Posts

Showing posts with the label Negeri Sembilan

[VIDEO] Harimau kumbang serang pemandu lori di Bukit Tangga

Image
JELEBU - Seekor harimau kumbang dilihat menyerang seorang pemandu lori yang berhenti dekat Bukit Tangga di sini pada Khamis. Insiden itu dirakam oleh kamera papan pemuka sebuah kenderaan yang tular di media sosial. Menerusi video berdurasi 16 saat itu, harimau tersebut dilihat menerkam seorang lelaki dipercayai pemandu lori yang berhenti di situ. Kemungkinan terkejut melihat ada kenderaan lain yang lalu di situ, haiwan berkenaan kemudiannya berlari ke seberang jalan. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dari mana haiwan itu muncul dan keadaan lelaki berkenaan. Selepas kejadian terbabit, lelaki itu yang terjatuh akibat diterkam dilihat bangun. Kehadiran haiwan tersebut di situ bukanlah pertama kali kerana dua tahun lalu, media pernah melaporkan bahawa haiwan itu ditemui mati selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV). Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, pihaknya masih belu...

[VIDEO] Peniaga petai tular dapat ganti rugi

Image
  PORT DICKSON: Peniaga petai yang tular membuang jualannya di atas jalan selepas didakwa tidak dibenarkan berniaga oleh penguat kuasa, telah menerima ganti rugi susulan kerugian ditanggungnya. Ganti rugi tersebut adalah sumbangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang juga Ahli Parlimen Port Dickson disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr. G. Rajasekaran kepada peniaga petai itu, Mohd. Noor Saad. Menerusi hantaran Facebook Dr. Rajasekaran, pihaknya telah mengadakan lawatan ke rumah Mohd. Noor bagi menyelesaikan perkara itu secara baik. “YB menyampaikan sedikit sumbangan mewakili Datuk Seri Aminuddin bagi mengganti rugi petai yang tidak dapat jual pada hari ini. “Hasil perbincangan, pihak MPPD ( Majlis Perbandaran Port Dickson) bersetuju untuk mengeluarkan lesen sementara kepada Pak Cik Noor bagi membolehkannya menjalankan perniagaan secara sah,” menurut hantaran itu hari ini. Semasa lawatan ke rumah Mohd. Noor, ia turut d...

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM

Image
Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan situasi penyakit kusta di Kuala Pilah terkawal dan pesakit tidak perlu lagi diasingkan kerana terdapat rawatan yang berkesan. KKM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan justeru, orang ramai diminta supaya memberi kerjasama kepada pasukan kesihatan semasa aktiviti pengesanan kes dijalankan. “Aktiviti pengesanan kes dan kontak serta langkah pencegahan dan kawalan jangkitan masih diteruskan. Mana-mana individu yang mempunyai gejala seperti penyakit kusta perlu mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran,” menurut kenyataan itu hari ini. Menurut KKM, setakat 19 Feb, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Negeri Sembilan telah menjalankan saringan ke atas 368 daripada 460 penduduk sebagai langkah mempergiat pengesanan kes kusta di Kampung Chergun dan Kampung Guntur, Kuala Pilah. Langkah terbabit adalah sebahagian daripada usaha mencari dan mengesan kes secara bersasar di lapangan sejak Julai 2024 dan sehingga kini sembilan kes disahkan kusta de...

Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin

Image
Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan. Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata Jabatan Kesihatan negeri mengesan penularan jangkitan itu pada 2 Jan, melibatkan lima penduduk Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan bakinya dari KOA Guntur. Bercakap kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini hari ini beliau berkata sebagai langkah berjaga-jaga, Pejabat Kesihatan Daerah melaksanakan kuarantin di kampung berkenaan, termasuk menutup pusat reakreasi Jeram Tengkek bagi mengelakkan penularan jangkitan. Sementara itu Exco Kanan kerajaan Negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias ketika ditemui berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan saringan terhadap kira-kira 65 peratus penduduk dua kampung berkenaan pada 22 Jan. Beliau berkata bekalan makanan dan keperluan penduduk di dua kampung itu akan ...

Imigresen gempur 19 premis, 80 PATI ditahan

Image
Imigresen gempur 19 premis, 80 PATI ditahan https://pakdin.my/174823/ - Imigresen memeriksa 161 individu membabitkan antaranya warga Bangladesh, Indonesia dan Thailand. - Yang ditahan membabitkan 15 lelaki warga Bangladesh dan 31 lelaki serta 19 perempuan warga Indonesia. - PATI telah dihantar ke Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut. SEREMBAN – Seramai 80 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan selepas Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan mengempur 19 premis menempatkan warga asing di sekitar Seremban, Nilai dan Port Dickson. Dalam operasi tiga hari bermula 2 Januari itu, 17 pegawai dan anggota Imigresen memeriksa 161 individu membabitkan antaranya warga Bangladesh, Indonesia dan Thailand. Pengarahnya, Kennith Tan Ai Kiang berkata, kesemua yang ditahan membabitkan 15 lelaki warga Bangladesh dan 31 lelaki serta 19 perempuan warga Indonesia. Menurutnya, seorang perempuan warga Sri Lanka, dua lelaki dewasa warga India, sembilan lelaki dan seorang perempuan dewasa warga Myan...

Caj lebih RM1 dikenakan jika tidak mahu tauge dalam makanan

Image
Caj lebih RM1 dikenakan jika tidak mahu tauge dalam makanan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168531/ SINGAPURA – Sebuah kedai menampal notis menyatakan pelangganya akan dikenakan caj SG$0.50 (RM1.72) jika meminta tauge tidak dimasukkan ke dalam makanan mereka, lapor akhbar The New Paper semalam. Seorang pengguna, Steven Wong memberitahu portal berita asiaone bahawa dia melihat notis tersebut di sebuah gerai itu di Pusat Beli-belah Fajar. Ia menyatakan: “Makanan laut tambahan pada harga SG$2 (RM6.88), telur tambahan untuk SG$1 (RM3.44) dan tauge tambahan sebanyak 50 sen”. Bagaimanapun, apa yang menonjol adalah entri terakhir menunjukkan caj tambahan 50 sen dikenakan jika pelanggan meminta tiada tauge dalam makanan mereka. Gerai tersebut menjual char kuetiau goreng, kek lobak merah dan telur dadar tiram. “Ini tidak masuk akal,” katanya,  Wong berkata, dia tidak akan mengunjungi kedai itu tetapi menegaskan bahawa hampir setiap premis makanan di pusat penjaja tersebut tidak akan m...

Olek Godang pertama kali dianjurkan, tarik 10,00 pengunjung

Image
Olek Godang pertama kali dianjurkan, tarik 10,00 pengunjung BACA seterusnya di: https://pakdin.my/168526 SERI MENANTI - Festival Merakyatkan Seni Budaya Olek Godang dianjurkan julung kalinya berjaya menerima hampir 10,000 pengunjung menerusi dua hari penganjurannya.  Menurut Exco Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan Nicole Tan Lee Koon, Seni Budaya Olek Godang membawa maksud kenduri besar berjaya mempamerkan kelestarian seni, budaya dan warisan Negeri Sembilan kepada orang ramai. "Program ini bagus bagi merakyatkan seni budaya kepada masyarakat. Dalam adat perpatih bunga 'lado' merupakan bunga rasmi dalam arkitek seni. Ia begitu unik. "Progam seperti ini juga amat bagus bagi mendedahkan orang orang muda dan memperkenal seni dan budaya Negeri Sembilan kepada mereka supaya ia tidak dilupakan," katanya kepada pemberita dalam Festival Merakyatkan Seni Budaya Olek Godang Seni Budaya di Ladang Alam Warisan Seri Menanti, Kuala Pilah. Pelbagai aktiviti pam...

🎦 Dua kenderaan jatuh di lereng bukit, pemandu kereta rentung

Image
🎦 Dua kenderaan jatuh di lereng bukit, pemandu kereta rentung https://pakdin.my/168378/ JELEBU – Seorang maut, manakala seorang lagi parah apabila dua buah kenderaan termasuk lori jatuh ke lereng bukit kira-kira enam meter dalam kejadian di Bukit Tangga, berhampiran Jeram Toi, di sini, pagi tadi 26 September 2023. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pasukan bomba mendapat maklumat kejadian kira-kira pukul 9.26 pagi tadi membabitkan kemalangan sebuah kereta jenis Proton Persona dan sebuah lori. Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, lori tersebut dalam perjalanan dari Seremban menghala ke Jelebu telah hilang kawalan lalu terbabas semasa menuruni bukit berhampiran Jeram Toi. “Lori berkenaan kemudiannya melanggar sebuah kereta menyebabkan kedua-dua kenderaan tersebut jatuh ke lereng bukit dengan ketinggian kira-kira 20 kaki (enam meter). Akibat perlanggaran tersebut, kereta terbakar 100 peratus. “Pemandu lori mengalami kecederaan parah di bahag...

PRN: Hari mengundi bagi 6 negeri ditetapkan pada 12 Ogos

Image
PRN: Hari mengundi bagi 6 negeri ditetapkan pada 12 Ogos BACA seterusnya: https://pakdin.my/166332 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos 2023 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri serentak di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, dan Terengganu. Tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 29 Julai manakala bagi pengundian awal, ialah pada 8 Ogos . Terdahulu, mesyuarat khas menetapkan tarikh penting itu berlangsung di Menara SPR di sini, dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh. Ketika mengumumkan tarikh-tarikh penting itu beliau berkata seramai lebih 9.7 juta pengundi yang layak akan menjalankan tanggungjawab pada PRN di enam negeri berkenaan. “Sehubungan itu SPR memutuskan satu PRN ke-15 hendaklah diadakan bagi mengisi dewan berikut: 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, 45 DUN Kelantan, 32 DUN Terengganu, 40 DUN Pulau Pinang, 56 DUN Selangor dan 36 DUN Negeri Sembilan.“ Bagi maksud menjalankan PRN, SPR te...

PRN: Mohd Isam umum tidak pertahan kerusi DUN Gemencheh

Image
PRN: Mohd Isam umum tidak pertahan kerusi DUN Gemencheh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163937 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh Datuk Mohd Isam Mohd Isa hari ini mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Mohd isam yang juga Ahli Parlimen Tampin berkata keputusan dibuat berikutan mahu memberi tumpuan penuh terhadap perkhidmatan di kawasan Parlimennya. “Saya doakan rakan-rakan supaya menang pada PRN nanti, saya tidak akan bertanding lagi pada PRN, maknanya Gemencheh (kerusi) kosong. “Kalau Datuk Speaker (Datuk Zulkefly Mohamad Omar), berminat bolehlah… tetapi sebelum itu kena meminang, bukan macam meminang Puteri Gunung Ledang pun, syarat pertamanya kena masuk UMNO dululah,” katanya ketika berucap pada sesi penangguhan pada persidangan penggal kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan di sini hari ini. VIDEO Berkaitan: https://youtu.be/ZEmsVOQjx-k Sementara itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kep...