Posts

Showing posts with the label Solat

Arab Saudi larang siaran solat di semua media sepanjang Ramadan

Image
Arab Saudi mengeluarkan arahan melarang penyiaran atau penghantaran siaran solat, termasuk solat Tarawih, di semua platform media sepanjang Ramadan nanti. Arahan itu diumumkan oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi menerusi akaun X rasminya pada Rabu, sebagai sebahagian daripada garis panduan dan arahan kepada masjid bagi persiapan bulan Ramadan pada Mac ini. "Kementerian juga menegaskan keperluan untuk menetapkan kawalan terhadap pemasangan kamera di masjid dan tidak menggunakannya untuk merakam imam serta jemaah ketika solat…," menurut kenyataan itu. Arahan itu turut menyatakan bahawa imam bertanggungjawab memberikan kebenaran kepada jemaah, mengesahkan tiada pelanggaran dilakukan mereka, mengetahui maklumat berkaitan jemaah serta mendapatkan kelulusan penaja yang sah bagi bukan warganegara Arab Saudi. Kementerian turut menekankan larangan mengumpul sumbangan kewangan bagi projek penyediaan iftar (berbuka puasa) dan lain-lain. Sekiranya terdapat p...
Image
Pendidikan berteraskan agama antara transformasi KEMAS - Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170472 Pendidikan berteraskan agama terutama pengajian Al-Quran dan solat menjadi antara transformasi yang dilakukan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) bagi memupuk nilai akidah serta ibadah dalam kalangan kanak-kanak. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, transformasi itu dilaksana bersesuaian dengan permintaan ibu bapa dan masyarakat, seiring situasi semasa ketika ini. "Alhamdulillah, KEMAS dengan kerjasama Yayasan Pintar, Yayasan Pahang dan UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris), kita melakukan transformasi untuk anak-anak kita didedahkan dalam soal pengajian Al-Quran dan solat supaya daripada peringkat awal soal akidah dapat ditanamkan dalam jiwa mereka. "Sesungguhnya mendirikan sembahyang (solat) itu adalah mendirikan agama, meninggalkan sembahyang itu meruntuhkan agama. Jadi, prinsip ini harus dididik daripada awal (usia), " k...