Posts

Showing posts with the label Kulai

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Image
Seorang wanita yang berperwatakan lelaki mengaku bersalah atas dua tuduhan melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan yang juga teman wanitanya di Felda Sungai Sibol, Kulai, tahun lalu. Tertuduh, Nur Farisha Syahaniey Muhamad Shukur, 20, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Thalha Bachok@Embok Mok. Nur Farisha didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia 14 tahun di Felda Sungai Sibol pada pertengahan tahun lalu dan bulan lalu. Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan. Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah jaminan yang rendah iaitu RM2,000 hingga RM5,000 atas alasan tidak mampu membayar jaminan tinggi. “Saya perlu menjaga adik-adik semuanya masih bersekolah. Keluarga saya ada masalah, jadi saya kena bantu. Saya hanya berkerja sebagai operator kilang dengan gaji pokok RM1,500,” katanya. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM11,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan serta syarat tambahan yang...

[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang

Image
[VIDEO] Ular sawa ‘kenyang’ baham kambing dalam kandang BACA seterusnya di: https://pakdin.my/160828/ KULAI – Seorang lelaki terkejut melihat seekor ular sawa batik di dalam kandang yang kekenyangan selepas membaham kambing di Felda Inas, di sini hari ini. Reptilia seberat 80 kilogram dan berukuran enam meter itu berjaya ditangkap dengan bantuan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai. Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Firdaus Juritah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 7:21 pagi. Beliau berkata, seramai lapan anggota bergegas ke lokasi dan menemui reptilia terbabit yang tidak bergerak di dalam kandang kambing. “Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit menangkap ular tersebut menggunakan penjerut. Ular tersebut kemudiannya dilepaskan ke kawasan yang jauh daripada kawasan penempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.   View this post on Instagram A post shared by Kamaluddin Idrus (@kamal...