Posts

Showing posts with the label Istana Negara

Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara

Image
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan. Mengiringi bersama Seri Paduka Baginda, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim. Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan. “Seluruh rakyat diminta mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan,” menurut kenyataan itu.

Pembubaran Parlimen mungkin seawal esok - Sumber

Image
Pembubaran Parlimen mungkin seawal esok - Sumber BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160931/ Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, tengah hari tadi. Memetik laporan New Straits Times (NST), kunjungan Perdana Menteri itu bagaimanapun tidak dihidu media yang biasanya berkumpul di luar pintu utama istana. Ini kerana rata-rata media membuat liputan sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) sejak pagi tadi. Diifahamkan, Perdana Menteri menghadap untuk mendapat perkenan Seri Paduka Baginda berhubung pembubaran Parlimen. "Pembubaran Parlimen mungkin seawal esok," kata sumber. Difahamkan, Perdana Menteri akan menghantar Yang di-Pertuan Agong untuk lawatan khas ke United Kingdom yang bermula esok hingga 16 Oktober. Lawatan khas baginda dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria...