Posts

Showing posts with the label Syabu

Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

Image
Lima lelaki warga Indonesia yang ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu di perairan Pulau Pinang kerana menyeludup syabu bernilai RM728,704, semalam, disyaki cuba membuang dadah ke laut dan melarikan diri ke daratan. Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu. Menurutnya, semua suspek berusia antara 20 hingga 30-an itu berjaya diberkas di kawasan berhampiran bot yang ditinggalkan beberapa jam selepas kejadian. "Terdahulu, bot berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan di perairan Teluk Kumbar, dan suspek disyaki membuang barang kes sebelum melarikan diri ke darat terdekat iaitu di Pantai Teluk Bayu, Sungai Batu, Bayan Lepas. "Ia menyebabkan bot suspek tenggelam akibat perlanggaran dengan batu, namun hasil kecekalan pasukan, kesemua mereka berjaya diberkas di kawasan berhampiran bot," katanya dalam kenyataan, hari ini. Mengulas lanjut, Rusley berkata, hasil serbuan...

Bekas pemain Harimau Malaya ditahan kes dadah

Image
Bekas pemain Harimau Malaya ditahan kes dadah Selanjutnya di:  https://pakdin.my/159544 JOHOR BAHRU – Seorang bekas pemain bola sepak skuad kebangsaan ditahan polis di sekitar bandar raya ini semalam. Lelaki yang berusia 36 tahun itu ditahan kerana disyaki memiliki bahan terlarang jenis Methamphetamine. Difahamkan, individu berkenaan pernah menyarung jersi tiga pasukan liga super sepanjang kariernya dengan turut menganggotai skuad Harimau Muda dan Harimau Malaya. Sementara itu, beberapa portal berita memaklumkan bekas pemain kelahiran Melaka merupakan anak kepada bekar pemain Selangor itu juga pernah menjulang enam piala Liga Super bersama dua pasukan berbeza antara 2009 hingga 2017, selain merangkul kejuaraan Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih. Selain itu, pemain yang dilahirkan di Melaka itu turut pernah menjulang kejuaraan Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid mengesahka...