Posts

Showing posts with the label Syawal

Masyarakat Islam Yala ziarah kubur waris sempena tradisi Raya Nae (Enam)

Image
 7 April 2024, umat Islam di lapan daerah wilayah Yala bersama-sama membersihkan kawasan kubur (perkuburan) sambil berdoa dan membaca dua di sisi pusara nenek moyang mereka sempena tradisi Hari Raya Keenam atau dikenali sebagai "Raya Nae" dalam kalangan penduduk tempatan. Menurut adat, Raya Nae diamalkan komuniti Melayu-Muslim di tiga wilayah selatan Thailand (Patani, Yala, Narathiwat) selepas menyempurnakan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal. Walaupun tradisi ini tidak termaktub dalam syariat Islam , ia tetap dipertahankan sebagai budaya turun-temurun untuk mengenang jasa ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Kebersamaan di Kubur Raya Nae juga menjadi hari pertemuan tahunan keluarga di perkuburan. Kubur-kubur biasanya dipenuhi orang ramai kerana saudara mara yang bertebaran di dalam dan luar negara akan pulang ke kampung halaman. Mereka berkumpul untuk: Menziarahi kubur nenek moyang. Bersilaturahim dengan keluarga besar. Menikmati hidangan bersama dalam suasana...

SARA dikreditkan hari ini, penerima sifatkan rezeki Syawal

Image
Peningkatan jumlah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) hingga RM2,100 berbanding RM1,200 pada tahun lepas, dikreditkan kepada penerima yang layak hari ini disifatkan sebagai 'rezeki Syawal'. Pada ketika umat Islam masih dalam 'mood’ meraikan Aidilfitri, seorang penerima warga emas daripada  KELANTAN  Rosli Abd Ghani, 64, menyifatkan bantuan yang dikreditkan pada hari kedua sambutan perayaan berkenaan bagaikan durian runtuh. "Alhamdulillah, ini kali pertama saya terima bantuan SARA dan rezeki yang diperoleh ini sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan harian saya sekeluarga, termasuklah digunakan untuk musim perayaan Aidilfitri seperti membeli barangan keperluan harian dan biskut raya," katanya. Sementara itu, di  TERENGGANU  penerima SARA Zakaria Awang, 49, berkata bantuan itu dapat meringankan bebanan kewangannya yang telah banyak mengeluarkan perbelanjaan sempena sambutan Aidilfitri. Penerima SARA dari  MELAKA ,...

[VIDEO] Usah masuk campur tentu tarikh raya, tunggu anak bulan – UAI

Image
[VIDEO] Usah masuk campur tentu tarikh raya, tunggu anak bulan – UAI BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163317 Orang awam dinasihat usah masuk campur urusan penetapan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1444H/2023 kerana ia perlu ditentukan berdasarkan cerapan anak bulan. Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus berkata, bulan Syawal hanya boleh ditetapkan apabila nampak anak bulan dan bukannya berdasarkan tarikh dalam kalendar yang dibuat awal. Ujar Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI, ramai pengguna media sosial yang jahil agama menggesa pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mengumumkan tarikh raya lebih awal. “Ramai netizen marah sebab kerajaan termasuk Jakim tidak mahu tetapkan lagi tarikh raya kerana kalau mengejut susah. https://www.instagram.com/reel/CqxS6kZJkDo/?utm_source=ig_web_copy_link “Raya mengejut terjadi kalau nampak anak bulan. Kalau tidak nampak, tidak adalah raya mengejut. Empat mazhab; Syafii, Hanafi, Hambali dan Maliki semua menggariskan per...

Pusat Astronomi Antarabangsa jangka 1 Syawal pada Jumaat

Image
Pusat Astronomi Antarabangsa jangka 1 Syawal pada Jumaat BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163250 Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpengkalan di Emeriah Arab Bersatu (UAE) menjangkakan akhir Ramadan adalah pada hari Khamis bersamaan 20 April 2023. Menurut portal Gulf News, walaubagaimanapun beberapa negara di Asia termasuk Australia mungkin tidak dapat melihat keadaan anak bulan Syawal dengan mata kasar mahupun menggunakan teleskop khas. Jelas portal tersebut lagi, namun begitu, beberapa negara Islam lain berkemungkinan akan dapat menyaksikan anak bulan terbabit pada tarikh tersebut. “Kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan 1 Syawal pada keesokan harinya yang akan menjadikan hari Jumaat, 21 April sebagai hari pertama Aidilfitri. https://twitter.com/UAE_BARQ_EN/status/1643872042117201920?s=20