Posts

Showing posts with the label Dewan Rakyat

🎦 Muhyiddin dan Ismail belanja RM700 juta untuk promosi, iklan - PM Anwar

Image
🎦 Muhyiddin dan Ismail belanja RM700 juta untuk promosi, iklan - PM Anwar BACA seterusnya di: https://pakdin.my/170606 Kerajaan telah membelanjakan RM700 juta sejak 2020 hingga 2022 untuk promosi, iklan dan publisiti untuk kerajaan. Berkongsi angka itu di Dewan Rakyat pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan lebih RM500 juta dibelanjakan semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri. Menurutnya, selebihnya dibelanjakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob namun beliau tidak membelanjakan sepenuhnya peruntukan itu. “Bera (Ismail Sabri) tidak belanja setinggi itu kerana ada lebihan. Sebab itu pada 2023, saya tidak ada apa-apa peruntukan selain meneruskan kontrak yang dibuat semasa Bera. “Jadi, RM700 juta, atau lebih kurang pada peringkat awal... RM300 juta setahun… itu pada saya melanggar peraturan dan tata kelola dan keterlaluan. “Oleh itu saya telah mengarahkan perbelanjaan mulai tahun depan, kerana tahun ini saya hanya mengambil kontrak sedia ada, meneru

[VIDEO] Kelewatan pembinaan tidak jejas keupayaan LCS - Mohamad

Image
[VIDEO] Kelewatan pembinaan tidak jejas keupayaan LCS - Mohamad Hasan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163228 Enjin tiada masalah, kita guna yang sama, begitu juga kotak gear Perlu naik taraf, ubah suai dan tambah nilai CMS (Communication Management System) , kerana itu (yang lama) banyak kita pakai suis yang perlu ditambah baik Sudah menukar jenis peluru berpandu yang kita hendak pakai, sekarang ini kita ambil dari negara Norway Kelewatan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) tidak akan menjejaskan keupayaan kapal itu terutamanya berkaitan enjin dan peralatan lain yang telah dibeli lebih awal, Dewan Negara diberitahu hari ini. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata enjin diesel LCS yang diperoleh daripada MTU Services dari Jerman itu sentiasa diuji dan berada dalam keadaan baik tanpa sebarang masalah. “...Enjin tiada masalah, kita guna yang sama, begitu juga kotak gear, baling-baling, baling-baling ini yang akan tentukan kelajuan dan macam mana kapal ini dioperasikan

[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan - Ahmad Zahid

Image
[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan - Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162674 Cadangan mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar kepada golongan berkemampuan tidak akan melibatkan peruntukan daripada kerajaan, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan. Ahmad Zahid juga memberikan jaminan MRSM berbayar berkenaan tidak akan didirikan di atas tanah Mara yang dikhususkan untuk manfaatkan rakyat miskin. “Kita akan bekerjasama dengan beberapa pihak menggunakan jalinan pintar (smart partnership) untuk pembinaannya,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PH-Muar) sama ada ke
Image
[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara - Azalina BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1 Laporan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, berhubung pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009, telah diserahkan kepada Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman berkata SPRM, memaklumkan perkara itu kepada beliau menerusi surat bertarikh 21 Feb 2023. Bagaimanapun katanya, tiada maklumat lanjut mengenai perkara tersebut, dimaklumkan dalam surat itu. Beliau berkata perkara itu tertakluk kepada keputusan Ketua Hakim Negara selaras dengan Fasal-Fasal 3 dan 3A Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan dan di bawah Fasal 3 Perkara 145, Peguam Negara atau Pendakwa Raya mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan apa-apa prosiding bagi kes

[VIDEO] KKDW, 12 kementerian jayakan program Keusahawanan Anak Muda - TPM

Image
[VIDEO] KKDW, 12 kementerian jayakan program Keusahawanan Anak Muda - TPM BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162457 Demi memastikan golongan belia terutama di luar bandar sentiasa berpeluang meningkatkan taraf hidup dan ekonomi mereka, pemerkasaan aspek keusahawanan melalui Pendidikan dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET) menjadi antara fokus Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata KKDW bekerjasama dengan 12 kementerian lain bagi mencapai misi itu. “Kita tidak bergerak secara silo, terdapat jalinan kerjasama dengan kementerian berkaitan, terutama  dalam kursus TVET yang memfokuskan kursus usahawan. Jika perniagaan itu besar, kita bekerjasama juga dengan institusi kewangan untuk tujuan pembiayaan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. Beliau menjawab soalan Datuk Seri Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) yang bertanya mengenai pembaharuan yang dibawa kementerian dalam menjadikan KKDW mesra ana

RUU Anti Lompat Parti: Adakah terdapat gunting dalam lipatan di sebalik kelewatan soal Zahid

Image
RUU Anti Lompat Parti: Adakah terdapat gunting dalam lipatan di sebalik kelewatan soal Zahid Sumber:  https://pakdin.my/158098 .... “Dikatakan juga Kabinet hari ini memutuskan untuk membentangkan RUU bagi meminda beberapa bahagian daripada Perlembagaan Persekutuan yang akan membolehkan perundangan ‘Antilompat’ di masa akan datang. “Dengan kata lain, perundangan ‘Antilompat’ akan mengambil masa yang panjang, berdepan risiko ditangguh untuk sekian kali. Kelewatan ini seolah-olah tiada keseriusan dan ketegasan, malah kurang keazaman politik untuk digubal, bahas dan diluluskan. Adakah terdapat gunting dalam lipatan di sebalik kelewatan ini?,” katanya menerusi catatan di Facebook. Tambah Ahmad Zahid, UMNO ialah parti yang paling terkesan dan menjadi mangsa lompat parti apabila terdapat Ahli Parlimennya yang melompat parti selepas Barisan Nasional (BN) tewas. Malah, katanya, ada juga dalam kalangan BN ketika itu bernada musuh politik UMNO dengan mengharap dapat bekerjasama dengan sekutu mer

RUU: PPBM bantah syarat kosongkan kerusi

Image
RUU: PPBM bantah syarat kosongkan kerusi Sumber:   https://pakdin.my/158094 ... Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) secara kolektif tidak bersetuju dengan syarat kerusi dikosongkan terhadap mana-mana ahli parlimen yang dipecat kerana melompat parti sekali gus Pilihan Raya Kecil (PRK) perlu diadakan. Perkara itu antara tiga kriteria lompat parti yang terkandung dalam Rang Undang-Undang (RUU) Lompat Parti yang akan dibentang di Dewan Rakyat, Isnin ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber… Seterusnya di: Utusan Digital.

Azmin, Hishammuddin antara menteri tak hadir undi SOSMA

Image
Azmin, Hishammuddin antara menteri tak hadir undi SOSMA Sumber:  https://pakdin.my/157545 - Beberapa menteri tidak hadir di Dewan Rakyat untuk mengundi semalam, sekali gus menyaksikan satu usul berkaitan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) gagal diluluskan. Menteri Kanan, Azmin Ali dan Hishammuddin Hussein, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa adalah antara anggota Kabinet yang tidak hadir untuk mengundi berdasarkan hansard Parlimen. Usul yang dibentangkan oleh Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin untuk melanjutkan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) SOSMA selama lima tahun lagi mulai 31 Julai ini ditolak selepas 86 Ahli Parlimen mengundi menentang dan 85 lagi menyokong. Baki 49 Ahli Parlimen tidak hadir. Tujuh menteri dan tujuh timbalan menteri antara 49 Ahli Parlimen yang tidak hadir di Dewan Rakyat semalam. Mereka termasuk Menteri Pengangkutan, Wee Ka Si

[Video] PH beri 3 alasan kukuh kepada PM ke-9 untuk YDP Agong bubar Parlimen

Image
[Video] PH beri 3 alasan kukuh kepada PM ke-9 untuk YDP Agong bubar Parlimen Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157510 - Walaupun PM9 telah mendapat mandat Perhimpunan Agung UMNO untuk bubarkan Parlimen tetapi perkara paling sukar untuk bubar parlimen adalah PM ke-9 perlu beri alasan yang meyakinkan YDP Agong.  Tetapi sekarang PM ke-9 sudah mendapat 3 alasan kukuh yang disediakan PH untuk dipersembahkan kepada YDP Agong. 1. Kerajaan tidak stabil menyebabkan banyak orang undang-undang negara boleh terbatal dan seperti semalam undang-undang SOSMA untuk mencegah keganasan telah terbatal. 2. Keadaan majoriti tipis kerajaan tidak boleh mengharapkan MOU antara 3 komponen parti besar kerana mudah dikhianati. 3. Malaysia perlu kerajaan yang stabil untuk tamatkan krisis politik, krisis ekonomi dan kewangan. Terima kasih Teresa Kok dalam text di FB nya mengatakan mereka gembira dapat tewaskan kerajaan dan hapuskan SOSMA. Ini akan jadi bukti jelas kepada YDP Agong untuk bubar Parlimen. Ayuh Tere

"..... Ini adalah kali ke-4 saya mendesak kerajaan memenuhi permintaan rakyat untuk pengeluaran kali terakhir KWSP... ", Najib

Image
"..... Ini adalah kali ke-4 saya mendesak kerajaan memenuhi permintaan rakyat untuk pengeluaran kali terakhir KWSP... ", Najib Baca seterusnya di:  https://pakdin.my/155649 - Teks penuh ucapan saya di Parlimen hari ini: Bismillahirrahmanirrahim Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya saya dapat berpeluang sekali lagi berdiri di dewan yang mulia ini. Kali ini melafazkan ucapan menjunjung kasih dan menyokong di atas titah ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merasmikan sidang Parlimen Keempat Belas Penggal Kelima. Tan Sri Yang Dipertua, Sebelum saya meneruskan perbahasan ini saya ingin mengajak semua ahli-ahli dewan mendoakan keadaan banjir di negeri-negeri Pantai Timur segera pulih. Begitu juga semoga semua mangsa terlibat tabah menghadapi ujian ini. Insya Allah saya yakin semua pihak berkaitan akan sentiasa membantu memastikan kebajikan dan bantuan

Dana negara 'dijarah', gagal menambah hasil negara ketika pemerintahan PH, PN kata Najib

Image
Dana negara 'dijarah', gagal menambah hasil negara ketika pemerintahan PH, PN kata Najib Baca selanjutnya di:  https://pakdin.my/?p=155627 -  Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggunakan dana negara sehingga RM600 bilion tanpa mempunyai sebarang perancangan untuk menambah pendapatan negara. Bekas Perdana Menteri ke-6 itu turut mendakwa, rizab Petronas, Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) dan Khazanah Negara telah berkurangan ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN). “Kerajaan berdepan dengan keadaan yang sangat mencabar untuk memulihkan semula tabung-tabung negara setelah kerosakan teruk ditinggalkan PH dan PN. Ahli Parlimen Pagoh (Muhyiddin) bukan tidak tahu keadaan kewangan negara sedangkan beliau menjawat jawatan menteri kanan dalam PH dan kemudian menjadi Perdana Menteri dalam PN. “Sebenarnya, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Ahli P

[Video] ‘Kenduri durian’ itu video lama, sebelum PKP - timbalan speaker - mari kita semak

Image
Dari pemerhatian yang dilakukan oleh netizen terdapat persamaan program penyampaian mock cheque pada tarikh dan baju yang di pakai dengan video yang menjadi tular. Jelas pada mock cheque berkenaan bertarikh 27 June 2021 dan pakaian yang dipakai penerima, timbalan speaker dan salah seorang yang berbaju batik adalah sama seperti didalam video. Sebilangan besar yang terlibat didalam video berkenaan memakai pelitup muka yang diletak bawah dagudan pada wanita bertudung jelas terlihat tali mask dibelakang tudung. Berita dari Mkini mengeni penafian yang dibuat oleh Timbalan Speaker yang mengatakan video berkenaan adalah video tahun lepas sebelum PKP: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohd Rashid Hasnon menafikan dakwaan dia melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana menghadiri ‘kenduri durian’ baru-baru ini. Sebaliknya, Mohd Rashid ketika dihubungi Malaysiakini berkata rakaman tersebut adalah video lamanya sebelum PKP, iaitu pada tahun lepas. "T