Posts

Showing posts with the label Tengku Adnan

Akar umbi UMNO tidak mudah dikelirukan

Image
Akar umbi UMNO tidak mudah dikelirukan SUMBER:  https://pakdin.my/158188 ..... Akar umbi UMNO lebih mengenali perwatakan setiap pemimpin parti dan tidak mudah dikelirukan, tegas Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad. “Kami (akar umbi) sangat mengenali perwatakan setiap pemimpin parti, dari mereka yang menangi sehingga kepada mereka yang kalah dalam pertandingan parti,” bidasnya. Beliau berkata demikian susulan daripada kenyataan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dicadangkan sebagai pengerusi BN. “Bila yang menang cakap, kami anggap ia dicakapkan dengan penuh tanggungjawab. Bila yang tak menang tu bercakap, kami dengar dengan teliti,” katanya menerusi catatan di Facebook. Terdahulu, Bendahari UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran agar tidak menimbulkan masalah serta mengelirukan akar umbi parti dan rakyat. Tengku Adnan berkata, perlembagaan UMNO sudah jelas tertera bahawa mana-mana i

[Video] Jangan kelirukan akar umbi parti, Presiden UMNO adalah Pengerusi BN

Image
[Video] Jangan kelirukan akar umbi parti, Presiden UMNO adalah Pengerusi BN SUMBER:  https://pakdin.my/158183 Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran agar tidak menimbulkan masalah serta mengelirukan akar umbi parti dan rakyat. Tengku Adnan berkata, perlembagaan UMNO sudah jelas tertera bahawa mana-mana individu yang menjadi Presiden UMNO akan dilantik sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN). “Saya hairan kenapa kenyataan (cadangan) itu dikeluarkan oleh Annuar kerana pengerusi BN ketika ini adalah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. “Sebagai bekas Setiausaha Agung UMNO, saya ingin jelaskan bahawa kita (UMNO) ada perlembagaan sendiri dan perkara itu sudah termaktub dalam perlembagaan parti,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan apron dan topi kepada peniaga Bazar Ramadan Putrajaya, semalam. Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dicadangkan seb