Posts

Showing posts with the label Johor Bahru

17 individu ditahan terlibat aktiviti pelacuran

Image
  17 individu ditahan terlibat aktiviti pelacuran Baca seterusnya di: pakdin.my/167608 -  JOHOR BAHRU - Seramai 17 individu, termasuk 13 wanita dan seorang lelaki warga asing, ditahan polis di sini pada pukul 10.40 malam kelmarin, dipercayai terlibat aktiviti pelacuran menggunakan aplikasi media sosial. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, "kesemua suspek berumur 21 hingga 49 tahun, ditahan menerusi dua operasi berasingan sekitar daerah itu. "22 buah telefon bimbit, 27 keping kondom, lima gulung tisu, empat helai tuala, dua botol pelincir, wang tunai berjumlah RM3,400 dan 50 dollar singapura turut dirampas," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 372 A, dan 372 B, Kanun Keseksaan, serta Seksyen 6 (1)(C), Seksyen 15 (1)(C), dan Seksyen 55 B Akta Imigresen 1959 / 63. Polis Johor akan menjalankan operasi secara berterusan, bagi membanteras kegiatan pelacuran dalam negeri itu. - Berita RTM

[VIDEO] Pengasuh mengaku salah cuai jaga bayi

Image
[VIDEO] Pengasuh mengaku salah cuai jaga bayi BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165141 JOHOR BAHRU – Seorang pengasuh sebuah taska yang sebelum ini tular di media sosial kerana mendera dua bayi mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan bertindak cuai yang menyebabkan kecederaan fizikal mangsa, Mac lalu. Tertuduh, Nurul Shahira A’shiqin Sulaiman, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim. Mahkamah bagaimanapun menetapkan tarikh 2 Ogos depan untuk fakta dan penghukuman atas pengakuan bersalah dibuat tertuduh. Berdasarkan kedua-dua kertas pertuduhan, tertuduh yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dan seorang bayi lelaki sembilan bulan, didakwa bertindak cuai dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis taska yang beralamat di Jalan Utama 34, Taman Mutiara Rini di sini, kira-kira pukul 1

Wanita ditahan bantu siasatan kes dera bayi di Mutiara Rini

Image
Wanita ditahan bantu siasatan kes dera bayi di Mutiara Rini BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164626 JOHOR BAHRU  -- Seorang wanita tempatan berusia 21 tahun ditahan awal pagi ini untuk membantu siasatan kes mendera bayi di sebuah taska di Mutiara Rini, dekat Skudai, baru-baru ini. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata wanita berkenaan ditahan 2 pagi tadi di Selesa Jaya, Skudai, oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Iskandar Puteri. "Semalam, Polis Kontinjen Johor telah mengesan dua video tular di media sosial berdurasi 48 saat dan 39 saat menunjukkan seorang perempuan mengasari seorang bayi. "Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kejadian berlaku di sebuah taska di Mutiara Rini, melibatkan seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dan seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan," kata beliau dalam kenyataan, hari ini. Selain itu, Kamarul Zaman juga berkata taska beroperasi secara tidak sah. https://youtu.be/Rahm4-DuJFg Bel

[VIDEO] Polis kesan individu dipercayai lempar objek seperti bom

Image
[VIDEO] Polis kesan individu dipercayai lempar objek seperti bom BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164508 JOHOR BAHRU -- Polis sedang mengesan individu dipercayai melempar objek seperti bom di sebuah restoran di Jalan Abdul Samad di sini, dua hari lepas.  Ketua Polis Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian Sabtu lepas itu disahkan berlaku pada 4.15 pagi susulan tular dua video dipercayai berkaitan insiden berkenaan di media sosial. Beliau berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada 10 pagi semalam selepas anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan mengesahkan menerima laporan berkaitan kes itu pada 5.27 pagi, Sabtu.  "Pengadu iaitu seorang lelaki berusia 35 tahun memaklumkan telah mendengar bunyi letupan kuat sehingga beberapa cermin tingkap premisnya pecah. "Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati sebuah kereta berwarna gelap telah berhenti di pagar premis tersebut dan kelihatan seorang individu keluar daripada kende

[Video] Lelaki bogel menunggang motosikal di tahan polis disyaki bunuh isteri dan bayi berumur tiga bulan

Image
[Video] Lelaki bogel menunggang motosikal di tahan polis disyaki bunuh isteri dan bayi berumur tiga bulan Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159496   Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan berbogel pada pukul 2.45 petang (4/7/2022) Lelaki itu disyaki membunuh isteri dan bayinya yang baru berumur tiga bulan di kawasan Permas Jaya Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. JOHOR BAHRU -- Polis menahan seorang lelaki yang disyaki membunuh isteri dan bayinya yang baru berumur tiga bulan di kawasan Permas Jaya di sini, beberapa jam selepas mayat dua beranak itu ditemukan di hadapan rumah mereka di Kampung Bakar Batu di sini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan berbogel pada pukul 2.45 petang, dan polis turut merampas sebilah pisau pemotong daging daripada lelaki itu. Dalam satu kenyataan di sini beliau berkata, polis menerima laporan berhub