Posts

Showing posts with the label Hiburan

Tayang paha gebu, Ameera Khan dikecam tak hormat bulan Ramadan

Image
Pempengaruh media sosial popular, Ameera Khan sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila dia berkongsi video berpakaian seksi. Ameera atau nama sebenarnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 25, berkongsi videonya bermain dengan seekor kucing sambil berpakaian seksi yang mendedahkan sebagai besar kakinya. Difahamkan video tersebut bertujuan untuk mempromosikan jenama pakaian mewah yang menjadikan Ameera sebagai model. Tangkap layar pempengaruh sensasi, Ameera menerusi muat naik sepotong video bermain dengan seekor kucing sambil berpakaian seksi yang mendedahkan sebagai besar kakinya. Disebabkan itu, ruangan komen hantaran yang dimuat naik dalam Instagram itu dipenuhi dengan komen kecaman dan teguran buatnya. Rata-rata netizen dilihat kesal dengan tindakan adik kepada Neelofa itu kerana tidak menghormati kesucian bulan Ramadan. “Allahuakbar. Kenapa sampai macam ni? Bulan puasa ni. Tak reti hormat bulan Ramadan ke? “Janganlah pakai pakaian yang seksi. Lepas bulan puasa, nak pakai apa pun pak...

Lagi pelakon berketurunan Cina mati akibat serangan influenza

Image
Pelakon sedang meningkat naik China, Liang Youcheng disahkan meninggal dunia pada 30 Januari lalu kerana komplikasi selepas dijangkiti virus influenza. Menghembuskan nafas terakhir pada usia 27 tahun, pemergiannya mengejutkan industri hiburan yang masih berduka dengan kematian aktres terkenal Taiwan, Barbie Hsu juga kerana komplikasi influenza. Menurut media di China, Youcheng pada mulanya menunjukkan gejala ringan dan didiagnos dengan selesema biasa. Keadaan kesihatannya bagaimanapun semakin teruk menyebabkan jangkitan pada saraf pusat. Meski mendapat rawatan kecemasan di hospital, Youcheng disahkan meninggal dunia pada hari kedua sambutan Tahun Baru Cina. Difahamkan, ketika menerima rawatan di hospital, tiada ahli keluarga bersamanya. Youcheng muncul dikenali dengan drama Echo Of Her Voice (2024) dan My Heart (2021), malah dia sedang membuat persiapan untuk memasuki set penggambaran siri terbaharu iaitu, It Girl In Tang Dynasty. Mesej terakhir Youcheng adalah kepada ibunya pada sambu...

‘Tak dinafikan, saya sukakan perhatian, baik atau buruk’ - Leona

Image
Sentiasa diihat berperwatakan gembira, pempengaruh sensasi Kasih Iris Leona secara terbuka mengakui memang ‘gilakan’ perhatian umum. Leona, 23, menyatakan tidak berasa malu dirinya sentiasa berada di bawah radar netizen bahkan menerima setiap respons sama ada baik mahupun buruk. “Saya tidak akan menafikan, saya suka perhatian. Bukan hanya di hadapan kamera tapi bila di luar pun sama. “Setiap restoran yang kami pergi, saya mahu orang tahu hari tersebut adalah hari jadi saya. Saya jenis yang tak segan langsung dan akan menawarkan diri untuk berada di atas pentas tanpa rasa malu. “Saya hanya mahu menjadi ‘centre of attention’ dan sangat menyukainya tidak kira baik atau buruk,” katanya dalam sebuah audio siar. Kongsinya lagi, fokus khalayak dapat memberikan kebaikan terhadap dirinya walaupun harus menelan kepahitan kesan negatif yang terpaksa ditanggung. “Sebenarnya, perhatian yang buruk tak memberi kesan pun kepada saya. “Sejujurnya, semua tumpuan itu memberi ganjaran dalam cara sendiri, ...

Apa Khabar Shiela Majid?

Image
Apa Khabar Shiela Majid? BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168488/ Status facefook dari Lim Sian See bertanyakan kembali apa yang pernah diperkatakan oleh Sheila Majid Selepas PRU14, Ringgit lagi murah (RM3.83 jatuh ke RM4.70), harga barang dan makanan lagi tinggi sehingga bekalan kadang-kadang terputus, pertumbuhan ekonomi lagi lemah (5.9% jatuh ke 2.9%) dan hutang negara hampir berganda (RM686.8b naik ke RM1.2 trilion) sejak 5 tahun itu.. What's your excuse now Sheila Majid? Perkongsian tersebut menerima banyal 'like' dan komen dari pengguna Facebook. Antara komen netizen: DIA dtg dari masa Depan gamaknya Artis acah2 bijak ekonomi.. Masa ni ramai artis² lagaknya mcm pakar ekonomi..ya pelik ramai pula tu yg percaya teori² dia org ni..huhu

Tamat kontrak tanpa sebab, Saifuddin disifatkan tidak ‘gentleman’

Image
Tamat kontrak tanpa sebab, Saifuddin disifatkan tidak ‘gentleman’ Selanjutnya di:  https://pakdin.my/155729 - Pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof dan Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri menyifatkan tindakan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menamatkan kontrak mereka di kementerian itu tanpa sebarang penjelasan sebagai tidak ‘gentleman’. Lebih menyedihkan, pemberhentian itu dibuat ketika Ahmad Idham dan keluarganya sedang dikuarantin kerana dijangkiti Covid-19. Menurut Ahmad Idham, surat penamatan itu diperolehnya pada Isnin lepas, iaitu pada 28 Februari dan tarikh surat itu berkuat kuasa pada 23 Februari, dengan penamatan 24 jam. “Dalam surat itu tidak dinyatakan sebarang alasan penamatan dan kami sendiri tidak tahu apa alasannya. Bagaimanapun, kami menghormati keputusan menteri terhadap penamatan ini dan selama ini kolaborasi kami bersama menteri juga adalah amat baik. “Cuma sedikit sedih sebab surat dibuat ketika saya kuarantin. YB menteri tahu satu keluarga saya kena Covid-19," ...

“Tak mungkin saya bercinta dengan dia” – Shuib akui tak sepadan dengan DSV

Image
  “Tak mungkin saya bercinta dengan dia” – Shuib akui tak sepadan dengan DSV [Sumber: https://pakdin.my/?p=153538 ] Sebelum ini timbul gosip kononnya jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) tidak menolak sekiranya ditakdirkan bercinta dengan pelawak dan usahawan, Shuib memandangkan ciri-ciri lelaki idamannya itu dimiliki pengasas BubbleBee ini. Bagaimanapun, lain pula ceritanya apabila Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37, mendedahkan bahawa DSV bukanlah gerangan wanita yang sedang dikenalinya sekarang ini. Mengakui selesa berkawan dan menjalinkan hubungan atas urusan perniagaan semata-mata, Shuib akui mengenali DSV sejak arwah Siti Sarah masih ada lagi. “Vida bukanlah individu yang sedang saya berkawan sekarang. Walaupun ramai yang cuba meneka dengan menamakan beberapa individu lain tapi identitinya biarlah rahsia sebab kami masih dalam peringkat perkenalan. “Sebenarnya saya dengan Vida sudah lama berkawan sejak arwah Siti Sarah masih ada lagi. Kami sama-sama berkolabo...

Drama ‘The Silent Sea’ Dapat Rating 100%

Image
  The Silent Sea [LINK:  https://pakdin.my/?p=153323 ] Sebuah drama Korea terbaru di Netflix berjudul The Silent Sea mungkin akan menjadi drama paling hebat di dalam aplikasi perkhidmatan penstriman itu apabila drama itu memenangi hati para pengkritik. Baru sahaja ditayangkan di Netflix selama lebih kurang dua minggu, drama itu sudah memperoleh skor 100% di laman web Rotten Tomatoes. Rotten Tomatoes merupakan laman web yang mengumpulkan ulasan filem dan drama daripada pengkritik yang menerbitkan ulasan mereka. Drama yang bertemakan sains fiksyen ini mula ditayangkan pada 24 Disember tahun lalu dan ia mengisahkan tentang misi 24 jam di bulan untuk mendapatkan air setelah bumi terputus bekalan air akibat penyakit misteri. Netflix menggambarkan rancangan itu sebagai kisah yang berlaku pada masa depan di mana bumi telah mengalami kemarau teruk. Angkasawan yang menjadi karakter utama cerita ini dihantar dalam misi khas ke bulan. Di sana, mereka telah ditugaskan untuk mendapatkan sa...