Posts

Showing posts with the label KTMB

KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara

Image
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara bagi memenuhi permintaan orang ramai untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri.  KTMB menerusi kenyataan memaklumkan sejumlah 1,920 tiket bagi empat perkhidmatan akan dijual bermula 8 pagi esok melibatkan laluan KL Sentral hingga Padang Besar, Perlis dengan tambang sehala pada RM70 dengan pilihan koc tempat duduk  superior . “Perkhidmatan tren khas ini disediakan sebagai alternatif pengangkutan sempena Aidilfitri bagi memudahkan orang ramai pulang ke kampung atau bercuti. Ini memberikan pilihan perjalanan yang lebih selesa dan lancar berbanding jalan darat, yang lazimnya mengalami kesesakan tinggi pada musim perayaan. “KTMB kekal komited dalam menyediakan perkhidmatan kereta api yang bukan sahaja selamat, tetapi selesa, khususnya untuk warga emas dan kanak-kanak bagi perjalanan jarak jauh,” menurut kenyataan itu.  Tren dari KL Sentral dij...

Perkhidmatan ETS dari stesen Segamat bermula - Jadual perjalanan

Image
Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) mencatatkan satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperluaskan rangkaian rel negara dengan memulakan perjalanan sulung dari Stesen Segamat ke Padang Besar tepat 7.55 pagi tadi. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, perjalanan dari Stesen Butterworth ke Stesen Segamat juga berlepas pada 7.50 pagi dan dijangka tiba 2.57 petang dengan perkhidmatan yang dilanjutkan itu merangkumi laluan sedia ada dari Butterworth-Gemas-Butterworth serta Padang Besar-Gemas-Padang Besar. "Kami amat berbesar hati memperkenalkan perkhidmatan ETS ke Segamat, yang akan memberikan kemudahan perjalanan rel moden dan lancar kepada lebih ramai rakyat Malaysia. Lanjutan perkhidmatan ini mencerminkan komitmen kami dalam meningkatkan pengangkutan awam serta menyediakan pilihan perjalanan yang lebih lestari. "Laluan baharu ini juga dijangka merancakkan aktiviti ekonomi di Segamat dengan meningkatkan kes...

🎦 Kren tumbang: Kerja pemulihan giat dilaksanakan di landasan Stesen Rawang - KTMB

Image
🎦 Kren tumbang: Kerja pemulihan giat dilaksanakan di landasan Stesen Rawang - KTMB BACA seterusnya: https://pakdin.my/174209 RAWANG: Kerja-kerja pemulihan di landasan stesen kereta api Rawang yang terjejas susulan kejadian sebuah kren untuk pembinaan projek parkir bertingkat tumbang petang semalam, sedang giat dijalankan dan dijangka siap dalam tempoh 24 jam. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin berkata kerja-kerja pembaikan itu melibatkan pemasangan semula kabel yang terputus, penggantian komponen rosak dan proses pengujian bekalan elektrik kepada alat talian atas. "Berikutan insiden ini, kedua-dua landasan tidak selamat untuk beroperasi dan nilai untuk membaiki kerosakan pada alat talian atas masih sedang dinilai sehingga kerja-kerja baik pulih diselesaikan," katanya pada sidang media di lokasi kejadian hari ini. Mohd Rani berkata kejadian kren tumbang itu berlaku pada 5.33 petang di landasan kereta api Kilome...

Kereta api enjin stim konsep tradisional mula operasi Januari 2024

Image
Kereta api enjin stim konsep tradisional mula operasi Januari 2024 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/16399 3 Kereta api enjin stim dengan hiasan dalaman koc penumpang berkonsep tradisional akan mula beroperasi pada Januari tahun depan, kata Ketua Pegawai Korporat Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Mohamed Suhaimi Yaacob. Beliau berkata inisiatif Tourism Heritage Steam Locomotive Train, yang merupakan kerjasama antara KTMB dan Great Leisure Sdn Bhd itu bertujuan menarik minat pelancong tempatan dan luar negara untuk menikmati keindahan alam di sepanjang laluan kereta api. "Ia bakal menjanjikan pengalaman unik kepada penumpang untuk menikmati keindahan lokasi tarikan pelancongan yang menarik di sepanjang laluan kereta api, khususnya di laluan hutan iaitu dari Gemas, Negeri Sembilan hingga ke Tumpat, Kelantan," katanya. Bercakap dalam sidang media selepas majlis menandatangani Perjanjian Perkhidmatan Kereta Api antara KTMB dan Great Leisure bagi kerjasama itu di sini hari ini,...