Posts

Showing posts with the label Kesihatan Mental

1 Daripada 6 kanak-kanak alami masalah kesihatan mental: Media sosial jadi faktor utama

Image
Kajian tempatan mendedahkan 1 dalam 6 kanak-kanak mengalami isu kesihatan mental, dengan kadar ini meningkat dua kali ganda berbanding 2019. Menurut Laporan Teknikal Tinjauan Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2023 (Penyakit Tidak Berjangkit dan Keperluan Perubatan) , kanak-kanak di bandar menunjukkan kadar masalah kesihatan mental yang lebih tinggi berbanding di luar bandar. Kanak-kanak Perempuan Lebih Terkesan Kajian oleh Institut Kesihatan Awam (IKU) yang dikeluarkan pada 2024 menyenaraikan isu psikologi utama dalam kalangan kanak-kanak sebagai: Masalah hubungan dengan rakan sebaya Gangguan tingkah laku Gangguan emosi Data dikumpul melalui modul penilaian kesihatan mental yang diisi oleh ibu bapa/penjaga 2,400 kanak-kanak berumur 5-15 tahun. Dr. Hilwa Yusof, Pakar Psikologi Klinikal dan Pensyarah Kanan di Pusat Penyelidikan Psikologi & Kesejahteraan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia, menyatakan melalui Bernama: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemi COVID-19 mer...

Tahap kesihatan mental mahasiswa membimbangkan

Image
Tahap kesihatan mental mahasiswa membimbangkan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165083 Kesihatan mental merupakan isu penting dan semakin membimbangkan terutamanya dalam kalangan belia dan pelajar peringkat tertiari. Dianggarkan bahawa satu daripada empat pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terjejas oleh isu kesihatan mental seperti kemurungan, kebimbangan dan tekanan. Kemurungan adalah gangguan kesihatan mental yang dicirikan oleh perasaan sedih yang berterusan dan kehilangan minat dalam beraktiviti. Gejala kemurungan termasuk perubahan dalam corak tidur, kesukaran menumpukan perhatian, merasakan harga diri yang rendah, hilang selera makan, keletihan dan pemikiran untuk membunuh diri. Rawatan untuk kemurungan biasanya melibatkan psikoterapi, ubat antidepresan, atau gabungan kedua-duanya. Kebimbangan juga adalah isu kesihatan mental yang biasa dalam kalangan golongan ini. Ia boleh nyata dalam pelbagai bentuk, seperti kebimbangan sosial, kebimbangan menghadapi ujian dan kebimb...