Posts

Showing posts with the label Pelakon

‘Belum muktamad dengan imej ini, tapi segan bila tak bertudung’

Image
Tampil dengan imej bertudung, pelakon Isyariana mengakui masih berusaha untuk kekal istiqamah selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah beberapa hari lalu. Pemilik nama penuh Isyariana Che Azmi, 35, itu enggan meletakkan sebarang noktah terhadap imej baharunya itu kerana khuatir hatinya masih berbolak-balik. “Saya bertudung selepas pulang daripada menunaikan umrah beberapa hari lalu. “Tidak muktamad lagi dengan imej ini tetapi saya pula segan bila tak bertudung. “Rasa seronok, selamat dan okey dengan imej sebegini. Saya masih baru dengan imej sebegini dan kalau boleh tak mahu jawab sama ada dalam fasa percubaan kerana sedang cuba terbaik untuk diri sendiri,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis Meet & Greet Drama Sangat TV3 di sini, hari ini. Tambah bintang drama  Setelah Terlafaznya Akad 2  itu, dia bimbang dengan setiap jawapan yang diberikan akan memakan diri selain hatinya mahu terus berjuang mengekalkan imej sebegitu. “Ya saya takut tak istiqamah sebab saya ...

Lagi pelakon berketurunan Cina mati akibat serangan influenza

Image
Pelakon sedang meningkat naik China, Liang Youcheng disahkan meninggal dunia pada 30 Januari lalu kerana komplikasi selepas dijangkiti virus influenza. Menghembuskan nafas terakhir pada usia 27 tahun, pemergiannya mengejutkan industri hiburan yang masih berduka dengan kematian aktres terkenal Taiwan, Barbie Hsu juga kerana komplikasi influenza. Menurut media di China, Youcheng pada mulanya menunjukkan gejala ringan dan didiagnos dengan selesema biasa. Keadaan kesihatannya bagaimanapun semakin teruk menyebabkan jangkitan pada saraf pusat. Meski mendapat rawatan kecemasan di hospital, Youcheng disahkan meninggal dunia pada hari kedua sambutan Tahun Baru Cina. Difahamkan, ketika menerima rawatan di hospital, tiada ahli keluarga bersamanya. Youcheng muncul dikenali dengan drama Echo Of Her Voice (2024) dan My Heart (2021), malah dia sedang membuat persiapan untuk memasuki set penggambaran siri terbaharu iaitu, It Girl In Tang Dynasty. Mesej terakhir Youcheng adalah kepada ibunya pada sambu...

Polis cekup lima pelakon, pengarah filem lucah

Image
Polis cekup lima pelakon, pengarah filem lucah Baca seterusnya di: pakdin.my/167462 JAKARTA – Polis Indonesia menyerbu sebuah rumah yang digunakan untuk menghasilkan filem lucah dan menangkap lima orang  termasuk seorang penerbit di Jakarta Selatan, lapor portal berita Prohaba semalam. Ketua Polis Metro Jaya, Ade Safri Simanjuntak berkata, lima orang yang ditangkap termasuk pengarah dan pelakon filem  tersebut yang berdurasi antara satu jam hingga sejam 30 minit. Pemilik rumah tersebut turut diberkas. Polis berkata, terdapat 11 pelakon wanita dan lima pelakon lelaki yang masih diburu. “Pelakon filem panas itu menerima bayaran antara 10 juta rupiah (RM3,046) hingga 15 juta rupiah (RM4,569) untuk setiap filem,” kata Ade. Menurutnya, 120 judul filem lucah kumpulan tersebut telah dimuat naik ke beberapa laman web yang rata-rata mengenakan bayaran 50,000 rupiah (RM15.23) untuk langganan  satu hari, 150,000 rupiah (RM45.69) untuk seminggu, 250,000  rupiah (RM76.16) untuk s...