Posts

Showing posts with the label Scammer

Makin ramai kena 'scam' catat RM655 juta kerugian

Image
 Sebanyak 11,616 kertas siasatan kes jenayah komersial dibuka tahun ini dengan kerugian keseluruhan berjumlah RM655,355,463 juta. Menurut data dikeluarkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, ia membabitkan kes yang direkodkan bermula awal tahun ini hingga 16 Mac lalu. “Jumlah kes yang dicatatkan menunjukkan peningkatan sebanyak 53 peratus berbanding tempoh sama pada 2024 yang mencatatkan sejumlah 7,576 Kes. “Selain itu, jumlah kerugian turut mencatatkan peningkatan sebanyak 27 perastus berbanding sejumlah RM514,630,293 yang direkodkan pada tempoh sama tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini. Jelasnya, berdasarkan analisis, penipuan dalam talian terus menjadi penyumbang terbesar kepada kes jenayah komersial dan jangka terus melonjak pada minggu-minggu akan datang. Katanya, sehingga minggu ke sebelas tahun ini, sejumlah 10,218 kes penipuan dalam talian direkodkan bersamaan 88 peratus dari keseluruhan kes yang dicatatkan. JSJK berkata, nilai kerugian pula mence...

'Scammer' berang dapat 5 sen sahaja

Image
'Scammer' berang dapat 5 sen sahaja Selanjutnya di:  https://pakdin.my/157445 - SLIM RIVER: Seorang guru dimaki dengan perkataan 'babi' dipercayai dilakukan oleh 'scammer' (penipu) yang berang selepas gagal memerangkapnya untuk mendapatkan wang seperti diminta menerusi Telegram, baru-baru ini. Beliau yang mahu dikenali Ahmad, 52, berkata, sebelum itu, beliau dihubungi seseorang yang menghantar mesej menggunakan indentiti rakan untuk meminjam wang sebanyak RM1,000. Menurutnya, beliau bernasib baik kerana sudah menyedari bahawa mesej itu bukanlah daripada rakannnya. "Apabila saya sedar telefon rakan saya telah digodam oleh scammer lalu saya mengiyakan permintaan scammer terbabit. "Kebetulan saya berada di pekan ketika itu dan terus ke bank memasukkan sejumlah wang sebanyak lima sen sahaja dan kemudian ambil gambar slip bank serta hantar kepada scammer terbabit," katanya ketika ditemui, dekat sini. Ahmad berkata, selepas beliau menghantar gambar sli...