Azalina tegas pendirian tak sokong gag order titah adendum

Azalina Othman Said menegaskan pendiriannya sama seperti sebelum ini, menentang permohonan larangan bersuara dibuat Jabatan Peguam Negara bagi menghalang orang ramai membincangkan titah adendum Najib Razak menjalani baki pemenjaraan bawah tahanan rumah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi) berkata demikian merujuk laporan sebuah portal berhubung kenyataan Presiden Umno Zahid Hamidi, menghargai tindakannya membantu mengkoordinasi perintah larangan mengulas (gag order) berkaitan titah adendum terkait Najib. “Pendirian saya kekal tidak berubah. Permohonan perintah larangan bersuara oleh Jabatan Peguam Negara tidak sepatutnya dibuat dalam isu ini kerana perkara berkaitan titah adendum telah pun menjadi pengetahuan umum,” katanya dalam kenyataan. Pada 4 Feb lalu, Zahid ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen berterima kasih kepada Azalina yang mengkoordinasikan perintah larangan mengulas dengan Pejabat Peguam Negara berhubung titah adendum Najib. ...