Pearly-Thinaah tak fikir isu kontrak

BEREGU wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah enggan mengulas lanjut mengenai status kontrak mereka bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM), sebaliknya mahu memberi tumpuan penuh kepada dua kejohanan penting dalam tempoh terdekat ini. Gandingan No. 4 dunia itu tidak mahu isu luar gelanggang mengganggu fokus mereka selepas terkandas di separuh akhir Malaysia Masters 2025 apabila tewas kepada pasangan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian 16-21, 21-15, 14–21 dalam pertarungan sengit selama satu jam 15 minit. “Kami tiada komen mengenai kontrak buat masa ini. Masih ada dua kejohanan penting dalam tempoh dua minggu ini dan kami mahu beri sepenuh perhatian kepada persiapan,” kata Pearly. Pearly-Thinaah dijadual beraksi dalam Terbuka Singapura bermula 28 Mei ini, sebelum Terbuka Indonesia pada 3 hingga 8 Jun. Di pusingan pertama Terbuka Singapura, mereka bakal menentang pasangan No. 32 dunia dari Hong Kong, Liu Lok Lok-Tsang Hiu Yan dan dijangka bertemu gandingan No. 11 dunia dari Jepun, Yuki...