Posts

Showing posts with the label Jakel

Kronolodi isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman

Image
Berikut adalah kronologi isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, setakat  25 Mac 2025, 7:47 PM (waktu Momawi, Pattani, Thailand) : Struktur asal kuil dipercayai dibina di lokasi lain yang berdekatan. Sekitar 2008:  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meminta kuil dipindahkan. Kuil dibina semula di lokasi sekarang dengan sokongan MIC. 2014:  Tanah yang menempatkan kuil dijual kepada Jakel Group. Mac 2025 (awal bulan):  Jakel Group mengumumkan rancangan membina Masjid Madani di atas tanah tersebut. Minggu-minggu terkini Mac 2025: Pihak kuil melalui peguam mempertikaikan penjualan tanah dan status kuil. Jakel dan DBKL memberi jaminan tiada perobohan sebelum penyelesaian dicapai. Majlis pecah tanah masjid yang dijadualkan pada 27 Mac 2025 dipersoalkan oleh pihak kuil. MIC mempertahankan kewujudan kuil lebih 100 tahun dan menolak dakwaan ia haram. Pengurusan kuil menyatakan tiada bantahan terhadap pembinaan masjid tetapi merayu agar kuil tid...

Jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman setuju pindah ke tapak baharu

Image
 Pihak jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman mencapai persetujuan dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk memindahkan kuil ke tapak baharu. Setiausaha jawatankuasa kuil berkenaan, Kaarthik Gunaseelan, dengan sukacita memaklumkan persetujuan sudah dicapai dengan pihak berkuasa mengenai pemindahan kuil berhampiran Jalan Masjid India di sini, itu. Menurutnya, tapak baharu kuil itu masih terletak sekitar Jalan Masjid India, bahkan ia berdekatan dan sesuai sebagai lokasi alternatif. "Kami mengucapkan terima kasih kepada menteri, wakil rakyat dan pihak berkuasa yang terbabit atas sokongan mereka dalam merealisasikan penyelesaian ini. "Pihak kami akan bertemu DBKL untuk menghadiri mesyuarat bagi memuktamadkan aspek teknikal, dan pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan hari ini. DBKL sebelum ini berperanan menjadi pemudah cara dalam memastikan urusan perpindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Munshi Abdullah, berhampiran J...
Image
[VIDEO] Litar pintas punca Jakel Shah Alam terbakar BACA seterusnya di https://pakdin.my/161387 SHAH ALAM – Kebakaran melibatkan gedung tekstil Jakel di Seksyen 7, di sini dipercayai akibat litar pintas. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima maklumat awam kira-kira pukul 7.10 pagi berhubung kebakaran itu. Katanya, tindakan awal telah menghubungi pihak bomba dengan sebanyak 9 buah jentera telah sampai ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran. “Tiada kemalangan jiwa berlaku dan punca kebakaran dipercayai litar pintas dari premis tersebut. “Jumlah kerugian masih belum diketahui,” katanya dalam kenyataan hari ini. Tambah beliau, polis Shah Alam telah membuat kawalan lalu lintas di kawasan kebakaran serta kawalan keselamatan di tempat kejadian. “Buat masa ini Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berada di tempat kejadian bagi pemantauan keadaan di sana,” katanya. Sebelum ini dilaporkan gedung tek...