Posts

Showing posts with the label Port Dickson

[VIDEO] Peniaga petai tular dapat ganti rugi

Image
  PORT DICKSON: Peniaga petai yang tular membuang jualannya di atas jalan selepas didakwa tidak dibenarkan berniaga oleh penguat kuasa, telah menerima ganti rugi susulan kerugian ditanggungnya. Ganti rugi tersebut adalah sumbangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Ahli Parlimen Port Dickson disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr. G. Rajasekaran kepada peniaga petai itu, Mohd. Noor Saad. Menerusi hantaran Facebook Dr. Rajasekaran, pihaknya telah mengadakan lawatan ke rumah Mohd. Noor bagi menyelesaikan perkara itu secara baik. “YB menyampaikan sedikit sumbangan mewakili Datuk Seri Aminuddin bagi mengganti rugi petai yang tidak dapat jual pada hari ini. “Hasil perbincangan, pihak MPPD ( Majlis Perbandaran Port Dickson) bersetuju untuk mengeluarkan lesen sementara kepada Pak Cik Noor bagi membolehkannya menjalankan perniagaan secara sah,” menurut hantaran itu hari ini. Semasa lawatan ke rumah Mohd. Noor, ia turut d...

[Video] Rompakan di Lukut seperti aksi dalam filem

Image
[Video] Rompakan di Lukut seperti aksi dalam filem [Sumber: https://pakdin.my/?p=154871 ] PORT DICKSON: Seperti dalam filem. Itu aksi kes rompakan barangan kemas oleh sekumpulan perompak sebelum kenderaan dinaiki mereka terbabas dan kemudian terbalik ketika dikejar mangsa. Namun semua suspek berjaya melarikan diri dengan kenderaan lain milik rakan mereka. Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Lukut, dekat sini, kira-kira jam 10.15 pagi tadi, suspek melarikan tiga beg berisi barang kemas, sebuah telefon bimbit, wang tunai dan dokumen peribadi milik mangsa sebelum melarikan diri. "Mangsa berusia 50 tahun yang juga pemilik kedai emas di bandar Port Dickson, menaiki kereta Toyota Camry mendakwa, semasa berhenti di stesen minyak Shell menghala Lukut, dia diserang sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang dan menaiki dua kenderaan. "Suspek dikatakan menghalang kereta mangsa dari arah hadapan dan belakan...