia kelihatan seperti trauma. Tiba-tiba saya dengar puan Isma macam menjerit “Zayn ini salah mummy”. Saya dan guru besar rasa terkejut tapi saya anggap perkara itu (macam menjerit) adalah sebab terlalu sedih,” kata Siti Aminah. Siti Aminah Nor berkata demikian ketika pem...

Bicara Zayn Rayyan: Saya sangka mungkin dia disorok hantu – Saksi

Image
Saksi pendakwaan ketujuh memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini dia beranggapan terdapat unsur mistik dalam kes kehilangan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin. Ahmad Nur Syaharuddin Mad Zawawi, 36, berkata, dia percaya jasad Zayn Rayyan mungkin “disorokkan”. -Advertisement- Pendakwaan: Terangkan kenapa berjalan ke belakang Blok R, (Apartment Idaman). Siapa maklumkan? Saksi: Tiada yang maklumkan apa-apa, kami terasa…sebab fikir kadang-kadang ada perkara mistik. Pendakwaan: Setelah jalan ke belakang Blok R, apa yang berlaku? Saksi: Kami mula pencarian di khemah, kemudian ke hilir anak sungai sehingga penemuan (lokasi) jasad. Saksi itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya, Aqharie Durranie Aziz. Sementara itu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam Haresh Mahadevan yang bertanya mistik yang dimaksudkan, saksi itu memaklumkan ia mungkin disorokkan hantu. Peguam: Jadi kamu percaya ada unsur mistik dalam penemuan jasad Zayn Rayyan? Saksi: Bukan pada ...

Ismanira ‘kosong’, tiada perasaan ketika dirakam percakapan – Saksi

Image
Saksi pendakwaan keempat memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa Ismanira Abdul Manaf yang merupakan pengadu dan juga ibu dalam kes kanak-kanak autistik yang hilang seperti ‘kosong’ dan tiada perasaan. Inspektor Nina Syamimi Syamsuddin, 33, yang merupakan bekas pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berkata reaksi wanita itu dilihat ketika dia bertemu dengan Ismanira di Apartment Idaman, Damansara Damai untuk merakam percakapan pada pada 5 Disember 2023. “Setelah saya berjumpa dengan pengadu dan merakam percakapan, saya minta dia menandatangi satu borang Nur Alert untuk membuat hebahan. Kemudian saya ada bertanya beberapa soalan kepada pengadu. Saya meminta pengadu menceritakan bagaimana kehilangan kanak-kanak autisme tersebut,” katanya. Pendakwa Raya: Ketika kamu mengambil percakapan pengadu yang bernama Ismanira boleh kamu terangkan kepada mahkamah bagaimana keadaan pengadu? Saksi: Pengadu ketika itu (nada sebak dan menangis) semasa rakaman perc...

Zaim, Ismanira menangis, saksi tunjuk 142 gambar berkait Zayn Rayyan

Image
Sebanyak 142 keping gambar berkaitan kes Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin termasuk ketika kanak-kanak itu sedang memakai lampin pakai buang dikemukakan  di Mahkamah Sesyen hari ini, semasa perbicaraan kes pengabaian yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu. Jurufoto dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya Detektif Koperal Mohamad Hirwan Arifin, 45, turut mengesahkan gambar-gambar mangsa yang mengalami kecederaan di  beberapa bahagian badan dan barangan milik kanak-kanak malang itu. Ketika saksi pendakwaan pertama itu dirujuk dengan gambar-gambar berkaitan mangsa oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamarul Iman Ahmad Sapian, kedua-dua tertuduh iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya Ismanira Abdul Manaf dilihat menangis dan sebak dari kandang tertuduh.  Prosiding kemudian ditangguhkan seketika susulan Zaim Ikhwan memohon ke tandas.  Selepas beberapa minit, prosiding bersambung dan ketika menceritakan tugasan yang dilakukannya ketika siasatan kes itu, Mohama...

Bicara kes ibu bapa abai Zayn Rayyan pada 3 Feb

Image
Perbicaraan kes ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin yang berdepan dengan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya akan bermula pada 3 Feb ini di Mahkamah Sesyen di sini. Hakim Dr Syahliza Warnoh memutuskan demikian selepas menolak permohonan peguam Haresh Mahadevan yang mewakili Zaim Ikhwan Zahari dan isterinya Ismanira Abdul Manaf untuk melapangkan tarikh perbicaraan yang ditetapkan pada Februari dan Mac ini, sementara pelupusan notis usul bagi membatalkan pertuduhan itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.  "Oleh kerana, permohonan (notis usul) itu masih belum didengar di Mahkamah Tinggi (Shah Alam), mahkamah akan teruskan dengan perbicaraan pada 3 hingga 7 Feb ini," kata Syahliza semasa sebutan kes itu. Mahkamah sebelum ini menetapkan perbicaraan kes berkenaan pada 3 hingga 7 Feb, 17 hingga 21 Feb dan 10 hingga 14 Mac ini. Terdahulu, Haresh memohon tarikh perbicaraan yang dijadualkan pada Fe...

AGC Tolak Representasi Ibu Bapa Zayn Rayyan Semak Semula Pertuduhan Abai Anak

Image
Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi dikemukakan pasangan Zaim Ikhwan Zahai dan Ismanira Abdul Manaf untuk menyemak dan menarik balik tuduhan mengabaikan anak mereka, Zayn Rayyan Abdul Matiin. Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Sesyen, Dr Syahliza Warnoh di sini hari ini bahawa AGC menolak representasi itu yang diserahkan kepadanya pada 19 November lalu. Raja Zaizul kemudian memohon mahkamah menetapkan satu tarikh lain untuk menyelesaikan permohonan dokumen tambahan oleh pihak pembelaan. Hakim, kemudian menetapkan 10 Januari tahun depan bagi sebutan untuk membolehkan pihak-pihak memuktamad penyerahan dokumen perbicaraan. Terdahulu, ibu bapa Zayn Rayyan yang berdepan satu pertuduhan pengabaian terhadap kanak-kanak autisme itu, tiba di Mahkamah Sesyen pada jam 8.49 pagi. Kedua-dua tertuduh diwakili peguam-peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris selepas peguam terdahulu, Fahmi Abd. Moin menarik diri daripada mewa...

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Image
Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang BACA seterusnya: https://pakdin.my/174252 Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua saksi kanak-kanak itu berjaya dikesan ketika ‘mass DNA screening’ (ujian DNA beramai-ramai) dijalankan di apartmen itu pada Ahad lalu. “Hasil ‘mass screening’ sebelum ini, kita berjaya mengesan dua saksi kanak-kanak yang nampak mangsa (Zayn Rayyan) di blok R. “Menurut saksi, Zayn dilihat berseorangan berada di tingkat 2 dan 3 blok R pada petang 5 Disember lalu,”ujarnya ketika dihubungi. Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Bukit Aman juga selesai melakukan 'lakonan semula' (reconstruct) berdasarkan keterangan dua saksi kanak-kanak yang baru dikesan, di sekitar Apartmen Idaman, di sini, hari ini. Tinjauan mendap...

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Image
  Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua BACA seterusnya: https://pakdin.my/174228 Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi. Tanpa mendedahkan perincian lanjut objek dan barang berkenaan, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa, bagi polis mendapatkan petunjuk dalam usaha memberkas suspek yang bertanggungjawab membunuh kanak-kanak malang berusia enam tahun itu. “Kami perlu analisa kesemua penemuan ini terlebih dahulu dan terus mengumpul bukti secukupnya,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. Selain itu, Hussein berkata polis turut mengeluarkan arahan kepada penduduk di apartmen itu untuk terus kekal di kediaman mereka, namun dalam masa yang sama masi...

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Image
🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman BACA seterisnya: https://pakdin.my/174185 Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini. Tinjauan di lokasi mendapati kenderaan berkenaan turut membawa anggota polis dipercayai dianggarkan dalam lingkungan sekitar 20 orang memasuki kawasan perumahan itu sekitar 7.50 malam tadi. Kesemua anggota dilihat berkumpul di dalam kawasan perumahan tersebut. Difahamkan kehadiran mereka bertujuan untuk menjalankan saringan DNA penduduk secara beramai-beramai. Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkam keputusan sampel DNA sebelum ini dijangka akan diterima dalam tempoh tiga hari. Pihaknya juga menganalisa beberapa kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) yang berhampiran lokasi kejadian yang dikesan terdapat pergerakan. Pihaknya kini sedang menganalisa lanjut bagi menentukan perg...

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Image
🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174146 Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan. Anggota Forensik kali ini memasuki bangunan apartmen blok R dipercayai ke rumah ibu bapa mangsa. Sehubungan itu, bapa dan ibu Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan dan Ismanira Abdul Manaf juga dilihat hadir serentak bersama anggota Forensik kira-kira pukul 4.15 petang tadi. Operasi berkenaan selesai sejam kemudian iaitu pada pukul 5.15 petang. Pada pagi tadi, sebuah stor yang terletak kira-kira 50 meter dari Blok R menjadi tumpuan bagi mengesan bukti baharu. Dua anjing Unit Pengesan (K9) dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Daerah KLIA, Gucci dan Ricks bersama beberapa anggota Forensik melakukan pemeriksaan selama hampir empat jam. Difahamkan, stor terbabit menjadi tempat simpanan motosikal, kerusi plastik dan barangan ...
Image
Pesalah seksual diburu kes bunuh Zayn Rayyan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174138 Polis melancarkan operasi khas dengan menapis setiap individu yang mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kesalahan berkaitan seksual bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6. Siasatan menyeluruh itu akan memberi fokus kepada kumpulan penduduk dan penghuni yang mendiami Aparmen Idaman di Damansara Damai di sini selain penduduk di kawasan berhampiran. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tapisan besar-besaran juga akan dibuat melibatkan data cap jari orang yang mempunyai rekod jenayah terutama mereka yang terlibat dalam kesalahan seksual. “Selain itu, mereka yang dalam perhatian pihak polis melibatkan penduduk tempatan atau di luar kawasan, semua kita akan beri perhatian,” katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin. Mengulas lanjut, beliau memaklumkan setakat ini kesan cap jari dan asid deoksiribonukleik (DNA) dipercayai m...

🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan

Image
🎦 Ada kecederaan pada leher, ‘defensive wounds’ di tubuh Zayn Rayyan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174077 Polis tidak menolak kemungkinan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin,6 dibunuh di lokasi lain sebelum diletakkan di sebuah anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, misi mengesan suspek kini akan dibantu pasukan JSJ Bukit Aman, Ibu Pejabat Kontinjen Selangor (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. Katanya, kes yang direkasifikasikan sebagai kes bunuh itu masih dibawah siasatan IPD Petaling Jaya. “Pihak kami (Bukit Aman) turun petang ini untuk merencanakan operasi seterusnya bagi mengesan suspek yang masih terlalu awal untuk dirumuskan. “Siasatan sebelum ini, kita telah melalui lokasi sama (kejadian) dan pada lewat malam hari kedua baru ditemui mangsa di sana. “Kita boleh rumuskan bahawa mangsa tidak mati di lokasi kejadian. Mangsa...

🎦 Zayn Rayyan hilang sejak semalam ditemui mati

Image
Zayn Rayyan hilang sejak semalam ditemui mati BACA seterusnya di: https://pakdin.my/174049 Budak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang dilaporkan hilang tengah hari semalam di Damansara Damai, ditemui di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya jam 10 malam tadi 6/1/2023. Mayat Zayn Rayyan berusia enam tahun itu ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencari mangsa. Mangsa ditemui terbaring di sungai yang terletak pada jarak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya, di Aparment Idaman, Damansara Damai di sini. Setakat ini, pihak polis sudah menutup laluan belukar dari kawasan kediaman menuju ke lokasi mayat mangsa ditemui. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, yang berada di lokasi kejadian turut mengesahkan penemuan mayat mangsa. "Saya tidak dapat mengulas lanjut kerana kita baru menemui mayat mangsa dan kini dalam peringkat menyiasat lokasi sekitar kawasan mayat ditemui," katanya kepada BH ya...