Posts

Showing posts with the label Sumbang Mahram

‘Realiti jijik sumbang mahram, masih nak simpan bawah karpet’

Image
Menerima pelbagai kritikan tentang babak sumbang mahram dalam drama Keluarga Itu, pengarah dan penerbit Erma Fatima menegaskan hanya mahu memaparkan realiti sebenar yang berlaku dalam masyrakat. Dalam masa sama, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali, 56, menyifatkan pihak yang tergamak melakukan jenayah sumbang mahram mempunyai jiwa perlu diubati. “Bila aku buat drama ini (Keluarga Itu), kalian kutuk kata menjijikkan tetapi ini realiti di luar sana. “Masih nak simpan bawah karpet? Jiwa orang kita makin sakit,” katanya dalam hantaran Instagram. Berkongsi lanjut, pelakon drama Mak Cun itu turut menggesa kerajaan menyelesaikan gejala kes sumbang mahram daripada terus menular. “Tolonglah kerajaan ambil peduli dan cari solusi untuk bantu bendung masalah ini. Menyedihkan,” ujarnya lagi. Dalam hantaran tersebut, Erma memuat naik artikel berkaitan kes rogol dan sumbang mahram yang berada di tahap membimbangkan apabila ada peningkatan berlaku setiap tahun. Rata-rata bersetuju dengan tind...

Reman ibu amang seksual anak lelaki 14 tahun, sambung tiga hari

Image
Reman ibu amang seksual anak lelaki 14 tahun, sambung tiga hari BACA seterusnya di: https://pakdin.my/163849 Reman seorang ibu yang dipercayai melakukan amang seksual fizikal terhadap anak lelakinya berusia 14 tahun disambung selama tiga hari, bermula hari ini. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata reman terhadap wanita berusia 33 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Selangor pagi tadi. "Sambung reman hingga 10 Mei 2023 (Rabu)," jawabnya ketika dihubungi. BERITA sebelum: Wanita dicekup buat amang seksual terhadap anak lelaki Pada 4 Mei lepas, seorang ibu lima anak direman lima hari bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 14 dan Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Wanita itu ditahan di kediamannya di Puncak Alam, dekat sini pada 2 Mei selepas polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendapat maklumat mengenai perbuatan itu menerusi sebuah vi...