Posts

Showing posts with the label Barisan Nasional

BN Namakan Setiausaha UMNO Bahagian Sebagai Calon di PRK Ayer Kuning

Image
 Barisan Nasional (BN) telah menamakan Dr. Ustaz Yusri Bakir, Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.48 Ayer Kuning di Perak. Dr. Yusri, yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah dalam Pendidikan Islam dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), merupakan Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral di IPG Ipoh. Selain penglibatan aktif dalam bidang pendidikan, beliau juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Tapah, mencerminkan komitmennya dalam memperjuangkan pendidikan masyarakat setempat. Pemilihan beliau menunjukkan kesungguhan BN dalam mengetengahkan calon berkelayakan akademik dan berpengalaman luas dalam kerja sosial serta politik tempatan. PRK N.48 Ayer Kuning dijangka menjadi tumpuan penting dalam landskap politik negeri Perak. https://t.co/QOujiBJWQ0 Barisan Nasional (BN) telah menamakan Dr. Ustaz Yusri Bakir, Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.48 Ayer Kuning di Per...

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Image
 Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan kepada Kerajaan Madani seperti tersebar di media sosial adalah tidak benar serta berniat mahu merosakkan perpaduan dalam kalangan ahli Barisan Nasional (BN). Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, dakwaan itu juga adalah sekadar “mainan” dalam kalangan mereka yang mempunyai kepentingan tertentu. “Sekiranya berlaku saya sebagai Setiausaha Agung BN sudah pun mengetahui. Jadi jangan kita dengarlah ini, cuma saya fikir ini adalah ‘mainan-mainan’ mereka yang mempunyai kepentingan tertentu. ” (Mereka)… ini dalam usaha mereka untuk merungkaikan perpaduan dan ketahanan yang ada dalam kalangan ahli-ahli parlimen BN yang sekarang ini begitu baik dan mantap bersama di dalam kerajaan (Madani) ini,” katanya kepada pemberita selepas ditemui sempena Program Karisma Pemikir Madani Siri 5, di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), di sini, hari ini. Dakwaan mengenai 14 Ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan terhadap kepi...

PRK DUN Ayer Kuning: BN Tapah guna pendekatan berbeza santuni pengundi

Image
  Barisan Nasional (BN) Tapah akan menggunakan pendekatan berbeza dalam menyantuni pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini. Naib Pengerusi BN Tapah Datuk Seri M. Saravanan yang juga Timbalan Presiden MIC berkata jentera BN Tapah akan menjalankan kempen mengikut acuan ‘tempatan’ bagi memastikan kemenangan calon yang dipilih mewakili gabungan berkenaan. “Jentera di peringkat bahagian amat memahami kehendak dan permasalahan yang berlaku di Tapah, malah pendekatan unik ini berjaya membantu BN mempunyai wakil rakyat daripada pelbagai kaum di sini,” katanya pada sidang media di sini hari ini. Sementara itu, Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah yakin BN mampu mengekalkan kerusi DUN Ayer Kuning pada PRK berkenaan. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April. PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematia...

PRK DUN Ayer Kuning: Calon BN disenarai dendek - Ahmad Zahid

Image
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata calon berkenaan adalah daripada enam senarai nama yang dikemukakan oleh bahagian dan perhubungan negeri melibatkan ahli UMNO Bahagian Tapah. "Saya mengharapkan calon ini memenuhi kriteria penduduk-penduduk dan pengundi di Ayer Kuning dan Tapah amnya supaya kita dapat mengulangi, insya-Allah, kejayaan di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Ihya' Ramadan Al-Mubarak Tahun 1446 Hijrah/2026 Masihi di sini hari ini. Ditanya berhubung koordinasi gerak kerja antara BN dan Pakatan Harapan untuk PRK itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata kepimpinan BN-PH termasuk parti komponen mempunyai persefahaman. "Datuk Seri M Saravanan dan pemimpin MCA negeri telah menghubungi sa...

Hari mengundi PRK Ayer Kuning 26 April depan

Image
 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 26 April depan bagi hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak. Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon pula pada 12 April, manakala hari pengundian awal ditetapkan pada 22 April depan. “Sejumlah 31,897 pemilih terlibat membabitkan peruntukan kos kira-kira sebanyak RM2.5 juta,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK berkenaan di sini hari ini. Ini adalah PRK ke-11 selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) iaitu PRK Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu; PRK DUN Simpang Jeram, Johor; PRK Parlimen Pulai, Johor; PRK DUN Pelangai, Pahang; PRK DUN Jepak, Sarawak; PRK Parlimen Kemaman, Terengganu dan PRK DUN Kuala Kubu Baharu, PRK Sungai Bakap, PRK DUN Neggiri dan DUN Mahkota. PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian wakil rakyat kawasan itu, Allahyarham Ishsam Shahrudddin, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah susulan serangan ...

PRK Dun Ayer Kuning: PH berperanan sebagai pendukung, pastikan kemenangan BN - Saifuddin

Image
Pakatan Harapan (PH) Perak akan memainkan peranan sebagai pendukung kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning nanti, kata Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni di sini hari ini, Saifuddin Nasution berkata langkah itu bagi memastikan BN mengekalkan kemenangan di kerusi berkenaan yang sebelum ini disandang Allahyarham Ishsam Shahruddin. “Keputusan untuk menjadi pendukung dibuat berdasarkan prinsip penyandang, dan ini adalah persetujuan yang dicapai dalam kerangka Kerajaan Perpaduan,” katanya. Beliau berkata PH Perak akan memulakan gerak kerja setelah mendapat arahan daripada Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memulakan persiapan mengatur gerak kerja mengikut prosedur operasi standard (SOP). “Kita akan aktifkan jentera kita di peringkat pusat dan di peringkat negeri, kemudian kami akan tentukan keper...

PRK DUN Ayer Kuning: 6 calon UMNO Tapah masih dalam senarai

Image
TAPAH – Enam nama di peringkat kepimpinan UMNO Bahagian Tapah yang telah diangkat untuk dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning masih dalam senarai untuk dimuktamadkan. Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad secara ringkas memaklumkan tiada di antara keenam-enam calon tersebut telah menarik diri. “Setakat ini belum, insya-Allah,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Perak di Bangunan UMNO Tapah di sini hari ini. Terdahulu, Saarani memaklumkan lapan nama peringkat kepimpinan UMNO Bahagian Tapah telah diangkat untuk dipilih calon BN dalam PRK DUN Ayer Kuning, namun jumlah itu tinggal enam pilihan kerana dua telah menarik diri. Katanya, lapan pilihan itu ialah Pemangku Ketua Bahagian yang juga Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Setiausaha Bahagian, Bendahari Bahagian, Ketua Penerangan Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri di Bahagian tersebut. PRK DUN Aye...

PRK DUN Ayer Kuning: Lipat ganda usaha menangkan calon BN - Saarani

Image
Setiap parti komponen Barisan Nasional (BN), Friends of BN dan Pakatan Harapan (PH) diminta melipatgandakan usaha dalam memberikan kemenangan kepada BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning akan datang. Pengerusi BN Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata semua parti komponen juga diminta memberi tumpuan di kawasan masing-masing agar mudah meraih sokongan daripada pengundi. "Hari ini saya bermesyuarat dengan pemimpin parti daripada Friends of BN yang kita ketahui mempunyai pengaruh besar ahli dan penyokong sendiri selain MCA dan MIC. "Esok kita akan berjumpa dengan pemimpin daripada komponen PH dan sekiranya kesemua parti mampu menarik sokongan penyokong mereka, maka saya cukup yakin BN akan menang besar," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa BN Tapah di sini hari ini. Turut hadir Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Saarani berkata setakat ini gerak kerja BN dan PH atas nama Kerajaan Perpaduan berjalan ...

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid

Image
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang bagi memastikan lebih banyak pembangunan dan kemajuan dapat dilaksanakan di negeri itu, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi BN berkata untuk menjadi parti dominan UMNO dan BN perlu memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya negeri ke-17 berbanding PRN sebelum ini. "Sebagai orang nombor dua di Putrajaya, saya akan tetap bisik kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sila bawa kemajuan lebih banyak ke Sabah ini, itu sebab saya sebagai Menteri di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Sabah menerima peruntukan terbesar daripada KKDW. "Sebelum kita menghadapi pilihan raya (pun) saya telah melakukan yang terbaik untuk Sabah apalagi kalau kita menjadi dominan," katanya ketika berucap menyampaikan amanat pada Majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO Sabah ke-34 di sini har...

PRK DUN Ayer Kuning: UMNO Perak optimis, namun tidak pandang mudah pihak lawan

Image
UMNO Perak tidak memandang mudah keupayaan mana-mana pihak lawan, namun akan memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning terus kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN). Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata tumpuan akan terarah untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi baharu di kawasan DUN berkenaan. “Di atas kertas sepatutnya ia beri kemenangan besar kepada calon Kerajaan MADANI. Ini kerana jika kita ambil perkiraan mudah, pada pilihan raya lepas, BN memperoleh lebih 9,000 undi manakala PH (Pakatan Harapan) sekitar 6,000 undi. “Jika ditambah, bermakna kita ada 15,000 undi melalui kedua-dua gabungan. Namun, kita tak boleh pandang mudah sebab perkara seumpama ini sifatnya dinamik. Usaha perlu diteruskan untuk berjumpa dan menemui pengundi terutama pengundi baharu,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2025 di Stadium Indera Mulia di ...

Warisan nafi wujud persefahaman bahagi kerusi dengan BN - Darell Leiking

Image
Parti Warisan (Warisan) hari ini menafikan wujudnya persefahaman parti itu dengan Barisan Nasional (BN) Sabah melibatkan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi kedua-dua parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang. Timbalan Presidennya Datuk Darell Leiking berkata dakwaan sebuah portal berita mengenai persefahaman antara Warisan dan BN Sabah itu hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.  “Saya telah menerima banyak panggilan serta pesanan Whatsapp daripada wartawan, ahli Warisan dan orang awam yang bertanyakan adakah ia benar bahawa satu persefahaman pilihan raya antara Warisan dan BN Sabah telah dibuat. “Untuk pengetahuan semua, saya mengesahkan di sini bahawa tidak ada sebarang persefahaman pilihan raya dibuat antara Warisan dan BN Sabah termasuk dengan mana-mana parti politik yang lain,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. Cadangan atau pendapat tentang persefahaman pilihan raya antara Warisan dan parti-parti politik yang lain ...

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan

Image
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) akan terus mara sebagai gabungan yang kukuh, relevan dan sentiasa mendahulukan rakyat serta negara. Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Pengerusi BN itu berkata beliau percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan. "Dalam 25 bulan yang lalu, Barisan Nasional bukan sekadar memainkan peranan penting dalam Kerajaan Perpaduan, tetapi menjadi tunjang kestabilan. "Namun, kejayaan semalam bukan jaminan esok yang lebih sempurna. Cabaran sebenar adalah bagaimana kita terus melangkah, memberikan nikmat buat rakyat dalam bulan-bulan yang mendatang," katanya. Dalam hantaran sama, Ahmad Zahid turut berkongsi mengenai sesi pramajlis bersama ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri BN bersempena pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen ke-15 semalam. Beliau berkata sesi itu antara lain...

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid

Image
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen. Timbalan Perdana Menteri menyifatkan cadangan individu tertentu itu sebagai ‘bermimpi di siang hari’. “Kita tidak pernah terpengaruh dengan mana-mana desakan untuk menyingkirkan mana-mana parti komponen dalam BN. “...tidak pernah dibincangkan (mengeluarkan MCA dari BN) cadangan itu hanyalah desakan daripada orang yang ‘bermimpi di siang hari’,” kata Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Inap Desa di Bangunan Parlimen, di sini hari ini. BN dianggotai UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Media baru-baru ini melaporkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendedahkan terdapat ‘orang luar’ yang mencadangkan agar UMNO menyingkirkan MCA daripada BN.

UMNO dan BN akan terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16 - Ahmad Zahid

Image
  Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberikan jaminan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai parti komponen, akan terus memberi komitmen sepenuhnya bersama Kerajaan Perpaduan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Beliau berkata Kerajaan Perpaduan juga berpeluang untuk terus mengekalkan kemenangan pada PRU16 itu, jika aspek kesetiaan pada parti dan usaha menyatuni rakyat terus diberikan keutamaan. “Saya ingin respons apa dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat, pertanyaan wartawan kepadanya ketika itu, adakah Kerajaan Perpaduan boleh survive jika pilihan raya dilakukan dalam waktu terdekat, beliau yakin boleh survive. “Dalam keadaan itu saya ingin menyatakan bahawa kerjasama UMNO dan BN dengan Kerajaan Perpaduan (akan berterusan) sehingga PRU16,” katanya selepas majlis Konvensyen BN Negeri Sembilan 2024 di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata demiki...
Image
PRK Kemaman: Raja Mohamed Affandi lega penerimaan baik pengundi BACA di: https://pakdin.my/173724 Bertanding buat kali pertama, calon Barisan Nasional (BN) Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor lega usaha bertemu pengundi tanpa lelah sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, yang memasuki hari keempat hari ini, menampakkan hasil positif. Dengan niat menabur jasa kepada kampung halamannya, bekas Panglima Angkatan Tentera itu berkata sebaik selesai penamaan calon Sabtu lepas, beliau telah mendekati pelbagai kelompok pengundi dari waktu subuh hingga ke tengah malam dan kesemua mereka menurutnya memberikan maklum balas baik. “Kita pergi banyak tempat dah, termasuk hari ini kawasan Geliga, Kuala Kemaman dan Paya Berenjut dan ada yang menangis gembira berjumpa saya, jadi mudah-mudahan kita dapat memaksimumkan liputan (perjumpaan dengan penduduk) di sini. “Semua nampaknya setuju dengan calon nombor satu, jadi saya rasa parameter semakin baik. Harapan saya mome...

🎦 PRK Kemaman: Calon BN mahu rampas semula kerusi

Image
RAJA Mohamed Affandi beramah mesra bersama penyokong BN di Pusat Penamaan Calon PRK Parlimen Kemaman. 🎦 PRK Kemaman: Calon BN mahu rampas semula kerusi BACA di: https://pakdin.my/173696 KEMAMAN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyifatkan PRK ini sebagai medan perang untuk beliau merampas kembali kubu kuat BN itu. Bekas Panglima Angkatan Tentera itu berkata, beliau akan menggunakan pengalaman yang ada untuk mengatur strategi terbaik bagi menabur bakti kepada rakyat di kawasan itu, sekali gus mengalirkan semula "warna biru" di Kemaman. "Setiap langkah yang saya ambil hari ini adalah untuk memberi balik apa yang saya peroleh dan dapat daripada Kemaman selama ini dan saya masuk tadi ibaratkan satu medan untuk saya perang balik dalam bentuk yang lain. "Dengan medan yang baik ini kita mengurus dengan baik, tidak mustahil kita akan alirkan warna biru di Kemaman," katanya kepada media se...

BN menang di Pelangai dengan majoriti 2,949 undi

Image
BN menang di Pelangai dengan majoriti 2,949 undi BACA di: https://pakdin.my/168795/ Datuk Amizar Abu Adam dari parti Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.36 Pelangai, Pahang dengan majoriti sebanyak 2,949 undi. Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh mengesahkan kemenangan Amizar dalam pertembungan tiga penjuru. Amizar memperoleh 7,324 undi, sekali gus menewaskan Perikatan Nasional (PN) diwakili Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli, 47 undi. "Manakala, peratus keluar mengundi adalah sebanyak 72.12 peratus," menurut kenyataan. Dalam pada itu, Pegawai Pengurus PRK Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail menyifatkan proses pilihan raya sepanjang dua minggu berjalan lancar tanpa sebarang isu besar. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua petugas terlibat dan parti bertanding atas kerjasama diberikan sepanjang tempoh tersebut. Penghargaan juga ditujukan k...

[VIDEO] Kejayaan PH/BN pada di Pulai dan Simpang Jeram penunjuk positif dalam usaha meraih kemenangan di PRK Pelangai

Image
[VIDEO] Kejayaan PH/BN pada di Pulai dan Simpang Jeram penunjuk positif dalam usaha meraih kemenangan di PRK Pelangai BACA seterusnya di: pakdin.my/167395 - Kejayaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional pada di Pulai dan Simpang Jeram menjadi penunjuk positif dalam usaha gabungan itu meraih kemenangan di PRK Pelangai, 7 Oktober ini. Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata kejayaan mempertahankan kerusi di Johor itu hasil kerjasama jentera PH-BN dan menjadi pembakar semangat untuk mempertahankan kerusi DUN Pelangai. Menurut beliau, Jelas jentera UMNO Barisan Nasional memberikan sokongan penuh kepada jentera PH di Pulai dan di Simpang Jeram. Anthony Loke mengakui jentera UMNO dan Barisan memang bertungkus lumus, berkempen bersungguh sungguh yang diketuai oleh Datuk Seri Khaled Nordin dan juga Datuk Onn Hafiz, Menteri besar Johor, yang nampak kesungguhan mereka dan jentera UMNO  Johor untuk memenangkan calon PH. "Kita jelas sekali bahawa itu adalah satu formula kejayaan dan sudah ...

PRK Pulai & Simpang Jeram: Jangan terjebak kempen 'tidak keluar mengundi' - Ahmad Zahid

Image
PRK Pulai & Simpang Jeram: Jangan terjebak kempen 'tidak keluar mengundi' - Ahmad Zahid BACA seterusnya di: pakdin.my/167138 - Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pengundi UMNO bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan PRK Simpang Jeram supaya tidak terjebak dengan kempen 'tidak keluar mengundi' pada 9 September ini. Pengundi juga diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan propaganda pihak pembangkang yang memainkan isu 3R iaitu kaum, agama dan institusi diraja. "Dari segi kebolehmenangan, tentunya kita harap pengundi UMNO yang kita kenali sebagai pegundi putih, (supaya) jangan terjebak dengan kempen termasuk penghuluran yang dipanggil sebagai 'sedekah' untuk tidak keluar mengundi. "Mari kita sama-sama untuk keluar mengundi, kita ketepikan perbezaan parti yang terdapat dalam Kerajaan Perpaduan," katanya ketika ditemui media dalam Program Sentuhan Kasih Desa@Simpang Jeram Min...

BN adalah satu institusi. Kenapa segalanya diletakkan di bahu Pengerusi - Azalina

Image
BN adalah satu institusi. Kenapa segalanya diletakkan di bahu Pengerusi - Azalina BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166766 1. Tahniah diucapkan kepada Presiden UMNO/Pengerusi Barisan Nasional serta kepimpinan BN atas kejayaan wakil rakyat BN dilantik menjadi Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) di tiga negeri, terutama di Pulau Pinang dan Selangor; di mana Barisan Nasional sebelum ini berada di blok pembangkang sejak 2008.  2. Ujian pertama telah selesai dan sekarang, kita melangkah masuk ujian kedua iaitu bekerjasama dalam pentadbiran negeri di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.  3. Sebagai Ketua Penerangan UMNO, saya membaca dengan teliti semua pandangan-pandangan serta teguran-teguran yang dilontarkan semua pihak, tak kira dari dalam parti mahupun luar parti, kerana kita tahu, sebagai parti yang ditubuhkan sejak 1946, ini satu manifestasi bahawa ramai yang sayang pada parti ini.  4. Inilah amalan demokrasi dalam parti di mana setiap ahli boleh beri pandan...